
Insurans Perlindungan Profesional
Lindungi diri anda sekiranya tuntutan kecuaian dibuat terhadap anda
Sekiranya penyedia perkhidmatan profesional menyebabkan kerugian, mereka boleh dipertanggungjawabkan di sisi undang-undang untuk membayar pampasan kepada pelanggan serta pihak ketiga yang terjejas. Lazimnya, pihak yang menuntut perlu membuktikan bahawa kecuaian telah berlaku di pihak penyedia perkhidmatan untuk berjaya dalam tuntutan tersebut. Insurans Indemniti Profesional merupakan penyelesaian yang membolehkan penyedia perkhidmatan memindahkan risiko sekiranya mereka disaman akibat kesilapan yang mungkin berlaku.
Tidak seperti polisi liabiliti am, polisi Indemniti Profesional hanya menyediakan perlindungan kepada Pihak Diinsuranskan terhadap kerugian kewangan yang timbul daripada penyediaan perkhidmatan profesional. Polisi ini juga melindungi kos pembelaan dan perbelanjaan berkaitan.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, polisi ini turut melindungi kerugian yang berpunca daripada Kecederaan Anggota Badan dan Kerosakan Harta Benda. Sebagai contoh, Polisi Perlindungan Profesional Jurutera hanya akan melindungi tuntutan yang timbul daripada Kecederaan Anggota Badan atau Kerosakan Harta Benda akibat kecuaian jurutera semasa menjalankan perkhidmatan profesional mereka.
Secara tradisinya, golongan profesional seperti arkitek, jurutera, juruukur, akauntan, peguam dan doktor sering mendapatkan polisi Indemniti Profesional.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM setakat had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman sesawang Zurich General Insurance Malaysia atau laman sesawang PIDM.