MaxMedic

Manfaat Tambahan Perubatan dengan Potongan Unit untuk Perbelanjaan Hospital dan Pembedahan – MaxMedic

Pelan perubatan komprehensif yang lebih mesra bajet anda.

MaxMedic ialah manfaat tambahan dengan potongan unit yang menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan akibat kecederaan kerana kemalangan atau penyakit yang dilindungi di bawah polisi. Di bawah pelan ini, pemegang polisi perlu menanggung sebahagian daripada jumlah perbelanjaan yang layak (Ko-Insurans).

  • Manfaat perubatan yang komprehensif
  • Had seumur hidup yang lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda daripada had tahunan keseluruhan
  • Pembaharuan perlindungan dijamin sehingga umur 80 tahun
  • Perlindungan bagi rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang
  • Perlindungan bagi rawatan fisioterapi pesakit luar
  • Kos insurans yang lebih berpatutan
  • 5 pilihan pelan untuk dipilih

Kad perubatan MaxMedic diterima di hospital-hospital yang mengambil bahagian di seluruh negara. Hospital-hospital ini telah dipilih sebagai Hospital Pilihan Ahli (Member Choice Hospitals) dan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pemegang polisi semasa proses kemasukan dan keluar hospital. MediExpress (M) Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan rawatan di hospital kepada pemegang polisi kami. Nombor bebas tol MediExpress: 1-300-80-0020. Selain itu, pelan ini turut menyediakan Program Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance Program - EAP) yang menawarkan bantuan perubatan antarabangsa serta perkhidmatan rujukan berkaitan perjalanan, kenderaan dan kediaman.

Pemegang manfaat tambahan MaxMedic akan menikmati manfaat tambahan di bawah Program Bantuan Kecemasan (EAP) yang merangkumi:

  • Bantuan Perubatan Antarabangsa
  • Bantuan Perjalanan*
  • Bantuan Kenderaan*
  • Bantuan Kediaman*

* Perkhidmatan rujukan sahaja. Sebarang kos dan/atau liabiliti yang timbul daripada perkhidmatan ini hendaklah ditanggung oleh pemegang polisi. Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak ketiga dan kesinambungannya tertakluk pada perjanjian antara Zurich Insurance Malaysia Berhad dan Asia Assistance Network (M) Sdn. Bhd.

Jadual Faedah
PELANPELAN 1PELAN 2PELAN 3PELAN 4PELAN 5
HAD (RM)
HAD KESELURUHAN
Had Tahunan Keseluruhan50,00075,000100,000125,000150,000
Had Seumur Hidup Keseluruhan500,000750,0001,000,0001,250,0001,500,000
MANFAAT HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN                    
Bilik dan Penginapan Hospital
(maksimum 200 hari setahun)
110160210310400
Unit Rawatan Rapi (ICU) / Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) 
(maksimum 30 hari setahun)
Mengikut caj sebenar, tertakluk pada ko-insurans sebanyak 10%, dengan minimum RM200 dan maksimum RM1,000.                
                
                
                
                
                
Bekalan dan Perkhidmatan Hospital
Lawatan Doktor Semasa Dirawat di Hospital
(maksimum 200 hari setahun)
Yuran Pembedahan
Yuran Pakar Bius
Dewan Bedah
MANFAAT RAWATAN PESAKIT LUAR                    
Ujian Diagnostik Pra-Hospital (dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital)Mengikut caj sebenar, tertakluk pada ko-Insurans sebanyak 10%, dengan maksimum RM2,000.                
                
                
                
                
                
                
                
Perundingan Pakar Pra-Hospital (dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital)
Rawatan Selepas Hospital (dalam tempoh 60 hari selepas keluar hospital)
Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital / pembedahan)
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
Rawatan Kanser Pesakit Luar
Penjagaan Jururawat di Rumah (maksimum 180 hari sepanjang hayat)
Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (dalam tempoh 72 jam selepas kemalangan dan rawatan susulan sehingga maksimum 31 hari)
MANFAAT LAIN                    
Yuran Ambulans
(had maksimum bagi setiap hilang upaya)
300350400500750
Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan
(maksimum 200 hari setahun)
5060708090
Manfaat Penjaga Harian bagi Anak yang Diinsuranskan
(had maksimum bagi setiap hilang upaya)
200250300350400
Yuran Laporan Perubatan
(had maksimum bagi setiap hilang upaya)
8080100100100
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)Mengikut caj sebenar                
Program Bantuan Perubatan AntarabangsaMengikut peruntukan manfaat dalam perjanjian Program Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance Programme).                


 

Bagi manfaat hospital dan pembedahan (kecuali bilik dan penginapan), pemegang polisi perlu membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada ko-insurans minimum: RM200 bagi setiap tuntutan; dan ko-insurans maksimum: RM1,000 bagi setiap tuntutan.

Bagi manfaat rawatan pesakit luar, pemegang polisi perlu membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada ko-insurans maksimum RM2,000 bagi setiap tuntutan.

Hayat yang Diinsuranskan: Berumur 14 hari hingga 70 tahun, dengan pembaharuan perlindungan sehingga umur 80 tahun. Pemegang Polisi: Berumur 18 tahun dan ke atas

Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 80 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan Ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.