
Lindungi Pekerja Anda – Insurans Pampasan Pekerja
Perlindungan untuk pekerja anda yang mengalami kecederaan atau kemudaratan semasa bekerja.
Polisi ini menyediakan perlindungan kepada pekerja yang diinsuranskan terhadap sebarang kecederaan atau penyakit yang berlaku sepanjang tempoh pekerjaan. Selaras dengan Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273), majikan diwajibkan di sisi undang-undang untuk melindungi pekerja yang ditakrifkan sebagai "Pekerja" di bawah Polisi Insurans Pampasan Pekerja. Walau bagaimanapun, keperluan ini tidak terpakai kepada pekerja yang merupakan ahli PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Pekerja anda akan menerima manfaat berikut:
- Pampasan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273).
- Liabiliti di sisi undang-undang di bawah Common Law.
- Manfaat sekiranya berlaku kematian atau kecederaan.
- Apabila perlindungan di bawah Common Law berkuat kuasa, polisi ini turut memberikan indemniti kepada majikan (Pemegang Polisi) sekiranya majikan disaman oleh pekerja atas kecuaian.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM setakat had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.