Pelan Kekayaan Super

Manfaat Terjamin untuk Masa Depan Anda – Zurich Super Wealth Plan

Bayaran tunai jangka panjang yang terjamin dengan manfaat kematangan untuk membantu mencapai matlamat kewangan anda.

Kehidupan sentiasa berubah dan penuh dengan kejutan. Perkara yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa, dan sudah tentu anda mahu bersedia menghadapinya. Super Wealth Plan menggabungkan perlindungan insurans hayat dan simpanan dalam satu pelan, memberikan keseimbangan antara perlindungan dan simpanan yang anda perlukan. Dengan Super Wealth Plan, anda mengambil langkah pertama ke arah merealisasikan impian anda.

Bayaran Tunai Terjamin

Bayaran tunai terjamin bersamaan 10% daripada jumlah diinsuranskan akan dibayar bermula pada penghujung tahun polisi ke-6, dan setiap 3 tahun polisi selepas itu. Anda juga boleh memilih untuk membiarkan bayaran tunai terjamin ini kekal bersama syarikat bagi menambah simpanan anda.

Manfaat Kematangan Terjamin

Apabila anda mencapai umur 80 tahun, polisi anda akan matang dan anda akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan sebagai manfaat kematangan dalam bentuk bayaran sekaligus.

Perlindungan Seumur Hidup yang Terjamin

Anda akan menikmati perlindungan insurans hayat asas sehingga polisi anda matang.

Premium Terjamin

Premium asas yang perlu dibayar adalah terjamin dan tidak berubah sepanjang tempoh polisi sehingga polisi matang. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk membuat pembayaran premium secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan.

Melindungi Jaminan Kewangan Keluarga Anda

Sekiranya berlaku kematian, manfaat kematian terjamin akan dibayar kepada insan tersayang. Manfaat ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga anda dan memberikan ketenangan fikiran.

Perlindungan terhadap Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) sebelum umur 60 tahun, jumlah diinsuranskan akan dibayar. Manfaat ini boleh digunakan untuk menampung kos perubatan atau menyelesaikan komitmen kewangan yang masih tertunggak.

Anda layak menyertai Super Wealth Plan jika berumur antara 30 hari hingga 65 tahun.

Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.