
Perlindungan Perubatan Komprehensif dengan Diskaun Tanpa Tuntutan – Zurich InfiniteCare Shield
Prihatin tanpa batasan, sentiasa bersama anda.
Kenali Zurich InfiniteCare Shield. Selain melindungi bil perubatan anda termasuk kemudahan kemasukan hospital tanpa tunai dan manfaat pesakit luar, rider potongan unit ini turut memberi ganjaran kepada anda kerana mengekalkan kesihatan melalui Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount). Yang paling penting, pelan ini memahami kemampuan kewangan anda dan menyediakan perlindungan yang sesuai untuk setiap peringkat kehidupan.
Kekal Sihat, Nikmati Diskaun
Nikmati Diskaun Tanpa Tuntutan sehingga 20% ke atas caj insurans bagi rider perubatan ini.
Lebih Penjimatan dengan Pelbagai Pilihan Deduktibel
Semakin tinggi jumlah Deduktibel yang anda pilih, semakin rendah caj insurans yang perlu dibayar. Anda juga boleh menikmati penjimatan sehingga 81% ke atas caj insurans, bergantung pada jumlah deduktibel yang dipilih.
Perlindungan Menghadapi Inflasi
Nikmati manfaat Inflation Shield, yang meningkatkan perlindungan anda dengan menambah 20% kepada Had Tahunan setiap 5 tahun, berdasarkan Had Tahunan asal pelan yang dipilih."
Perlindungan Tambahan Pilihan
Anda boleh memilih perlindungan tambahan untuk keadaan kritikal terpilih melalui Total Critical Care, yang menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh dari sebelum sehingga selepas rawatan hospital.

Jadual di bawah menunjukkan manfaat yang dibayar di bawah rider pilihan ini.
| Manfaat yang Dibayar | RM | ||
| a) Ujian Genomik Kanser | 40,000 (had sepanjang hayat) | ||
b) Manfaat Bantuan
| 8,000 (had setahun) | ||
c) Manfaat Rawatan Alternatif
| 4,000 (had sepanjang hayat) | ||
Perlindungan Perubatan yang Komprehensif
Nikmati manfaat Bilik dan Penginapan Hospital sehingga RM500 sehari, bergantung pada pelan yang anda pilih. Dilengkapi dengan had tahunan yang tinggi tanpa had seumur hidup untuk memberikan anda ketenangan fikiran sepenuhnya.
Diskaun pada Tahun-Tahun Awal
Nikmati diskaun caj insurans sebanyak 35% pada tahun pertama rider dan 20% pada tahun kedua rider, kerana anda sememangnya layak menikmatinya.
Penjagaan Selepas Rawatan Hospital yang Lebih Lama
Terima bayaran balik bagi ujian diagnostik, perundingan pakar, ubat-ubatan dan rawatan dalam tempoh 210 hari selepas anda keluar dari hospital.
Manfaat Peranti Bantuan Perubatan
Sekiranya anda memerlukan peranti bantuan perubatan seperti alat perentak jantung (pacemaker), anggota tiruan atau defibrilator, anda boleh menerima bayaran balik sehingga RM12,000 bagi perbelanjaan tersebut.
Pilihan Mengurangkan Deduktibel Selepas Persaraan
Selepas bersara, anda boleh memilih untuk mengurangkan jumlah deduktibel mengikut keadaan kewangan anda tanpa perlu menjalani pengunderaitan, tertakluk pada terma dan syarat.
