
Jamin Masa Depan Anda dengan Bayaran Tunai Terjamin – Zurich Savings Booster
Di Zurich, kami memahami bahawa ketidaktentuan dalam kehidupan boleh memberi kesan kepada kekayaan yang telah anda usahakan. Oleh itu, kami memperkenalkan penyelesaian yang sesuai untuk anda — Savings Booster, pelan tambahan pilihan yang menawarkan Bayaran Tunai Terjamin (Guaranteed Cash Back) setiap tahun, manfaat kematangan serta perlindungan kematian dengan tempoh perlindungan selama 20 tahun.
Bayangkan manfaat yang boleh anda nikmati — merancang persaraan yang lebih selesa, menghargai insan tersayang, atau menikmati ketenangan fikiran dengan aliran tunai tambahan.
Bayaran Tunai Terjamin (Guaranteed Cash Back - GCB)
Terima 12.5% daripada premium tahunan bagi Savings Booster setiap tahun. Sebagai alternatif, anda boleh membiarkan GCB terkumpul pada kadar faedah* dan mengeluarkan wang tersebut pada bila-bila masa melalui permohonan bertulis.
* Kadar faedah bagi pengumpulan GCB adalah tertakluk pada semakan berdasarkan keadaan pasaran.
Manfaat Kematangan Terjamin
530% daripada premium tahunan Savings Booster; dan GCB terkumpul, jika ada
Manfaat Kematian
105% daripada jumlah premium yang telah dibayar bagi Savings Booster, selepas ditolak jumlah GCB yang telah dibayar; dan GCB terkumpul, jika ada.
Nota:
- Semua manfaat yang dibayar akan ditolak dengan sebarang amaun yang masih terhutang kepada kami (jika ada).
- Jumlah Premium yang Dibayar merujuk kepada jumlah premium yang perlu dibayar berdasarkan mod pembayaran tahunan (tidak termasuk sebarang faedah).
- Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian ini, sila layari laman web kami atau hubungi Perancang Kewangan (Wealth Planner) anda.
Savings Booster kini ditawarkan secara eksklusif bersama Zurich Prestige Cover dengan tempoh pembayaran premium selama 5 tahun. Pelan ini membantu anda membina masa depan kewangan yang lebih cerah bermula hari ini!
Manfaat Utama:
![]()
Jamin masa depan anda dengan Manfaat Kematangan Berganda Terjamin pada tahun ke-20 dan ke-30.
![]()
Nikmati Bayaran Tunai Terjamin setiap tahun selama 20 tahun.
![]()
Nikmati 30 tahun Perlindungan Hayat Terjamin, merangkumi manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
![]()
Permohonan mudah dengan Penerimaan Terjamin (Guaranteed Acceptance).
![]()
Tempoh pembayaran premium yang terjamin selama 5 tahun untuk ketenangan fikiran anda.

Penyelesaian simpanan ini terbuka kepada individu yang berumur 14 hari hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, pemilik polisi mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
Terokai bagaimana pelan ini digabungkan dengan Zurich Prestige Cover untuk meningkatkan simpanan anda sambil membantu anda meninggalkan legasi kewangan kepada insan yang paling bermakna.
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.