
Perlindungan Kesihatan Maksimum dengan Pilihan Fleksibel – Zurich Smart Health
Perlindungan Kesihatan Maksimum, Kebimbangan Minimum
Dengan Zurich Smart Health, anda boleh memilih jumlah Deduktibel yang sesuai dengan bajet anda. Deduktibel juga akan dikecualikan bagi rawatan penting seperti rawatan kecemasan, rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan, serta rawatan pesakit luar untuk kanser dan dialisis buah pinggang.
Perlindungan Menyeluruh, Tanpa Kebimbangan
Nikmati perlindungan dengan had tahunan sehingga RM1,000,000 tanpa had seumur hidup, yang memberi anda perlindungan sehingga umur 100 tahun.
![]()
Fleksibel Mengikut Keperluan Anda
Pilih jumlah Deduktibel yang sesuai dengan gaya hidup anda. Terdapat 2 pilihan Deduktibel: RM500 setahun untuk mengurangkan kos yang perlu anda tanggung sendiri; atau RM5,000 setahun untuk menikmati premium yang lebih rendah serta penjimatan jangka panjang yang lebih banyak.
![]()
Kecemasan? Kami Sedia Membantu
Tiada Deduktibel dikenakan sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat kecemasan; menerima rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar atau rawatan kanser pesakit luar; atau mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan.
Kemasukan Hospital yang Mudah
Hanya tunjukkan kad perubatan anda di mana-mana hospital panel kami untuk kemasukan yang cepat, mudah dan tanpa kerumitan.
Bantuan Kewangan Penuh Keprihatinan
Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia, keluarga akan menerima RM10,000 sebagai Manfaat Ihsan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pengebumian.
Naik Taraf Perlindungan Tanpa Kerumitan
Selepas 5 tahun, anda boleh menaik taraf kepada pelan perubatan baharu untuk menikmati manfaat yang lebih baik dan perlindungan perubatan yang lebih komprehensif tanpa perlu menjalani pengunderaitan perubatan, tertakluk pada terma dan syarat.
Nota:
1. Semua manfaat adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
2. Sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan dokumen polisi untuk maklumat lanjut.
| Pelan | Pelan A | Pelan B | ||
| Had (RM) | ||||
| Had Tahunan | 1,000,000 | |||
| Had Seumur Hidup | Tiada had seumur hidup | |||
| Deduktibel (amaun bagi setiap tahun) | 500 | 5,000 | ||
| Manfaat Pesakit Dalam | ||||
| Bilik dan Penginapan Hospital (tanpa had bilangan hari) | 250 | |||
| Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (had sehari, tanpa had bilangan hari) | 250 | |||
| Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Kebergantungan Tinggi (HDU) (maksimum 210 hari bagi setiap tahun rider) | Mengikut caj sebenar | |||
| Bekalan dan Perkhidmatan Hospital | ||||
| Yuran Pembedahan | ||||
| Yuran Pakar Bius | ||||
| Yuran Dewan Bedah | ||||
| Yuran Ambulans | ||||
Ujian Diagnostik Pra-Hospital
| ||||
Lawatan Pakar Semasa Dirawat di Hospital
| ||||
Rawatan Selepas Rawatan Hospital
| ||||
| Pemindahan Organ (mana-mana organ, tanpa had bilangan pemindahan) | ||||
| Manfaat Pesakit Luar | ||||
| Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar | Mengikut caj sebenar | |||
| Rawatan Kanser Pesakit Luar | ||||
Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (dalam tempoh 72 jam selepas kemalangan dan rawatan susulan sehingga maksimum 31 hari) | Mengikut caj sebenar | |||
| Pembedahan Penjagaan Harian | ||||
| Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar (dalam tempoh 210 hari selepas keluar hospital / pembedahan) | 5,000 | |||
| Manfaat Lain | ||||
| Kanta Intraokular – Monofokal / Multifokal (had sepanjang hayat bagi setiap mata) | 3,000 | |||
| Yuran Laporan Perubatan | Mengikut caj sebenar | |||
| Manfaat Khas | ||||
| Kelebihan Step Up | Hayat yang Diinsuranskan boleh menaik taraf pelan ini kepada pelan perubatan baharu tanpa pengunderaitan perubatan, tertakluk pada terma dan syarat. | |||
| Manfaat Ihsan² | 10,000 | |||
| Program Bantuan Kecemasan (EAP)² | Mengikut peruntukan manfaat dalam perjanjian Program Bantuan Kecemasan (EAP). | |||
Nota: Deduktibel terpakai kepada semua Perbelanjaan Perubatan yang Layak, kecuali (i) Rawatan Kecemasan; (ii) Rawatan Dialisis Buah Pinggang dan Rawatan Kanser Pesakit Luar; atau (iii) Rawatan yang diperoleh di Fasiliti Kesihatan Kerajaan. Manfaat Ihsan dan Program Bantuan Kecemasan (Emergency Assistance Programme) tidak termasuk dalam Had Tahunan.

Sesiapa yang berumur antara 14 hari hingga 70 tahun (umur dicapai) layak membeli Zurich Smart Health.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.