Z TeslaCare

Z TeslaCare – Direka Khas untuk Pemandu Tesla

Apabila melibatkan perlindungan untuk Tesla anda, Zurich sentiasa bersedia membantu anda di setiap langkah. Anda boleh memandu dengan lebih tenang kerana kami sentiasa bersama anda apabila perkara yang tidak dijangka berlaku.

Kenderaan Hijau

Pasaran kenderaan elektrik berkembang dengan pesat, bukan sahaja kerana kos operasinya yang lebih rendah, malah kerana semakin ramai pengguna, khususnya golongan muda, yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar. Atas sebab itu, kenderaan elektrik sering dikenali sebagai kenderaan hijau.

Penggunaan kenderaan elektrik turut memberi manfaat kepada alam sekitar melalui mengurangkan jejak karbon, menggalakkan penggunaan yang lebih mampan, mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.

Dikuasakan oleh Zurich

Kami membangunkan Insure Your Tesla khusus untuk pemilik Tesla Model 3 dan Tesla Model Y, berbeza daripada polisi insurans kereta konvensional.

Dengan pengalaman digital yang lebih lancar, kami memudahkan proses permohonan dan tuntutan supaya pemilik Tesla dapat menikmati ketenangan fikiran dengan mengetahui Zurich sentiasa bersama anda di setiap langkah.

 

Perlindungan Utama Z TeslaCare

Pelan ini ditawarkan kepada semua pemilik model Tesla yang dibeli melalui Tesla Malaysia.

Z TeslaCare Pandu Uji

Miliki Kenderaan Paling Selamat di Dunia

Tesla telah memperolehi penarafan keselamatan 5 bintang di empat benua. Harga bermula dari RM147,600 (RM1,138 sebulan*). Tempah pandu uji atau hubungi 1800-810-655 untuk maklumat lanjut. Tertakluk pada terma dan syarat.

image

Buat Tuntutan Secara Dalam Talian

Perlu membuat tuntutan? Klik di sini untuk memulakan tuntutan anda secara dalam talian.

Pautan pendek WA tuntutan ekspres

Tuntutan Ekspres

Imbas kod QR untuk memulakan tuntutan ekspres melalui peranti mudah alih anda, atau hubungi kami melalui WhatsApp di 03-2109 6845 untuk bantuan secara langsung.

Bantuan Tepi Jalan Zurich Whatsapp

Zurich Roadside Assistance

Imbas kod QR untuk menghubungi kami melalui WhatsApp atau hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam kami di 1300-88-5566 bagi mendapatkan bantuan tepi jalan.

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.