Zurich TermLife

Flexible Term Insurance for Family and Business Protection - Zurich TermLife 

Perlindungan yang boleh disesuaikan untuk menjamin kesejahteraan kewangan keluarga dan perniagaan anda.

Zurich TermLife ialah pelan insurans bertempoh yang direka untuk memberikan perlindungan kewangan kepada anda dan insan tersayang. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku, keluarga anda akan menerima bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin. Sama ada sebagai pelan perlindungan asas atau pelengkap kepada polisi insurans sedia ada, Zurich TermLife merupakan pilihan yang sesuai untuk membantu melindungi kesejahteraan kewangan keluarga mahupun perniagaan anda.

Berikut ialah 3 cara Zurich TermLife membantu melindungi kekayaan yang telah anda usahakan:

Perlindungan terhadap Komitmen Kewangan

Zurich TermLife membantu melindungi insan tersayang dan aset anda. Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), Jumlah Asas Diinsuranskan akan dibayar. Manfaat ini boleh digunakan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga anda, termasuk membantu melunaskan komitmen seperti pinjaman perumahan dan melindungi aset yang telah anda bina.

 

Memelihara Legasi Anda

Zurich TermLife menawarkan penyelesaian yang berpatutan untuk perancangan legasi anda. Anda telah berusaha membina kekayaan untuk masa depan keluarga. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan menjejaskan perancangan kewangan anda, Zurich TermLife membantu memastikan kesejahteraan kewangan keluarga terus terpelihara. Manfaat kematian di bawah Zurich TermLife akan dibayar kepada insan tersayang bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih yakin.

 

Perlindungan untuk Kakitangan Utama Perniagaan

Anda juga boleh menggunakan Zurich TermLife untuk melindungi perniagaan anda daripada kehilangan kakitangan utama yang tidak dijangka dalam syarikat anda. Ia membantu syarikat bertahan daripada kehilangan individu yang penting kepada operasi perniagaan anda yang berjaya. Dalam kejadian kematian atau TPD kakitangan utama, pembayaran manfaat akan memberikan kecairan kepada syarikat anda sementara anda mencari pengganti yang sesuai untuk kakitangan utama anda, memastikan peralihan yang lancar dan kesinambungan perniagaan anda tanpa gangguan.

Fleksibiliti Memilih Perlindungan

Anda boleh memilih daripada pelbagai tempoh perlindungan (sehingga umur perlindungan maksimum 80 tahun) serta Jumlah Asas Diinsuranskan yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan anda.

 

Manfaat Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)

Jumlah Asas Diinsuranskan akan dibayar sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)¹.

 

Keistimewaan Pembaharuan Polisi²

Sebelum mencapai umur 60 tahun, anda boleh menikmati Keistimewaan Pembaharuan Polisi² untuk melanjutkan perlindungan bagi tempoh 5 tahun, sebelum tarikh tamat polisi, tanpa perlu mengemukakan bukti kebolehinsuransan.

 
Keistimewaan Penukaran Polisi²

Sebelum mencapai umur 60 tahun, anda boleh menukar Zurich TermLife kepada pelan seumur hidup (whole life), endowmen, atau pelan lain yang ditentukan oleh syarikat yang menawarkan perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sahaja, sebelum tamat tempoh polisi tanpa perlu mengemukakan bukti kebolehinsuransan.

 

Pilihan Menambah Manfaat Perlindungan

Tingkatkan perlindungan anda dengan manfaat tambahan (rider) seperti Manfaat Kematian Akibat Kemalangan, Manfaat Hospitalisasi dan Pembedahan, Manfaat Penyakit Kritikal dan Pengecualian Premium bagi Penyakit Kritikal.

 

1 Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) akan dibayar sekiranya berlaku sebelum umur 70 tahun.
2 Tertakluk pada terma dan syarat.

Anda layak mendapatkan perlindungan di bawah Zurich TermLife sekiranya berumur antara 16 hingga 65 tahun, bergantung pada tempoh perlindungan yang dipilih.

Temui Ejen Insurans Zurich

Hantar pertanyaan untuk pertemuan ejen Zurich Takaful

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Hubungi Khidmat Pelanggan Zurich Takaful Kami

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.