Kelulusan Ekspres dalam 1 Jam
Tuntutan Ekspres
Kelulusan Ekspres dalam 1 Jam
Teknologi digital telah mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian. Kini, pelbagai urusan boleh dilakukan dalam talian hanya dengan beberapa klik, termasuk membuat tuntutan Insurans Motor atau Takaful Motor.
Melalui Kelulusan Ekspres Zurich dalam 1 Jam, anda kini boleh menghantar tuntutan kemalangan motor sehingga RM3,000 melalui WhatsApp dengan beberapa langkah mudah, di mana sahaja anda berada.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk memulakan pengalaman membuat tuntutan yang lebih mudah dan lancar!
Langkah 2
![]()
Hantar ‘Hi’ untuk memulakan perbualan melalui WhatsApp
Langkah 3
![]()
Muat naik dokumen yang diperlukan dan tuntutan anda akan diluluskan dalam tempoh 1 jam*.
*Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.15 petang sahaja.
Langkah 4
![]()
Terima bayaran anda dalam tempoh 5 hari bekerja selepas kami menerima persetujuan anda terhadap tawaran kami.
Bagaimana jika jumlah tuntutan saya melebihi RM3,000?
Kemudahan Tuntutan Ekspres tidak boleh digunakan bagi tuntutan yang melebihi RM3,000. Sila hantar kenderaan anda ke bengkel panel bertauliah Zurich. Sila layari www.zurich.com.my/panelworkshops untuk senarai bengkel panel.
Polisi/Sijil Kereta Persendirian saya tidak dilindungi berdasarkan Nilai Dipersetujui (Agreed Value). Adakah saya masih boleh membuat Tuntutan Ekspres?
Tidak. Sila teruskan proses tuntutan anda melalui bengkel panel bertauliah Zurich.
Selepas menerima bayaran Tuntutan Ekspres, adakah saya masih perlu membawa kenderaan ke bengkel panel?
Tidak. Anda bebas memilih bengkel pilihan anda untuk membaiki kenderaan.
Adakah saya perlu membuat laporan polis?
• Jika kemalangan hanya melibatkan kenderaan anda sendiri (kemalangan sendiri), laporan polis tidak diperlukan.
• Jika kemalangan melibatkan pihak ketiga (kerosakan harta benda atau kecederaan kepada mana-mana individu), laporan polis diperlukan.Selepas Tuntutan Ekspres diluluskan, saya mendapati terdapat bahagian lain yang turut perlu dibaiki. Apakah yang perlu saya lakukan?
• Tuntutan asal akan diproses di bawah Tuntutan Ekspres.
• Bahagian tambahan yang perlu dibaiki akan diproses sebagai tuntutan tambahan (supplementary claim). Sila hubungi pegawai tuntutan yang mengendalikan Tuntutan Ekspres anda untuk maklumat lanjut.
• Bagi tuntutan tambahan, anda tidak perlu menghantar kenderaan ke bengkel panel bertauliah Zurich. Zurich akan melantik pelaras kerugian (adjuster) ke bengkel pilihan anda jika perlu.
• Nama, nombor telefon dan alamat e-mel pegawai tuntutan anda akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dikeluarkan bagi tuntutan asal.Bolehkah bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun bank orang lain?
Tidak. Bayaran hanya akan dibuat ke akaun bank anda.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel panel bertauliah Zurich. Sila layari www.zurich.com.my/panelworkshops untuk senarai bengkel panel.
Adakah terdapat kenderaan persendirian yang tidak layak untuk Tuntutan Ekspres?
• Tuntutan Ekspres tidak terpakai untuk kenderaan Proton, Perodua, Mitsubishi dan Honda yang berusia 0 hingga 5 tahun.
• Tuntutan Ekspres juga tidak terpakai bagi Kenderaan Persendirian yang didaftarkan atas nama syarikat.
Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda


