Perbualan Bersama Dr. Dzaeman Dzulkifli

23 Oktober 2022

Dr. Dzaeman Dzulkifli telah mendedikasikan kerjayanya untuk memelihara hutan hujan tropika. Sebagai seorang ahli ekologi dan Pengarah Eksekutif Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC), beliau menerajui pasukannya dalam membangunkan strategi pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian bagi membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Kami berpeluang bertemu dengan Dr. Dzaeman, yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Zurich, untuk berbual mengenai perubahan iklim serta visi beliau dalam mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan lestari untuk hutan hujan tropika kita.

Share this

Sebagai Pengarah Eksekutif TRCRC, bagaimana rutin harian anda di tempat kerja?

Dr. Dzaeman: Tiada istilah rutin harian yang tetap bagi saya. Saya cuba meluangkan sebanyak mungkin masa di luar kerana kerja lapangan merupakan bahagian paling bermakna dalam kerjaya ini. Ada hari saya menghadiri mesyuarat bersama pihak berkepentingan atau sesi libat urus korporat. Ada juga hari saya berada jauh di kawasan hutan untuk mengumpul benih atau membangunkan tapak penanaman pokok. Kerja kami banyak bergantung pada musim, jadi kami perlu sentiasa fleksibel mengikut kitaran alam semula jadi.

Apakah antara cabaran utama yang anda hadapi dalam bidang ini?

Dr. Dzaeman: Menanam pokok bukan sekadar memasukkan anak pokok ke dalam tanah. Banyak persediaan diperlukan, malah boleh mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun, bermula daripada penyediaan tapak semaian dan penjagaan anak pokok sehinggalah ia membesar. Selain itu, kami juga perlu menjalankan tinjauan tapak, membuat persediaan kawasan, mendapatkan permit serta memastikan tapak penanaman dapat dikekalkan untuk jangka panjang. Alam semula jadi tidak mengambil kira KPI, suku kewangan mahupun tarikh akhir laporan.
image_article_2022_Zurich Cares_G-Team Banun

Dr. Dzaeman bersama beberapa ahli pasukan tapak semaiannya. Kredit foto: TRCRC

Dr. Dzaeman: Dengan perubahan iklim, cuaca ekstrem dan tidak menentu semakin sukar diuruskan. Pada masa yang sama, kehilangan habitat menyebabkan konflik antara manusia dan hidupan liar semakin meningkat apabila haiwan terpaksa hidup dalam kawasan yang semakin kecil. Semua ini merupakan cabaran yang perlu kami hadapi, termasuk situasi yang tidak dapat dijangka. Sudah tentu, membuat persediaan untuk pelbagai kemungkinan bukan sesuatu yang mudah, namun kami mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.

Apakah pandangan anda mengenai kesan perubahan iklim?

Dr. Dzaeman: Perubahan iklim bukan sesuatu yang akan berlaku, sebaliknya ia sedang berlaku sekarang. Cuaca yang tidak menentu, gelombang haba melampau dan banjir dijangka akan menjadi semakin kerap sekiranya keadaan ini berterusan. Apa yang kita perlukan sekarang ialah tindakan yang tegas untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

image_article_2022_zurich_cares_a_conversation_with_dr_dzaeman_quote_1

Apakah pandangan anda mengenai kesan perubahan iklim?
Dr. Dzaeman: Perubahan iklim bukan sesuatu yang akan berlaku, sebaliknya ia sedang berlaku sekarang. Cuaca yang tidak menentu, gelombang haba melampau dan banjir dijangka akan menjadi semakin kerap sekiranya keadaan ini berterusan. Apa yang kita perlukan sekarang ialah tindakan yang tegas untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

image_article_2022_Zurich Cares_a_conversation_with_dr_dzaeman_planting_tree

Penanaman pokok jauh lebih daripada sekadar menanam anak pokok. Kredit foto: TRCRC

Masa depan berada di tangan kita. Kita mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk membawa perubahan demi masa depan yang lebih cerah dan lestari. Kita perlu bersedia untuk berusaha dengan lebih gigih serta mengubah keutamaan kita. Alam sekitar mesti menjadi antara agenda utama dalam perbincangan berkaitan ekonomi, politik dan pembangunan sosial. Kita tidak lagi boleh mengambil mudah segala manfaat yang diberikan oleh alam semula jadi kerana jika kita terus berbuat demikian, alam tidak lagi mampu menyokong kehidupan manusia.

