
Perlindungan Seumur Hidup dengan Penerimaan Terjamin – Zurich Everlasting Cover
Sentiasa bersama anda dalam suka dan duka
Memperkenalkan Zurich Everlasting Cover, pelan seumur hidup yang memberikan perlindungan terhadap kematian dan hilang upaya sehingga umur 100 tahun. Selain itu, pelan ini menawarkan Penerimaan Terjamin (Guaranteed Acceptance) tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan.
Penerimaan Terjamin dengan Permohonan yang Mudah
Kami percaya perlindungan harus boleh diakses oleh semua. Oleh itu, Zurich Everlasting Cover boleh dipohon tanpa pemeriksaan perubatan, dan permohonan anda tidak akan ditolak.
Perlindungan Sehingga Umur 100 Tahun
Nikmati perlindungan sehingga umur 100 tahun untuk ketenangan fikiran yang berpanjangan. Anda juga boleh memilih Jumlah Asas Diinsuranskan (Basic Sum Assured - BSA) yang sesuai, daripada RM20,000 hingga RM300,000.
Pelan Bantuan Hilang Upaya
Zurich Everlasting Cover menyediakan Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sehingga umur 70 tahun; dan Manfaat Hilang Upaya Warga Emas (Golden Age Disability - GAD) sehingga umur 100 tahun untuk perlindungan berterusan.
Perlindungan Tinggi Sehingga 600% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)
Pelan ini menawarkan manfaat sehingga 600% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)¹ sekiranya berlaku kejadian yang dinyatakan di bawah.
| Manfaat | Manfaat yang Dibayar |
| Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) / Hilang Upaya Warga Emas (GAD) | Yang tertinggi antara 100% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA), Jumlah Premium yang Telah Dibayar, atau Nilai Tunai |
| Kematian Akibat Kemalangan Semasa Balik Kampung | Manfaat kematian + 100% daripada BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan Semasa Menggunakan Pengangkutan Awam | Manfaat kematian + 200% daripada BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan di Luar Negara | Manfaat kematian + 300% daripada BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan Semasa Dalam Penerbangan | Manfaat kematian + 400% daripada BSA |
| Kematian Akibat Kemalangan Disebabkan Bencana Alam | Manfaat kematian + 500% daripada BSA |
1Hanya manfaat kematian yang tertinggi akan dibayar. Manfaat kematian akibat kemalangan adalah tertakluk pada had maksimum RM10,000,000, termasuk sebarang manfaat akibat kemalangan yang dibayar di bawah polisi lain yang melindungi Hayat yang Diinsuranskan.
Manfaat Kematangan
Apabila polisi anda matang pada penghujung tahun polisi selepas ulang tahun kelahiran ke-100 anda, anda akan menerima manfaat kematangan terjamin dalam bentuk bayaran sekaligus.
| Umur Kemasukan | Manfaat Kematangan |
| 40 tahun dan ke bawah | 150% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan |
| Melebihi 40 tahun | 130% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan |
Manfaat Penghantaran Pulang Jenazah
Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia ketika berada dalam perjalanan, penama akan dibayar balik sehingga RM3,000 bagi setiap polisi untuk perbelanjaan penghantaran pulang jenazah ke negara asal.
Nota:
1. Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) atau Hilang Upaya Warga Emas (GAD) (selain akibat kemalangan) dalam tempoh 2 tahun pertama polisi, semua premium yang telah dibayar sejak polisi berkuat kuasa, selepas ditolak sebarang keberhutangan, akan dipulangkan.
2. Jumlah premium yang telah dibayar merujuk kepada jumlah premium yang perlu dibayar di bawah Polisi Asas berdasarkan mod pembayaran tahunan (tidak termasuk sebarang faedah).
3. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk, Ilustrasi Jualan dan dokumen polisi.
Pelan ini terbuka kepada sesiapa yang berumur antara 14 hari hingga 65 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.