
Jamin Masa Depan Anda dengan Bayaran Tunai Terjamin dan Potensi Pertumbuhan – Zurich Favour8
Bentuk masa depan anda dengan ganjaran di setiap langkah.
Kesejahteraan kewangan peribadi semakin menjadi keutamaan bagi rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara hidup dan kadar inflasi telah mengubah corak perbelanjaan pengguna, menyebabkan lebih ramai mencari penyelesaian untuk mengembangkan kewangan mereka. Terdapat pelbagai pilihan di pasaran seperti deposit tetap, pasaran saham dan hartanah yang boleh membantu membina jaringan keselamatan kewangan. Namun, mencari pilihan yang menawarkan pulangan yang stabil dan konsisten bukanlah sesuatu yang mudah. Di Zurich Insurance, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terbaik untuk anda dan insan tersayang. Zurich Favour8 ialah pelan endowmen yang menawarkan Bayaran Tunai Terjamin yang menarik serta potensi pulangan melalui ciri pelaburannya. Dengan komitmen pembayaran premium selama hanya 8 tahun, anda menikmati perancangan kewangan untuk tempoh 20 tahun.
Bayar selama 8 tahun sahaja untuk perlindungan terjamin selama 20 tahun
Zurich Favour8 ialah pelan menarik yang hanya memerlukan anda membayar premium selama 8 tahun, sambil menikmati simpanan tunai jangka panjang dan perlindungan selama 20 tahun.
Bayaran Tunai Terjamin yang membantu mengembangkan simpanan anda
Anda akan menerima Bayaran Tunai Terjamin setiap tahun bermula pada penghujung tahun polisi pertama sehingga penghujung tahun polisi ke-20. Lebih menarik lagi, jumlah Keseluruhan bayaran ini boleh mencecah 120% daripada jumlah asas diinsuranskan, tanpa menjejaskan manfaat kematangan polisi anda.
| POLISI AKHIR TAHUN | BAYARAN TUNAI TERJAMIN (% DARIPADA JUMLAH ASAS DIINSURANSKAN) |
| Tahun polisi 1 – 10 | 4% |
| Tahun polisi 11 – 20 | 8% |
| JUMLAH (TAHUN POLISI 1 – 20) | 120% |
Anda boleh memilih untuk membiarkan Bayaran Tunai Terjamin terkumpul bersama kami pada kadar faedah semasa² yang ditentukan oleh Zurich; atau melaburkannya semula ke dalam dana berkaitan pelaburan yang ditetapkan untuk Zurich Favour8 bagi memperoleh potensi pulangan yang lebih tinggi.
Manfaat kematangan terjamin sebanyak 128% daripada jumlah asas diinsuranskan
Apabila polisi Zurich Favour8 anda matang, anda akan menerima bayaran sekaligus yang terdiri daripada 128% daripada jumlah asas diinsuranskan. Selain itu, anda juga mungkin menerima bayaran Tunai Terjamin yang telah terkumpul (jika ada); dan bayaran daripada Nilai Akaun Pelaburan polisi anda (di bawah Zurich Favour8 Saver), bergantung pada prestasi dana berkaitan pelaburan.
Terus dilindungi sambil simpanan anda berkembang
Selain membantu anda membina simpanan, Zurich Favour8 turut memberikan perlindungan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka. Sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sebelum polisi matang, manfaat berikut akan dibayar jumlah asas diinsuranskan; atau 100% daripada jumlah premium yang telah dibayar (tidak termasuk caj tambahan) bagi Zurich Favour8 Basic, selepas ditolak jumlah Bayaran Tunai Terjamin yang telah dibayar (jika ada), mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Di samping itu, anda juga akan menerima bayaran Tunai Terjamin yang telah terkumpul (jika ada); dan nilai Akaun Pelaburan di bawah Zurich Favour8 Saver (jika ada).
