Kemampanan Polisi Insurans / Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan (IL)
Polisi insurans / sijil takaful berkaitan pelaburan anda bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih. Ini bermakna kesinambungan perlindungan insurans / takaful anda bergantung pada nilai dana (Baki Akaun Pelaburan) dalam polisi / sijil anda.
Sekiranya nilai dana berkurangan sehingga sifar, polisi / sijil anda akan ditamatkan lebih awal dan anda tidak lagi akan menikmati perlindungan insurans / takaful di bawah polisi / sijil tersebut.
Ketahui cara memastikan perlindungan berterusan di bawah polisi insurans / sijil takaful berkaitan pelaburan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi / sijil anda, sila hubungi Perancang Kewangan anda. Anda juga boleh menghubungi kami di 1-300-888-622 atau e-mel callcentre@zurich.com.my.
Panduan kepada Pemegang Polisi Berkaitan Pelaburan Mengenai Perlindungan Insurans
Panduan kepada Peserta Takaful Berkaitan Pelaburan Mengenai Perlindungan Takaful
Kemampanan Polisi Insurans Berkaitan Pelaburan (IL) – Bahasa Inggeris
Kemampanan Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan (IL)
Kemampanan Polisi Insurans Berkaitan Pelaburan (IL) – Bahasa Cina