
Perlindungan Komprehensif untuk Masa Depan Anak Anda - Zurich ValueLife Junior
Perlindungan Besar untuk Si Kecil Anda
Zurich ValueLife Junior ialah pelan insurans berkaitan pelaburan yang menyediakan perlindungan untuk anak anda seawal sebelum kelahiran sehingga umur 100 tahun. Ia direka khas untuk ibu bapa yang ingin memberikan permulaan terbaik dalam kehidupan anak mereka melalui gabungan perlindungan dan pelan pelaburan yang memenuhi keperluan pada setiap peringkat kehidupan.
Nota: Ini ialah produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset asasnya dan BUKAN produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
Perlindungan Tinggi sehingga 300% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)
Memberikan perlindungan menyeluruh kepada anak anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
| 100% daripada BSA + Nilai Akaun Pelaburan (IAV)⁴ | Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)¹ |
| 200% daripada BSA + IAV4 | Kematian Akibat Kemalangan semasa Menggunakan Pengangkutan Awam² |
| 300% daripada BSA + IAV4 | Kematian Akibat Kemalangan di Luar Negara³ |
1 Perlindungan TPD hanya terpakai sehingga umur 70 tahun Hayat yang Diinsuranskan. Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia sebelum dilahirkan, atau meninggal dunia atau mengalami TPD dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran, jumlah berikut (selepas ditolak sebarang amaun yang terhutang) akan dibayar. Jika terdapat manfaat tambahan yang berkuat kuasa sejak permulaan polisi, hanya perkara (b) akan dibayar:
a) Sebarang premium yang belum diperuntukkan;
b) Nilai Akaun Pelaburan (IAV), jika ada, berdasarkan harga unit pada Tarikh Penilaian berikutnya selepas tarikh kematian; dan
c) Sebarang Caj Insurans dan Fi Polisi yang telah ditolak.
2 Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan semasa menggunakan pengangkutan awam.
3 Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan semasa berada di luar negara bagi perjalanan yang tidak melebihi 90 hari berturut-turut bagi setiap perjalanan.
4 Pemilik Polisi juga akan menerima Nilai Akaun Pelaburan (IAV), jika ada.
Nota: Hanya manfaat tertinggi seperti yang dinyatakan di atas akan dibayar. Sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan dokumen polisi untuk maklumat lanjut.
Tingkatkan Perlindungan Anda dan Anak dengan Manfaat Tambahan Pilihan
Tambahkan mana-mana manfaat tambahan berikut untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.
| Manfaat Tambahan Pilihan | |
| Flex Maternity Care | Memberikan perlindungan selama 2 tahun terhadap komplikasi kehamilan atau kelahiran, manfaat penjagaan anak serta elaun bayi baharu lahir. |
| Flex Junior Critical illness | Memberikan perlindungan bagi 20 jenis Penyakit Kritikal Kanak-kanak sehingga umur 25 tahun atau sehingga polisi asas matang, yang mana lebih awal, dengan pilihan untuk ditukar kepada perlindungan Penyakit Kritikal Dewasa. |
| Zurich ValueCare | Memberikan perlindungan bagi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan akibat kemalangan atau penyakit yang dilindungi, tertakluk pada amaun deduktibel. |
| PA Protector | Memberikan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. |
| PA Medicare | Memberikan bayaran balik bagi perbelanjaan perubatan, bayaran ambulans dan manfaat doktor untuk rawatan kecederaan akibat kemalangan. Manfaat tambahan ini hanya boleh dilampirkan sekiranya PA Protector turut dilampirkan pada polisi asas. |
| Manfaat Tambahan Payor Benefit | Mengecualikan premium masa hadapan sekiranya ibu meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) atau didiagnosis dengan mana-mana Penyakit Kritikal terpilih |
Sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan dokumen polisi bagi setiap rider untuk maklumat lanjut.
Manfaat Tidak Luput (No-Lapse) untuk 5 Tahun Polisi Pertama
Ciri ini memastikan perlindungan anak anda terus berkuat kuasa walaupun Nilai Akaun Pelaburan (IAV) menjadi sifar atau negatif akibat turun naik pasaran.
Premium (termasuk sebarang semakan premium yang diminta) hendaklah dibayar secara konsisten sebelum tarikh akhir pembayaran atau dalam Tempoh Ihsan Premium, dan tiada pengeluaran dibuat sepanjang 5 tahun polisi pertama.
Nota: Sebarang perubahan pada premium atau manfaat adalah tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh Zurich bagi melayakkan anda menikmati Manfaat Tidak Luput (No-Lapse). Tertakluk pada terma dan syarat.
Fleksibiliti Melaraskan Perlindungan, Jumlah Perlindungan dan Tahap Pelaburan
Anda boleh memilih tempoh perlindungan selama 20 tahun, atau sehingga umur 70, 80 atau 100 tahun. Polisi juga boleh dilanjutkan secara automatik sehingga umur 100 tahun selepas tamat tempoh perlindungan asal (20 tahun atau sehingga umur 70 atau 80 tahun) tanpa perlu melalui proses pengunderaitan.
Selain itu, anda boleh membuat premium tambahan (top-up) untuk membina simpanan pendidikan anak. Sekiranya berlaku kecemasan, anda juga boleh mengeluarkan dana daripada akaun pelaburan bagi menampung keperluan anak.
Nota: Anda mungkin perlu membayar premium tambahan. Zurich akan memaklumkan sekurang-kurangnya 90 hari sebelum lanjutan automatik berkuat kuasa termasuk sebarang premium tambahan yang diperlukan.
Keistimewaan Perlindungan Pasangan
Manfaat ini membolehkan pasangan kepada Hayat yang Diinsuranskan membeli polisi hayat baharu sehingga 50% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA) tanpa perlu melalui proses pengunderaitan perubatan sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia.
Manfaat Kematangan
Apabila polisi matang, anda akan menerima manfaat kematangan sekaligus seperti berikut mengikut tempoh perlindungan yang dipilih:
| Tempoh Perlindungan | *Manfaat Kematangan |
| 20 tahun, sehingga umur 70 atau 80 | Nilai Akaun Pelaburan (IAV) |
| Sehingga umur 100 | 100% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA) + Nilai Akaun Pelaburan (IAV) |
Nota: Anda mungkin perlu membuat premium tambahan (top-up) dari semasa ke semasa bagi memastikan perlindungan berterusan.

Zurich ValueLife Junior terbuka kepada bayi yang belum lahir berusia antara 13 minggu kehamilan hingga sebelum kelahiran. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mesti berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Ibu yang mengandung lebih daripada 2 janin, seperti kembar tiga atau kembar empat, tidak akan layak untuk pelan ini.
Manfaat yang dibayar dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu dan perlindungan ke atas manfaat daripada bahagian unit tertakluk kepada had. Sila rujuk risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.