
MaxMedic
Pelan perubatan komprehensif yang lebih mesra bajet anda.
MaxMedic ialah manfaat tambahan dengan potongan unit yang menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan akibat kecederaan kerana kemalangan atau penyakit yang dilindungi di bawah polisi. Di bawah pelan ini, pemegang polisi perlu menanggung sebahagian daripada jumlah perbelanjaan yang layak (Ko-Insurans).
- Manfaat perubatan yang komprehensif
- Had seumur hidup yang lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda daripada had tahunan keseluruhan
- Pembaharuan perlindungan dijamin sehingga umur 80 tahun
- Perlindungan bagi rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang
- Perlindungan bagi rawatan fisioterapi pesakit luar
- Kos insurans yang lebih berpatutan
- 5 pilihan pelan untuk dipilih
Kad perubatan MaxMedic diterima di hospital-hospital yang mengambil bahagian di seluruh negara. Hospital-hospital ini telah dipilih sebagai Hospital Pilihan Ahli (Member Choice Hospitals) dan menawarkan keistimewaan serta manfaat tertentu kepada pemegang polisi semasa proses kemasukan dan keluar hospital. MediExpress (M) Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan rawatan di hospital kepada pemegang polisi kami. Nombor bebas tol MediExpress: 1-300-80-0020. Selain itu, pelan ini turut menyediakan Program Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance Program - EAP) yang menawarkan bantuan perubatan antarabangsa serta perkhidmatan rujukan bagi perjalanan, kenderaan dan kediaman.
Hayat yang Diinsuranskan di bawah manfaat tambahan MaxMedic akan menikmati manfaat tambahan melalui Program Bantuan Kecemasan (EAP) yang merangkumi:
- Bantuan Perubatan Antarabangsa
- Bantuan Perjalanan*
- Bantuan Kenderaan*
- Bantuan Kediaman*
* Perkhidmatan rujukan sahaja. Sebarang kos dan/atau liabiliti yang timbul daripada perkhidmatan ini hendaklah ditanggung oleh pemegang polisi. Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak ketiga dan kesinambungannya tertakluk pada perjanjian antara Zurich Insurance Malaysia Berhad dan Asia Assistance Network (M) Sdn. Bhd.
Jadual Faedah
Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan
(maksimum 200 hari setahun)
| PELAN | PELAN 1 | PELAN 2 | PELAN 3 | PELAN 4 | PELAN 5 |
| HAD (RM) | |||||
| HAD KESELURUHAN | |||||
| Had Tahunan Keseluruhan | 50,000 | 75,000 | 100,000 | 125,000 | 150,000 |
| Had Seumur Hidup Keseluruhan | 500,000 | 750,000 | 1,000,000 | 1,250,000 | 1,500,000 |
| MANFAAT HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN | |||||
| Bilik dan Penginapan Hospital (maksimum 200 hari setahun) | 110 | 160 | 210 | 310 | 400 |
| Unit Rawatan Rapi (ICU) / Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) (maksimum 30 hari setahun) | Mengikut caj sebenar, tertakluk pada ko-insurans sebanyak 10%, dengan minimum RM200 dan maksimum RM1,000. | ||||
| Bekalan dan Perkhidmatan Hospital | |||||
| Lawatan Doktor Semasa Dirawat di Hospital (maksimum 200 hari setahun) | |||||
| Yuran Pembedahan | |||||
| Yuran Pakar Bius | |||||
| Dewan Bedah | |||||
| MANFAAT RAWATAN PESAKIT LUAR | |||||
| Ujian Diagnostik Pra-Hospital (dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital) | Mengikut caj sebenar, tertakluk pada ko-insurans sebanyak 10%, dengan maksimum RM2,000. | ||||
| Perundingan Pakar Pra-Hospital (dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital) | |||||
| Rawatan Selepas Hospital (dalam tempoh 60 hari selepas keluar hospital) | |||||
| Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital / pembedahan) | |||||
| Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar | |||||
| Rawatan Kanser Pesakit Luar | |||||
| Penjagaan Jururawat di Rumah (maks. 180 hari seumur hidup) | |||||
| Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (dalam tempoh 72 jam selepas kemalangan dan rawatan susulan sehingga maksimum 31 hari) | |||||
| MANFAAT LAIN | |||||
| Yuran Ambulans (had maksimum bagi setiap hilang upaya) | 300 | 350 | 400 | 500 | 750 |
| Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (maksimum 200 hari setahun) | 50 | 60 | 70 | 80 | 90 |
| Manfaat Penjaga Harian bagi Anak yang Diinsuranskan (had maksimum bagi setiap hilang upaya) | 200 | 250 | 300 | 350 | 400 |
| Yuran Laporan Perubatan (had maksimum bagi setiap hilang upaya) | 80 | 80 | 100 | 100 | 100 |
| Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) | Mengikut caj sebenar | ||||
| Program Bantuan Perubatan Antarabangsa | Mengikut peruntukan manfaat dalam perjanjian Program Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance Programme). | ||||
Bagi manfaat hospital dan pembedahan (kecuali bilik dan penginapan), pemegang polisi perlu membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk pada Ko-Insurans minimum RM200 bagi setiap tuntutan dan Ko-Insurans maksimum RM1,000 bagi setiap tuntutan.
Bagi manfaat rawatan pesakit luar, pemegang polisi perlu membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk pada ko-insurans maksimum RM2,000 bagi setiap tuntutan.
Hayat yang Diinsuranskan: Berumur 14 hari hingga 70 tahun, dengan pembaharuan perlindungan sehingga umur 80 tahun. Pemegang Polisi: Berumur 18 tahun dan ke atas.
Tempoh perlindungan manfaat tambahan adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 80 tahun atau sehingga pelan asas matang, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.