
Lindungi Keselamatan Pekerja Anda - Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan
Perlindungan 24 jam untuk pekerja anda, sama ada ketika bekerja mahupun beriadah.
Apabila anda menguruskan sesebuah organisasi, pekerja merupakan aset paling bernilai. Oleh itu, pastikan mereka dilindungi sepanjang masa dengan Polisi Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan. Polisi ini melindungi kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa bekerja, bersukan, beriadah, melakukan aktiviti harian di rumah serta aktiviti lain, di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Jumlah penuh Amaun Diinsuranskan Kemalangan akan dibayar sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia akibat kemalangan.
Elaun Pengebumian
Sebanyak 10% daripada Amaun Diinsuranskan Kemalangan atau RM2,000, mengikut mana yang lebih rendah, akan dibayar kepada benefisiari bagi menampung kos pengebumian atau pembakaran mayat.
Hilang Upaya Menyeluruh atau Separa Sementara
Manfaat mingguan mengikut jumlah yang dinyatakan akan dibayar sekiranya orang yang diinsuranskan mengalami hilang upaya menyeluruh atau separa akibat kemalangan sehingga tidak dapat menjalankan tugas pekerjaan atau perniagaan seperti biasa.
Hilang Upaya Kekal
Sekiranya berlaku hilang upaya kekal akibat kemalangan, manfaat sehingga jumlah penuh Amaun Diinsuranskan Kemalangan akan dibayar mengikut peratusan yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat.
Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan
Manfaat mingguan mengikut jumlah yang dinyatakan akan dibayar sehingga maksimum 104 minggu sekiranya orang yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaan yang berpunca daripada kemalangan.
Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan
Perbelanjaan perubatan yang perlu dan munasabah bagi rawatan kecederaan akibat kemalangan akan dibayar balik mengikut had yang ditetapkan bagi setiap kemalangan.
Elaun Perjalanan
Sejumlah manfaat akan dibayar kepada ahli keluarga terdekat orang yang diinsuranskan bagi menampung perbelanjaan perjalanan ke dan dari hospital.
Diskaun Berkumpulan
Anda layak menikmati diskaun berkumpulan sebanyak 10% ke atas kadar premium tahunan sekiranya satu polisi melindungi 100 orang atau lebih.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Takaful Malaysia atau laman web PIDM.