Kekal Selamat Ketika Banjir: Sentiasa Bersedia
Pelanggan yang dihargai,
Banjir boleh mengganggu kehidupan seharian, namun anda tidak perlu menghadapinya bersendirian. Kami sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu anda di setiap langkah.
Berikut ialah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk kekal selamat serta bagaimana kami boleh membantu anda ketika ini.
Keselamatan Ketika Banjir: Apa yang Perlu Dilakukan?
- Semak kit kecemasan anda
Pastikan anda mempunyai bateri baharu, kit pertolongan cemas, bekalan air minuman, ubat-ubatan dan lampu suluh. - Lindungi dokumen penting
Simpan dokumen penting di dalam bekas kalis air. Anda juga digalakkan mengimbas dan menyimpan salinan digital di lokasi yang selamat. - Alihkan barang berharga ke tempat yang lebih tinggi
Lindungi barangan elektronik, barang berharga dan barangan penting lain daripada risiko ditenggelami air. - Ketahui laluan pemindahan
Kenal pasti laluan pemindahan yang selamat dan kongsikannya dengan ahli keluarga. Latih pelan pemindahan sekurang-kurangnya sekali setahun. - Ikuti perkembangan semasa
Sentiasa ikuti maklumat dan arahan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan.
Kenderaan Anda Rosak Akibat Banjir? Kami Permudahkan Proses Tuntutan
Jika kenderaan anda terjejas akibat banjir, anda tidak perlu membuat laporan polis untuk mengemukakan tuntutan buat masa ini.
Hanya ambil gambar kenderaan anda di lokasi kejadian yang jelas menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan, kemudian hubungi kami. Kami akan membantu anda sepanjang proses tuntutan.
Sedang Dalam Perjalanan dan Mengalami Kelewatan?
Jika anda mempunyai Insurans atau Takaful Perjalanan Zurich dan penerbangan anda dibatalkan atau ditangguhkan akibat banjir, atau anda terkandas di luar negara, sila hubungi Zurich Travel Assistance (talian bantuan 24 jam) di +603 7841 5630 untuk bantuan segera.
Kami Sedia Membantu Anda
Pasukan kami komited untuk membantu anda kekal selamat dan pulih secepat mungkin.
Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ingin membuat tuntutan, sila hubungi kami:
- Pusat Panggilan Zurich: 1-300-888-622 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang)
- E-mel: callcentre@zurich.com.my
- Pertanyaan Dalam Talian: https://mya.zurich.com.my/EnquiryForm.aspx
- Bantuan Tepi Jalan Zurich (24/7): 1-300-88-5566 atau +603-7989 0345 (untuk WhatsApp dan panggilan talian tetap tempatan sahaja)
- Tuntutan Motor: Kunjungi mana-mana bengkel panel atau cawangan Zurich yang berhampiran.
Bengkel Panel: Cari Bengkel Panel
Rangkaian Cawangan: Cari Cawangan