Keseimbangan 70/30 untuk membantu mengembangkan dana anda
Sebanyak 70% daripada jumlah premium yang dibayar (tidak termasuk caj tambahan) diperuntukkan kepada Zurich Favour8 Basic; dan
30% diperuntukkan kepada Zurich Favour8 Saver untuk membantu mengembangkan simpanan anda. Premium di bawah Zurich Favour8 Saver³ akan dilaburkan secara sama rata ke dalam dua dana berkaitan pelaburan yang diuruskan secara profesional pada kadar peruntukan 95%. Premium yang diperuntukkan akan digunakan untuk membeli unit dalam dana berikut.
- Zurich Vulture Fund
- Zurich Global Edge Fund
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai dana tersebut.
Pilihan pelan tambahan pengecualian premium untuk anda dan insan tersayang
Mulakan dengan pelan asas komprehensif Zurich Favour8, kemudian tambahkan manfaat tambahan mengikut keperluan anda. Manfaat tambahan ini memberikan ketenangan fikiran kerana simpanan untuk insan tersayang akan terus dilindungi walau apa jua yang berlaku.
- Special Payor Guard
Jika anda ialah pembayar premium bagi polisi Zurich Favour8, manfaat tambahan pilihan ini memberikan perlindungan tambahan kepada insan tersayang. Premium polisi Zurich Favour8 akan dikecualikan sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi; mengalami Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK); atau meninggal dunia. - Critical Illness Premium Waiver
Sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi, manfaat tambahan pilihan ini akan mengecualikan premium yang perlu dibayar bagi Zurich Favour8. Dengan itu, anda boleh memberi tumpuan kepada proses pemulihan sementara kami memastikan polisi anda terus berkuat kuasa.
Contoh cara Zurich Favour8 berfungsi:
Encik John membeli Zurich Favour8 dengan jumlah asas diinsuranskan sebanyak RM100,000 sebagai persediaan untuk persaraannya dan memilih untuk menerima Bayaran Tunai Terjamin setiap tahun.
Bermula pada penghujung tahun polisi pertama, beliau menerima Bayaran Tunai Terjamin setiap tahun, yang berjumlah RM120,000 menjelang penghujung tahun polisi ke-20.
| POLISI AKHIR TAHUN | BAYARAN TUNAI TERJAMIN (% DARIPADA JUMLAH ASAS DIINSURANSKAN) | JUMLAH AMAUN |
| Tahun polisi 1 – 10 | 4% | RM 40,000 |
| Tahun polisi 11 – 20 | 8% | RM 80,000 |
Apabila polisi matang, beliau menerima bayaran sekaligus sebanyak RM128,000.
| BAYARAN TUNAI TERJAMIN (% DARIPADA JUMLAH ASAS DIINSURANSKAN) | JUMLAH AMAUN | |
| Polisi matang | 128% | RM128,000 |
Selain manfaat yang dijamin, beliau juga menerima pulangan pelaburan daripada Nilai Akaun Pelaburannya³. Bayaran ini diterima tepat pada masanya ketika beliau bersedia untuk menikmati persaraan.
Nota:
Contoh di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sila dapatkan ilustrasi jualan dan kadar premium yang terpakai untuk anda.
1 Bayaran Tunai Terjamin akan dihentikan sekiranya tuntutan Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) dibuat. Sila rujuk dokumen polisi untuk maklumat lanjut.
2 Kadar faedah bagi pengumpulan Bayaran Tunai Terjamin adalah tidak dijamin dan boleh berubah dari semasa ke semasa.
3 Sebanyak 5% daripada premium yang tidak diperuntukkan di bawah Zurich Favour8 Saver akan digunakan bagi pembayaran komisen kepada perantara serta perbelanjaan pengurusan.
4 Nilai dana bergantung pada keadaan pasaran semasa dan prestasi dana berkaitan pelaburan masing-masing.
Jumlah asas diinsuranskan minimum ialah RM10,000, manakala jumlah maksimum adalah tertakluk pada keperluan pengunderaitan semasa permohonan polisi dibuat.
Zurich Favour8 terbuka kepada individu yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun (umur pada hari lahir yang telah dicapai).
Manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Sila rujuk kepada risalah PIDM TIPS atau hubungi Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau PIDM.