Kemas Kini Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 Digit) / Maklumat Pasport Terkini / Maklumat Peribadi Lain

Kami ingin menasihatkan anda agar sentiasa mengemas kini maklumat peribadi anda, termasuk memberikan nombor Kad Pengenalan 12 digit yang terkini. Ini kerana Zurich sedang beralih kepada pelbagai perkhidmatan digital bagi memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada para pelanggan kami.

Terdapat beberapa cara untuk mengemas kini maklumat peribadi anda.

Bagi perubahan alamat, nombor telefon dan alamat e-mel, anda boleh mengemas kini maklumat tersebut secara dalam talian melalui portal pelanggan kami di https://myzurichlife.com.my.

Untuk mengemas kini nombor Kad Pengenalan 12 digit, sila lengkapkan Borang Permohonan Perubahan (Request for Change Form) dan hantarkan borang tersebut bersama salinan Kad Pengenalan anda melalui e-mel ke callcentre@zurich.com.my.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Perancang Kewangan (Wealth Planner) anda atau mengunjungi cawangan Zurich yang berhampiran.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang).

Terpakai kepada pemegang polisi Insurans Hayat dan pemegang sijil Takaful Keluarga sahaja.

 

Dapatkan Borang Permohonan Perubahan (Insurans Hayat)  

Dapatkan Borang Permohonan Perubahan (Takaful Keluarga)