
Kelulusan 1 Jam Kemalangan Diri (PA)
Kelulusan 1 Jam Kemalangan Diri (PA)
Hanya terpakai kepada pelanggan Personal Sentinel Version 3 (PSV3) dan Personal Sentinel Version 3 Plus (PSV3+).
Hanya imbas kod QR di bawah atau hubungi kami melalui WhatsApp untuk pengalaman tuntutan yang cepat, mudah dan lancar.
Terpakai untuk tuntutan sehingga RM1,000 sahaja.
Langkah 2
![]()
Hantar "Hi" untuk memulakan perbualan melalui WhatsApp.
Langkah 3
![]()
Muat naik dokumen yang diperlukan dan tuntutan anda akan diluluskan dalam tempoh 1 jam*.
*Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 4.30 petang sahaja.
Langkah 4
![]()
Terima bayaran anda dalam tempoh 5 hari bekerja selepas kami menerima persetujuan anda terhadap tawaran kami.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Tuntutan Ekspres Kemalangan Diri (PA) hanya terpakai untuk polisi/sijil Personal Sentinel Version 3 (PSV3) dan Personal Sentinel Version 3 Plus (PSV3+) dengan jumlah tuntutan sehingga RM1,000. Bagi polisi/sijil lain, sila kemukakan tuntutan anda melalui myzurichlife.com.my.
Sekiranya jumlah tuntutan melebihi RM1,000, sila kemukakan tuntutan anda melalui myzurichlife.com.my.
Laporan polis hanya diperlukan bagi kemalangan kenderaan bermotor.
- Jika kemalangan hanya melibatkan kenderaan anda sendiri (kemalangan sendiri), laporan polis tidak diperlukan.
- Jika kemalangan melibatkan pihak ketiga (kerosakan harta benda atau kecederaan kepada orang lain), laporan polis diperlukan.
Anda boleh mengemukakan dokumen tersebut melalui myzurichlife.com.my. Sila sertakan nombor rujukan tuntutan yang anda terima melalui WhatsApp.
Bagi tuntutan di bawah RM500, laporan perubatan tidak diperlukan. Catatan daripada doktor mengenai diagnosis, rawatan atau punca kecederaan adalah memadai.
Walau bagaimanapun, laporan perubatan wajib dikemukakan bagi tuntutan yang melebihi RM500.