Pengecualian Premium atas Penyakit Kritikal

Kelegaan Kewangan Semasa Menghadapi Penyakit Kritikal – Critical Care Premium Waiver

Manfaat pengecualian premium yang membantu meringankan beban kewangan sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD).

Critical Care Premium Waiver ialah rider potongan unit (unit deducting rider) yang boleh dilampirkan pada pelan pelaburan berkaitan insurans dengan premium berkala bagi mengecualikan pembayaran premium asas atau premium tambahan berkala MaxSaver sekiranya berlaku kejadian yang dilindungi.

Senarai 50 Penyakit Kritikal yang Dilindungi

NO.PENYAKIT KRITIKAL
1Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3Sindrom Apalik
4Meningitis Bakteria – menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
5Tumor Otak Benigna – pada tahap keterukan yang ditetapkan
6Buta – kekal dan tidak boleh dipulihkan
7Pembedahan Otak
8Kanser – pada tahap keterukan yang ditetapkan dan tidak meliputi kanser pada peringkat awal
9Kardiomiopati – pada tahap keterukan yang ditetapkan
10Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan kegagalan kekal sumsum tulang
11Hepatitis Autoimun Kronik
12Pankreatitis Berulang Kronik
13Koma – menyebabkan defisit neurologi kekal dengan gejala klinikal yang berterusan
14Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
15Penyakit Creutzfeldt-Jakob
16Penyakit Crohn dengan Fistula
17Pekak – kekal dan tidak boleh dipulihkan
18Elefantiasis
19Ensefalitis – menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
20Kegagalan Hati Peringkat Akhir
21Penyakit Paru-paru Peringkat Akhir
22AIDS Peringkat Penuh
23Hepatitis Virus Fulminan
24Serangan Jantung – pada tahap keterukan yang ditetapkan
25Pembedahan Injap Jantung
26Jangkitan HIV Akibat Pemindahan Darah
27Endokarditis Berjangkit
28Kegagalan Buah Pinggang – yang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang
29Kehilangan Keupayaan Berdikari
30Hilang Keupayaan Bertutur
31Kecederaan Kepala Utama
32Pemindahan Organ Utama / Sumsum Tulang
33Penyakit Sistik Medula
34Penyakit Neuron Motor – menyebabkan defisit neurologi kekal dengan gejala klinikal yang berterusan
35Sklerosis Berbilang (Multiple Sclerosis)
36Distrofi Otot
37Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) Akibat Pekerjaan
38Lumpuh Anggota Badan
39Penyakit Parkinson – menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian
40Feokromositoma
41Poliomielitis
42Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – pada tahap keterukan yang ditetapkan
43Skleroderma Progresif
44Penyakit Arteri Koronari Serius
45Strok – menyebabkan defisit neurologi kekal dengan gejala klinikal yang berterusan
46Pembedahan Aorta
47Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk
48Penyakit Terminal
49Melecur Tahap Tiga – pada tahap keterukan yang ditetapkan
50Kolitis Ulseratif dengan Kolektomi Menyeluruh

Umur kemasukan

Hayat yang Diinsuranskan: 14 hari hingga 65 tahun
Pemilik Polisi: 16 tahun dan ke atas

Tempoh perlindungan rider adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 100 tahun, tamat tempoh pembayaran premium, atau polisi asas matang, yang mana lebih awal.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.