
Perlindungan Seumur Hidup dengan Penerimaan Terjamin – Zurich SureCover
Pelan penerimaan terjamin tanpa pemeriksaan perubatan.
Apabila anda mencapai satu tahap dalam kehidupan, sudah tiba masanya untuk merancang masa depan anda dan memastikan kesejahteraan keluarga terpelihara. Pernahkah anda terfikir bagaimana orang tersayang akan meneruskan kehidupan sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda?
Kini, lebih daripada sebelumnya, perancangan kewangan menjadi semakin penting. Kami memahami bahawa perancangan kewangan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila terdapat pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan. Bagaimana jika terdapat satu pelan yang memudahkan semuanya? Pelan yang ringkas, mampu milik dan tidak memerlukan pemeriksaan perubatan?
Memperkenalkan Zurich SureCover, pelan insurans hayat seumur hidup yang memberikan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Dengan premium serendah RM75 sebulan, pelan ini membantu melindungi anda daripada perkara yang tidak dijangka serta meringankan beban kewangan yang mungkin ditanggung oleh orang tersayang.
![]()
Penerimaan Terjamin untuk individu berumur 35 hingga 70 tahun
Seperti namanya, Zurich SureCover menawarkan ciri Penerimaan Terjamin (Guaranteed Acceptance) yang memberikan perlindungan kepada Hayat yang Diinsuranskan yang berumur antara 35 hingga 70 tahun. Ia merupakan penyelesaian yang sesuai bagi individu yang ingin mendapatkan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga."
![]()
Permohonan mudah tanpa pemeriksaan perubatan
Tanpa pemeriksaan perubatan dan tanpa soalan berkaitan kesihatan, permohonan menjadi lebih mudah dan tanpa kerumitan. Permohonan anda tidak akan ditolak, tanpa mengira keadaan kesihatan anda.
![]()
Perlindungan Sehingga Umur 100 Tahun
Nikmati ketenangan fikiran dengan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Pelan ini membolehkan anda menikmati kehidupan dengan lebih yakin, sementara kami membantu melindungi anda agar anda boleh terus memberi tumpuan kepada insan tersayang.
![]()
Premium mampu milik bermula serendah RM75 sebulan
Dengan premium bermula daripada hanya RM75 sebulan, anda boleh menikmati pelbagai manfaat yang direka khas untuk memenuhi keperluan anda.
![]()
Manfaat Kematangan Terjamin
Apabila polisi anda matang pada penghujung tahun polisi selepas ulang tahun kelahiran ke-100, anda akan menerima bayaran sekaligus bersamaan 188% daripada Jumlah Premium yang Telah Dibayar sebagai Manfaat Kematangan Terjamin.
![]()
Manfaat Penghantaran Pulang Jenazah
Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia ketika berada di luar Malaysia, pelan ini menyediakan bayaran balik sehingga RM3,000 bagi kos penghantaran pulang jenazah ke negara asal.
![]()
Manfaat Kematian Terjamin dengan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan yang Lebih Tinggi
Bersedialah menghadapi ketidaktentuan hidup. Sekiranya Hayat yang Diinsuranskan meninggal dunia, manfaat berikut akan dibayar:
| MANFAAT KEMATIAN BUKAN AKIBAT KEMALANGAN | ||
|---|---|---|
| TAHUN POLISI | MANFAAT YANG DIBAYAR | |
| Dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh polisi berkuat kuasa | Bayaran balik Jumlah Premium yang Telah Dibayar (tanpa faedah) | |
| Selepas 2 tahun dari tarikh polisi berkuat kuasa | Jumlah Asas Diinsuranskan (Basic Sum Assured) atau Jumlah Premium yang Telah Dibayar, yang mana lebih tinggi, selepas ditolak sebarang keberhutangan | |
| MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN TERJAMIN | |
|---|---|
| UMUR DICAPAI HAYAT YANG DIINSURANSKAN PADA TARIKH KEMATIAN | MANFAAT YANG DIBAYAR |
| 35-65 | 500% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan atau Jumlah Premium yang Telah Dibayar, yang mana lebih tinggi |
| 66-80 | 300% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan atau Jumlah Premium yang Telah Dibayar, yang mana lebih tinggi |
| 81-90 | 200% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan atau 108% daripada Jumlah Premium yang Telah Dibayar, yang mana lebih tinggi |
| 91-95 | 200% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan atau 118% daripada Jumlah Premium yang Telah Dibayar, yang mana lebih tinggi |
| 96 dan ke atas | 200% daripada Jumlah Asas Diinsuranskan atau 128% daripada Jumlah Premium yang Telah Dibayar, yang mana lebih tinggi |
Jumlah Asas Diinsuranskan bagi polisi anda akan ditentukan berdasarkan umur kemasukan; jantina; dan bilangan unit perlindungan insurans yang dibeli. Contoh, seorang wanita berumur 35 tahun membeli 10 unit perlindungan insurans. Jumlah Asas Diinsuranskannya ialah RM33,243 × 10 unit = RM332,430 berdasarkan jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Jumlah Diinsuranskan (Sum Assured Schedule).
Zurich SureCover terbuka kepada sesiapa yang berumur antara 35 hingga 70 tahun (umur dicapai). Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.