Mengapa orang ramai perlu mengambil berat tentang hutan hujan dan berusaha mempelajarinya?

Dr. Dzaeman: Hutan hujan tropika memainkan peranan penting dalam mempengaruhi corak cuaca di seluruh dunia, malah kesannya melangkaui sempadan negara. Penebangan hutan, terutamanya ekosistem penting seperti hutan hujan dan tanah gambut, boleh mencetuskan kesan rama-rama (butterfly effect). Maksudnya, kesan kecil hari ini boleh membawa kepada impak yang jauh lebih besar pada masa hadapan, termasuk kehilangan biodiversiti.

Di Asia Tenggara, keadaan menjadi lebih mencabar kerana rantau ini mempunyai kadar penebangan hutan yang antara tertinggi berbanding kawasan tropika lain, sedangkan pada masa yang sama ia menempatkan sebahagian besar biodiversiti dunia. Biodiversiti amat penting atas pelbagai sebab, dan sebahagian besarnya terdapat di hutan hujan kita.

Pada peringkat individu pula, saya percaya orang ramai wajar mengenali hutan hujan dengan lebih mendalam kerana ia bukan sahaja baik untuk alam sekitar, malah turut memberi manfaat kepada kesihatan kita.
 

Salah satu fokus utama TRCRC ialah spesies dipterokarpa. Adakah anda mempunyai spesies kegemaran?

Dr. Dzaeman: Ya, Shorea faguetiana. Salah satu pokok spesies ini di Lembah Danum, Sabah memegang rekod sebagai pokok tropika tertinggi di dunia, dengan ketinggian 100.8 meter. Namun begitu, spesies ini juga banyak menguji kesabaran saya.

Mengapa begitu?

Dr. Dzaeman: Untuk sampai ke pokok tersebut, saya perlu berjalan kaki selama kira-kira 10 jam pergi dan balik. Apabila tiba, saya sangat kecewa kerana tidak menemui walaupun satu benih yang masih boleh digunakan. Kemudian kami mengetahui bahawa hampir semua benih telah dimakan oleh haiwan. Kami akhirnya terpaksa membina tapak semaian yang sukar dipanjat serta memasang sangkar bagi melindungi benih-benih berharga itu daripada pemangsa. Saya juga "mengupah" kucing peliharaan saya untuk membantu mengawal tikus di tapak semaian yang terletak jauh di kawasan hutan.
 

image_article_2022_Zurich Cares_a_conversation_with_dr_dzaeman_cat

"Kucing-kucing saya masih lagi bekerja keras di tapak semaian kami!" Kredit foto: TRCRC 

image_article_2022_Zurich_Cares_a_conversation_with_dr_dzaeman_quote_2Bagaimanakah orang ramai boleh membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk pokok dan planet kita?

Dr. Dzaeman: Perubahan bermula daripada diri sendiri. Cari sesuatu yang benar-benar anda minati dan mulakan dari situ. Langkahnya mungkin kecil, seperti berbasikal atau berkongsi kenderaan ke tempat kerja, berjalan kaki apabila boleh, membeli makanan tempatan mengikut musim serta mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Anda juga boleh menjadi sukarelawan untuk program yang anda minati, seperti pemuliharaan hutan hujan atau aktiviti pembersihan pantai. Usaha menangani perubahan iklim merangkumi pelbagai aspek, dan setiap daripada kita boleh memainkan peranan, walaupun sekecil mana sekalipun.


Ketahui lebih lanjut tentang Zurich Cares, inisiatif pemulihan hutan oleh Zurich dan TRCRC di Merisuli, Lahad Datu, Sabah.