Max Golden Wanita Protection

Perlindungan Tersuai untuk Wanita pada Usia Emas – Max Golden Wanita Protection

Perlindungan yang disesuaikan untuk wanita pada usia emas dan seterusnya.

Max Golden Wanita Protection menyediakan perlindungan manfaat hilang upaya pada usia emas sekiranya Hayat yang Diinsuranskan tidak lagi mampu melakukan aktiviti asas kehidupan harian. Rider ini merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas dan tidak akan mengurangkan Jumlah Asas Diinsuranskan di bawah pelan asas.

Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada Aktiviti Kehidupan Harian (Activities of Daily Living), semua caj insurans Max Golden Wanita Protection pada masa hadapan akan dikecualikan, dan manfaat hilang upaya akan dibayar seperti berikut:

Ulang Tahun Polisi Selepas Tarikh Permulaan Hilang UpayaManfaat Hilang Upaya yang Dibayar
Tahun 1Jumlah yang lebih rendah antara:
a) RM1,000,000; atau
b) Jumlah keseluruhan Diinsuranskan di bawah Max Golden Wanita Protection serta mana-mana manfaat ITPD / TPD / IAPWP / APWP lain seperti yang dinyatakan dalam kontrak bagi Hayat yang Diinsuranskan dengan Zurich Insurance Malaysia.
 
Tahun 2 – Tahun 10 Sebarang baki manfaat akan dibayar dalam ansuran tahunan yang sama rata.
Definisi "Aktiviti Kehidupan Harian"
  1. Berpindah (Transfer)
    Keupayaan untuk bangun daripada kerusi dan duduk semula tanpa memerlukan bantuan fizikal.
  2. Pergerakan (Mobility)
    Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.
  3. Kawalan Pembuangan (Continence)
    Keupayaan untuk mengawal fungsi pembuangan air besar dan air kecil secara sukarela bagi mengekalkan kebersihan diri.
  4. Berpakaian (Dressing)
    Keupayaan untuk memakai dan menanggalkan semua pakaian yang diperlukan tanpa bantuan orang lain.
  5. Mandi / Membersihkan Diri (Bathing/Washing)
    Keupayaan untuk mandi menggunakan tab mandi atau pancuran (termasuk masuk dan keluar daripada tab mandi atau pancuran) atau membersihkan diri dengan cara lain.
  6. Makan (Eating)
    Keupayaan untuk memasukkan makanan ke dalam badan setelah makanan tersebut disediakan.

Umur kemasukan Hayat yang Diinsuranskan: 16 hingga 69 tahun
Umur kemasukan Pemilik Polisi: 18 tahun dan ke atas

Caj insurans bagi rider ini perlu dibayar sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 100 tahun.

Tempoh perlindungan rider adalah sehingga Hayat yang Diinsuranskan mencapai umur 100 tahun atau apabila pelan asas matang, yang mana lebih awal.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Terdekat Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.