
Lindungi Dana Perniagaan daripada Kecurian dan Rompakan - Insurans Kewangan
Lindungi perniagaan anda daripada kerugian wang akibat pecah masuk atau rompakan.
Polisi ini memberikan perlindungan terhadap kehilangan wang semasa dalam transit atau ketika berada di premis yang diinsuranskan. Wang merangkumi wang tunai, cek, kiriman wang atau kiriman pos, setem serta bil pertukaran (bills of exchange). Polisi ini melindungi kerugian akibat kecurian, kerosakan tidak sengaja dan kejadian lain yang tidak dikecualikan secara khusus di bawah polisi.

Wang Dalam Transit
Melindungi wang yang berada dalam jagaan peribadi pekerja yang diberi kuasa oleh Pihak Diinsuranskan semasa dalam perjalanan terus antara premis dengan bank atau pejabat pos, termasuk wang yang dikeluarkan untuk pembayaran upah dan gaji, bermula dari masa wang diterima sehingga ia dibayar.

Wang di Premis
- Perlindungan meliputi wang di premis Pihak Diinsuranskan semasa dan di luar waktu perniagaan. Bagi wang yang disimpan di luar waktu perniagaan, ia mestilah disimpan di dalam laci berkunci atau peti besi berkunci.
- Wang yang disimpan di dalam peti besi atau bilik kebal berkunci di premis Pihak Diinsuranskan.
- Wang yang disimpan di dalam laci, kabinet atau mesin daftar tunai yang berkunci.

Kerosakan pada Peti Besi atau Bilik Kebal
Melindungi kos membaiki atau menggantikan peti besi atau bilik kebal berkunci yang rosak akibat kecurian wang atau cubaan melakukan kecurian tersebut.

Perlindungan Tambahan
Tertakluk pada pembayaran premium tambahan, polisi ini boleh dilanjutkan untuk melindungi:
- Manfaat kemalangan diri bagi pembawa wang yang tidak dinamakan, pada kadar RM20 seorang untuk perlindungan sebanyak RM10,000, bagi kematian dan hilang upaya kekal sahaja.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM setakat had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.