
Pelan Perlindungan 5-dalam-1 dengan Pulangan Tunai Terjamin – Teras Perdana
Pelan perlindungan 5-dalam-1 dengan Pulangan Tunai Terjamin apabila matang!
Kehidupan sentiasa dipenuhi pelbagai cabaran. Sama ada anda ingin membeli rumah idaman atau memulakan perniagaan sendiri, anda pastinya mahukan ketenangan fikiran dalam menghadapi setiap langkah kehidupan. Teras Perdana ialah pelan endowmen yang menawarkan perlindungan asas yang menyeluruh pada premium yang berpatutan, sambil membantu anda merancang masa depan dengan lebih yakin.
Nikmati manfaat berikut serta fleksibiliti untuk memilih sama ada menerima manfaat kematangan secara bayaran tahunan atau sekaligus (lump sum). Pilihan di tangan anda.
Pulangan Tunai Apabila Polisi Matang
Jika anda mengekalkan polisi sehingga matang, anda akan menerima manfaat kematangan. Anda boleh memilih salah satu daripada pilihan berikut:
- 120% daripada jumlah premium yang telah dibayar* dalam bentuk bayaran tahunan sepanjang tempoh tetap yang bersamaan dengan tempoh polisi; atau
- Bayaran sekaligus, bersamaan nilai diskaun daripada siri bayaran tahunan tersebut.
* Jumlah premium yang telah dibayar merujuk kepada jumlah premium asas yang perlu dibayar berdasarkan mod pembayaran tahunan, tidak termasuk premium bagi rider pilihan.
Perlindungan Kematian & Kehilangan Anggota Badan Akibat Kemalangan
Membayar Jumlah Diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) akibat kemalangan. Bagi Hilang Upaya Separa dan Kekal (PPD) akibat kemalangan, manfaat akan dibayar berdasarkan Skala Manfaat sehingga umur 65 tahun, di mana-mana sahaja.
Perlindungan Kematian
Sekiranya berlaku kematian, Jumlah Diinsuranskan akan dibayar kepada tanggungan anda.
Perlindungan 36 Penyakit Kritikal
Membayar Jumlah Diinsuranskan apabila Hayat yang Diinsuranskan disahkan menghidap mana-mana 36 Penyakit Kritikal yang dilindungi, termasuk kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan penyakit-penyakit lain yang dilindungi
Tertakluk pada pengecualian standard seperti:
- Keadaan sedia ada (pre-existing conditions)
- Diagnosis dalam tempoh 60 hari dari tarikh polisi berkuat kuasa
- Kecederaan yang disengajakan atau penyalahgunaan alkohol dan dadah
- Kecederaan atau penyakit akibat rusuhan, mogok, kekacauan awam, pemberontakan, peperangan, pencerobohan, penerbangan, perlumbaan bermotor atau kuda, atau operasi kapal selam
- Bagi Hayat yang Diinsuranskan kanak-kanak – sebarang kecacatan kongenital
Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Sekiranya berlaku TPD sebelum umur 60 tahun, Jumlah Diinsuranskan akan dibayar.
Pendapatan Harian Semasa Dimasukkan ke Hospital
Membayar manfaat pendapatan harian semasa dimasukkan ke hospital (sehingga umur 60 tahun atau tempoh polisi, yang mana lebih awal), mengikut pelan yang dipilih, sehingga 90 hari setahun.
Jadual Faedah
| PELAN | PELAN 1 | PELAN 2 | PELAN 3 | PELAN 4 | PELAN 5 | PELAN 6 | PELAN 7 |
| HAD (RM) | |||||||
| Kematian / HUKK | 25,000 | 50,000 | 75,000 | 100,000 | 200,000 | 300,000 | 500,000 |
| 36 Penyakit Kritikal | 25,000 | 50,000 | 75,000 | 100,000 | 200,000 | 300,000 | 500,000 |
| Pendapatan Harian Hospital (sehingga 90 hari setahun) | 25 | 25 | 50 | 50 | 100 | 150 | 250 |
| Kematian & Kehilangan Anggota Badan Akibat Kemalangan | 50,000 | 100,000 | 150,000 | 200,000 | 400,000 | 600,000 | 1,000,000 |
Anda layak menyertai Teras Perdana jika berumur antara 15 hari hingga 55 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.