
Lindungi Rumah dan Harta Benda Anda daripada Risiko Kebakaran - Insurans Kebakaran
Lindungi kediaman dan harta benda anda daripada kerugian akibat kebakaran.
Walaupun pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah kebakaran, kejadian yang tidak dijangka masih boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika ia berlaku, kami bersedia membantu memastikan kewangan anda turut terlindung.
Insurans Kebakaran kami direka untuk melindungi kerugian atau kerosakan pada harta dan barangan peribadi anda yang berpunca daripada kebakaran, sambaran petir atau letupan gas yang digunakan untuk tujuan domestik.
Notis Penting mengenai Pengiraan Kos Takaful Kebakaran
Kurang diinsuranskan / kurang perlindungan untuk kebakaran harta anda boleh menyebabkan pampasan yang tidak mencukupi disebabkan oleh aplikasi klausa purata. Untuk mendapatkan anggaran perlindungan insurans / Takaful dengan cepat untuk harta anda (contohnya, hartanah kediaman, rumah kedai sederhana dan pejabat kedai), anda boleh menggunakan Building Cost Calculator, yang dibangunkan bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysia Takaful Association (MTA). Harap maklum bahawa kalkulator ini menyediakan anggaran kos pembinaan semula harta anda untuk tujuan penilaian sahaja, dan tidak menjamin jumlah sebenar yang mungkin kami setuju untuk melindungi harta anda.
Polisi Insurans Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan pada harta yang diinsuranskan, iaitu rumah kediaman persendirian dan kandungannya, yang berpunca daripada kebakaran, sambaran petir atau letupan dandang domestik serta gas yang digunakan untuk tujuan domestik sepanjang tempoh perlindungan.
Anda juga boleh melanjutkan perlindungan polisi dengan membayar premium tambahan untuk melindungi risiko berikut:
- Kerosakan akibat pesawat udara
- Gempa bumi dan letusan gunung berapi
- Ribut dan taufan
- Banjir
- Letupan
- Kerosakan akibat pelanggaran
- Tangki air, peralatan atau paip pecah atau melimpah
- Kebakaran belukar atau lalang
- Penenggelaman tanah dan tanah runtuh
- Rusuhan, mogok dan perbuatan khianat
- Kerosakan akibat pokok, dahan atau objek yang tumbang
Nota: Polisi Insurans Kebakaran perlu diperbaharui setiap tahun.
Jumlah perlindungan adalah berdasarkan kos untuk membaiki semula harta yang rosak atau menggantikannya dengan harta yang mempunyai keadaan yang setara pada masa kerugian berlaku.
Untuk Harta Benda Anda
Jumlah perlindungan adalah berdasarkan kos semasa untuk membina semula bangunan kepada keadaan asalnya, selepas ditolak pelarasan yang munasabah bagi penambahbaikan (betterment).
Penambahbaikan (betterment) merujuk kepada sebarang tambahan atau pengubahsuaian yang menjadikan harta anda berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum kejadian kebakaran. Contohnya, menggantikan kabinet dapur asal dengan kabinet yang lebih mahal.
Untuk Barangan Peribadi Anda
Jumlah perlindungan adalah berdasarkan kos menggantikan barangan baharu yang setara, selepas ditolak susut nilai akibat penggunaan dan kehausan. Barangan peribadi termasuk peralatan elektrik, perabot dan pakaian.
| JUMLAH DILINDUNGI | KADAR |
|---|---|
| Melebihi RM100 Juta | Kadar Khas Jawatankuasa Penarafan Teknikal PIAM* akan menentukan kadar khas yang berkenaan. |
| RM10 Juta hingga RM100 Juta | Penarafan Sendiri (Self Rating) Butiran: Kadar premium dikira oleh Zurich berdasarkan struktur penarafan sendiri yang disediakan oleh PIAM*. |
| Di Bawah RM10 Juta | Penarafan Tarif (Tariff Rating) Kadar premium adalah mengikut Tarif Kebakaran yang Disemak Semula (berkuat kuasa mulai 1 Julai 2000). |
* PIAM ialah Persatuan Insurans Am Malaysia.
Nota: Caj lain termasuk komisen yang dibayar kepada ejen insurans serta duti setem sebanyak RM10.00.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich kami

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.