| Pelan | Pelan 300 | Pelan 500 | |||||||||
| Had Keseluruhan | Had (RM) | ||||||||||
| Had Tahunan (untuk Faedah Pesakit Dalam, Faedah Pesakit Luar serta Faedah Lain) | 1,800,000 | 3,000,000 | |||||||||
| Had Seumur Hidup | Tiada had seumur hidup | ||||||||||
| Deduktibel (amaun bagi setiap tahun rider) |
|
| |||||||||
| Manfaat Pesakit Dalam | |||||||||||
| 1 | Bilik dan Penginapan Hospital (tanpa had bilangan hari) | 300 | 500 | ||||||||
| 2 | Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (had sehari, tanpa had bilangan hari) | 180 | |||||||||
| 3 | Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) (maksimum 210 hari bagi setiap tahun rider) | Mengikut caj sebenar, tertakluk pada sebarang Deduktibel. Deduktibel akan dikecualikan bagi kemasukan ke hospital Kerajaan / Separa Kerajaan di Malaysia. | |||||||||
| 4 | Bekalan dan Perkhidmatan Hospital | ||||||||||
| 5 | Yuran Pembedahan | ||||||||||
| 6 | Yuran Pakar Bius | ||||||||||
| 7 | Yuran Dewan Bedah | ||||||||||
| 8 | Yuran Ambulans | ||||||||||
| 9 | Ujian Diagnostik Pra-Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum hospitalisasi)
| ||||||||||
| 10 | Lawatan Pakar Semasa Dirawat di Hospital
| ||||||||||
| 11 | Rawatan Selepas Hospital (dalam tempoh 210 hari selepas keluar hospital)
| ||||||||||
| 12 | Pemindahan Organ (mana-mana organ, tanpa had bilangan pemindahan) | ||||||||||
| 13 | Rawatan hospital akibat COVID-19 atau komplikasi akibat vaksinasi COVID-19 | ||||||||||
| Manfaat Pesakit Luar | |||||||||||
| 14 | Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar | Mengikut caj sebenar, tertakluk pada sebarang Deduktibel. Deduktibel akan dikecualikan bagi kemasukan ke hospital Kerajaan / Separa Kerajaan di Malaysia. | |||||||||
| 15 | Rawatan Kanser Pesakit Luar | ||||||||||
| 16 | Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (dalam tempoh 72 jam selepas kemalangan dan rawatan susulan sehingga maksimum 31 hari) | ||||||||||
| 17 | Pembedahan Penjagaan Harian | ||||||||||
| 18 | Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam tempoh 210 hari selepas keluar hospital / pembedahan) | ||||||||||
| Manfaat Lain | |||||||||||
| 19 | Rawatan Demam Denggi Pesakit Luar (had bagi setiap kejadian) | 3,000 | 3,000 | ||||||||
| 20 | Kanta Intraokular – Monofokal / Multifokal (had sepanjang hayat bagi setiap mata) | 6,000 | |||||||||
| 21 | Pendapat Perubatan Kedua (had bagi setiap tahun rider) | 2,000 | |||||||||
| 22 | Rawatan hospital akibat Penyakit Mental (had bagi setiap tahun rider) | 3,000 | 3,000 | ||||||||
| 23 | Manfaat Peranti Bantuan Perubatan
(had bagi setiap tahun rider, maksimum 2 tuntutan sepanjang hayat) | 12,000 | 12,000 | ||||||||
| 24 | Manfaat Penjaga (had sehari, maksimum 210 hari bagi setiap tahun rider) | 150 | 150 | ||||||||
| 25 | Penjagaan Jururawat di Rumah (had bagi setiap tahun rider, maksimum 210 hari sepanjang hayat) | 12,000 | 12,000 | ||||||||
| 26 | Yuran Laporan Perubatan | Mengikut caj sebenar | |||||||||
| Manfaat Khas | |||||||||||
| (Had bagi manfaat di bawah adalah tambahan kepada Had Tahunan.) | |||||||||||
| 27 | Inflation Shield | Pada permulaan tahun ke-6 rider dan pada setiap selang 5 tahun selepas itu, Had Tahunan akan meningkat sebanyak 20% berdasarkan Had Tahunan asal pelan yang dipilih. | |||||||||
| 28 | Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount) | Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) akan diberikan ke atas caj insurans bagi tahun rider semasa sekiranya tiada tuntutan dibayar pada tahun rider sebelumnya.
Sekiranya sebarang tuntutan perubatan dibayar dalam sesuatu tahun rider, Diskaun Tanpa Tuntutan akan diset semula pada tahun rider berikutnya. | |||||||||
| 29 | Manfaat Penyakit Berjangkit² (had bagi setiap penyakit berjangkit) | 6,000 | 6,000 | ||||||||
| 30 | Program Bantuan Kecemasan (EAP) | Mengikut peruntukan manfaat dalam perjanjian Program Bantuan Kecemasan (EAP). | |||||||||
Nota:
1Hayat yang Diinsuranskan yang membeli Pelan 300 atau Pelan 500 dengan Deduktibel RM50,000 atau RM100,000 boleh memilih untuk menurunkan jumlah deduktibel tanpa pengunderaitan pada ulang tahun polisi yang berikut selepas ulang tahun kelahiran ke-60. Kami akan memaklumkan pilihan ini 90 hari sebelum ulang tahun polisi yang berikut selepas ulang tahun kelahiran ke-55. Hayat yang Diinsuranskan hendaklah membuat pilihan dalam tempoh yang ditetapkan. Manfaat ini hanya layak untuk Hayat yang Diinsuranskan yang menyertai pelan pada umur 50 tahun dan ke bawah.
2Manfaat Penyakit Berjangkit akan tamat apabila Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 70 tahun.

Sesiapa yang berumur antara 14 hari hingga 70 tahun (umur dicapai) layak melampirkan Zurich InfiniteCare Shield sebagai rider kepada pelan insurans berkaitan pelaburan premium berkala yang terpilih.
Sekiranya anda merupakan pemegang polisi sedia ada dengan rider Flex Maternity Care, anda boleh mengaktifkan Pilihan untuk Membeli Polisi Baharu bagi Anak dan melampirkan rider ini kepada polisi anak anda sejurus selepas kelahiran.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.