Insurans Kesilapan dan Ketinggalan Pengilang

Insurans Kesilapan dan Ketinggalan Pengilang

Lindungi perniagaan anda daripada tuntutan undang-undang oleh pembeli produk anda.

Tidak kira apa jua industri, pengilang lazimnya berdepan dengan pelbagai risiko dan pendedahan. Salah satunya ialah kerugian kewangan yang mungkin dialami oleh pelanggan akibat produk yang rosak atau penghantaran produk yang lewat disebabkan oleh kesilapan atau ketinggalan pihak pengilang, yang tidak dilindungi oleh polisi insurans lain. Polisi ini melindungi tuntutan kerugian kewangan yang dibuat oleh pihak ketiga walaupun tiada kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda berlaku.

Perniagaan anda akan menikmati manfaat berikut:

  • Boleh diambil sebagai polisi berasingan (standalone)
  • Fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan individu.
  • Melindungi perbelanjaan guaman.
  • Perlindungan yang menyeluruh, termasuk:
    i) Liabiliti kontrak
    ii) Perkhidmatan
  • Pilihan perlindungan untuk satu kontrak atau pembuatan berasaskan kontrak (Contract Manufacturing)

Perlindungan:

a) Kerugian kewangan serta perbelanjaan tuntutan yang berpunca daripada sebarang tuntutan berdasarkan perbuatan cuai, kesilapan atau ketinggalan yang tidak disengajakan sehingga mengakibatkan kecacatan, kekurangan, ketidakcukupan atau keadaan berbahaya pada produk Pihak Diinsuranskan.

b) Sebarang kerugian kewangan yang dialami oleh pihak ketiga sehingga mengakibatkan tuntutan dibuat terhadap pelanggan Pihak Diinsuranskan, setakat yang diwajibkan secara kontrak ke atas Pihak Diinsuranskan, termasuk perbelanjaan tuntutan.

Kerugian kewangan bermaksud kerugian ekonomi yang dialami oleh pihak ketiga akibat kehilangan penggunaan atau pengurangan penggunaan harta benda milik mereka, termasuk perisian, data dan maklumat elektronik lain, yang mana Pihak Diinsuranskan bertanggungjawab di sisi undang-undang terhadap kerugian tersebut.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk sesi pertemuan dengan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich 

Hubungi Khidmat Pelanggan Takaful Zurich kami

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.