Prestige 2500 x 900

Pelan Endowmen Fleksibel untuk Masa Depan Anda - Zurich Prestige Cover

Pelan yang berkembang bersama anda, untuk anda

Memperkenalkan Zurich Prestige Cover, pelan endowmen dengan tempoh perlindungan selama 30 tahun yang melabur dalam masa depan anda sambil anda berusaha ke arahnya. Pelan ini hadir dengan tempoh pembayaran premium yang pendek sama ada 5, 10 atau 20 tahun, membolehkan anda membayar premium untuk tempoh yang terhad sambil menikmati tempoh perlindungan yang lebih lama.

Perlindungan Tinggi Sehingga 600% Jumlah Asas Diinsuranskan (BSA)

Pelan ini menawarkan sehingga 600% daripada BSA1 sekiranya berlaku insiden malang seperti yang disenaraikan di bawah:

Manfaat Manfaat Dibayar
Kematian / Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) / Hilang Upaya Usia Emas (GAD) Tertinggi antara 100% daripada BSA atau Jumlah Premium Dibayar atau Nilai Tunai
Kematian Akibat Kemalangan Balik Kampung Manfaat kematian + 100% daripada BSA
Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam Manfaat kematian + 200% daripada BSA
Kematian Akibat Kemalangan Luar Negara Manfaat kematian + 300% daripada BSA
Kematian Akibat Kemalangan Dalam Penerbangan Manfaat kematian + 400% daripada BSA
Kematian Akibat Kemalangan Bencana Alam Manfaat kematian + 500% daripada BSA

1 Hanya manfaat kematian tertinggi yang akan dibayar. Manfaat kematian akibat kemalangan adalah tertakluk kepada had maksimum RM10,000,000 termasuk sebarang manfaat akibat kemalangan yang dibayar di bawah polisi lain yang menginsuranskan Hayat Diinsuranskan.

Manfaat Matang

Apabila pelan matang, anda akan menerima manfaat matang yang dijamin untuk membantu mengekalkan gaya hidup yang anda inginkan bagi persaraan yang selesa, atau meninggalkan legasi kepada anak-anak anda.

Tempoh Pembayaran Premium Manfaat Matang
Bayar selama 5 tahun 130% daripada Jumlah Premium Dibayar
Bayar selama 10 tahun 120% daripada Jumlah Premium Dibayar
Bayar selama 20 tahun 110% daripada Jumlah Premium Dibayar
Penerimaan Dijamin dengan Proses Permohonan Tanpa Kerumitan

Dengan ciri Penerimaan Dijamin, mana-mana individu, tanpa mengira keadaan kesihatan mereka, boleh mendaftar untuk pelan ini. Kami juga telah membangunkan proses yang mudah tanpa pemeriksaan perubatan diperlukan, supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati perkara-perkara yang lebih baik dalam hidup.

Pelan Sokongan Hilang Upaya

Dengan Zurich Prestige Cover, keselamatan kewangan anda terjamin dengan manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) sehingga umur 70 tahun dan perlindungan hilang upaya berterusan dengan manfaat Hilang Upaya Usia Emas, yang melindungi anda sehingga tempoh matang polisi.

Fleksibiliti untuk Memenuhi Keperluan Kewangan Anda

Zurich Prestige Cover menyediakan terma pembayaran premium yang fleksibel di mana anda boleh memilih untuk membayar selama 5, 10 atau 20 tahun tetapi kekal dilindungi selama 30 tahun. Selain itu, anda juga boleh memilih BSA pilihan anda yang berkisar antara RM20,000 hingga RM300,000.

Nota:

  1. Sekiranya berlaku kematian, TPD atau GAD (selain akibat kemalangan) kepada Hayat yang Diinsuranskan dalam tempoh 2 tahun polisi pertama, semua premium yang dibayar dari permulaan polisi, tolak sebarang hutang, akan dikembalikan.
  2. Jumlah premium yang dibayar bermaksud jumlah premium yang perlu dibayar di bawah Polisi Asas yang dikira berdasarkan mod pembayaran tahunan (tidak termasuk sebarang faedah).
  3. Untuk butiran lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk, ilustrasi jualan dan dokumen polisi.

Zurich Prestige Cover terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur antara 14 hari hingga 55 tahun. Untuk tempoh pembayaran premium selama 5 tahun, umur maksimum untuk kemasukan adalah 70 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mesti berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.