Memahami NCD (Diskaun Tanpa Tuntutan)

Article28 April 2023

Dirwinny Chong
Share this

Selalu tertanya-tanya apakah maksud NCD? Jom kami jawab beberapa soalan yang sering ditanya!

  1. Apakah itu NCD?
    NCD ialah singkatan bagi No Claim Discount (Diskaun Tanpa Tuntutan), iaitu diskaun ke atas premium insurans motor anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh polisi pada tahun sebelumnya.

    Mudah kata, menjadi pemandu yang berhemah dan berhati-hati umpama menjadi pelajar yang sentiasa memperoleh keputusan cemerlang. Bezanya, ganjaran anda bukanlah trofi atau sijil, tetapi diskaun premium insurans. Menarik, bukan?
  2. Siapakah yang Menentukan Kadar NCD?
    Kadar Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Berikut ialah kadar NCD bagi kereta persendirian dan motosikal.   

    Tahun Berturut-turut Tanpa TuntutanKelayakan NCD

    Selepas 1 tahun tanpa tuntutan

    25%
    Selepas 2 tahun tanpa tuntutan30%
    Selepas 3 tahun tanpa tuntutan38 1/3%
    Selepas 4 tahun tanpa tuntutan45%
    Selepas 5 tahun tanpa tuntutan dan seterusnya55%
    Tahun Berturut-turut Tanpa TuntutanKelayakan NCD

    Selepas 1 tahun tanpa tuntutan

    15%
    Selepas 2 tahun tanpa tuntutan20%
    Selepas 3 tahun tanpa tuntutan25%
  3. Bagaimanakah Saya Boleh Menyemak Kadar NCD Semasa?

    Mudah sahaja! Anda boleh menyemak kadar NCD semasa melalui Pangkalan Data NCD Pusat (Central NCD Database, CND) di www.mycarinfo.com.my/ncdcheck/online atau terus hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.
  4. Bagaimanakah NCD Memberi Manfaat kepada Saya?
    NCD membantu mengurangkan premium insurans motor, sekali gus membolehkan anda berjimat. Anda akan layak menerima NCD sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat sepanjang tahun polisi sebelumnya. Berikut ialah beberapa contoh situasi untuk membantu anda memahaminya dengan lebih jelas.

    Senario 1
    Ali ialah seorang pemandu yang berhemah dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tempoh polisinya.

    Tahun PolisiNCD Digunakan pada Permulaan PolisiJumlah Premium* (Sebelum NCD)Jumlah Premium (Selepas NCD)Penjimatan Melalui NCD
    20170%RM1,000RM1,000N/A
    201825%RM1,000RM750.00RM250.00
    201930%RM1,000RM700.00RM300.00
    202038 1/3%RM1,000RM616.70RM383.30
    202145%RM1,000RM550.00RM450.00
    202255%RM1,000RM450.00RM550.00
    202355%RM1,000RM450.00RM550.00


    Senario 2
    Ali terlibat dalam satu kemalangan dan telah membuat tuntutan insurans pada tahun 2019. Akibat tuntutan tersebut, kelayakan NCD sebanyak 30% yang dimilikinya telah diset semula kepada 0% apabila polisi diperbaharui pada tahun berikutnya. 

    Tahun PolisiNCD Digunakan pada Permulaan PolisiJumlah Premium* (Sebelum NCD)Jumlah Premium (Selepas NCD)Penjimatan Melalui NCD
    20170%RM1,000RM1,000N/A
    201825%RM1,000RM750.00RM250.00
    201930%RM1,000RM700.00RM300.00
    20200%RM1,000RM1000.00N/A
    202125%RM1,000RM750.00RM250.00
    202230%RM1,000RM700.00RM300.00
    202338 1/3%RM1,000RM616.70RM383.30

    Amaun premium sebelum NCD digunakan dalam contoh ini diandaikan kekal pada RM1,000.00 setiap tahun bagi tujuan ilustrasi.

  5. Bolehkah Saya Mengekalkan NCD Selepas Membuat Tuntutan?
    Ya, terdapat dua situasi yang membolehkan anda mengekalkan NCD:
    (a) Kemalangan tersebut jelas bukan berpunca daripada kesalahan anda – dan perkara ini perlu dibuktikan melalui laporan polis.
    (b) Jika polisi anda mempunyai perlindungan tambahan (add-on) tertentu (contohnya perlindungan cermin hadapan), anda boleh membuat tuntutan di bawah perlindungan tambahan tersebut tanpa menjejaskan NCD anda.
  6. Bolehkah Saya Memindahkan NCD Saya?
    NCD diperoleh bagi setiap kenderaan yang anda miliki. Oleh itu, NCD adalah hak milik anda dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain apabila anda menjual kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, NCD boleh dipindahkan antara kenderaan yang dimiliki oleh anda.

Kini anda sudah mengetahui lebih lanjut tentang NCD. Jadi, teruskan mengamalkan pemanduan yang selamat dan nikmati ganjaran melalui NCD!
#PanduSelamatJimatLebih