Di Zurich Malaysia, kami menyokong pengumuman terkini oleh Bank Negara Malaysia (BNM) serta persatuan industri insurans dan takaful berhubung langkah bantuan interim bagi membantu pelanggan yang terjejas akibat penetapan semula harga Insurans dan Takaful Perubatan & Kesihatan (MHIT).
Kami komited untuk #LindungiSegalaPerkaraYangBermakna dengan terus menyediakan perlindungan yang mudah diakses dan mampu dimiliki. Langkah bantuan interim ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia supaya mereka dapat terus menikmati perlindungan perubatan dan kesihatan.
Bagi pelanggan yang tidak terjejas oleh penetapan semula harga ini, anda boleh meneruskan pembaharuan polisi atau sijil seperti biasa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa hadapan, kami akan memaklumkan anda lebih awal serta menyediakan pilihan yang sesuai agar perlindungan anda terus terjamin.
Kami akan menghubungi pelanggan yang terjejas untuk memaklumkan mengenai langkah bantuan interim ini. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 atau menghantar e-mel ke callcentre@zurich.com.my untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pengumuman dan Soalan Lazim di bawah.
