Apakah Perbezaan antara Bengkel Panel dan Bengkel Bukan Panel?

28 Mac 2023

Dirwinny Chong
Share this

Terlibat dalam kemalangan boleh menjadi pengalaman yang mencemaskan. Sudah tentu anda ingin segera menghantar kenderaan ke bengkel terdekat supaya ia dapat dibaiki secepat mungkin. Di Zurich, kami memahami bahawa dalam situasi sebegini, anda mahukan kenderaan anda dibaiki dan dijaga oleh tenaga profesional. Oleh itu, kami menyediakan rangkaian bengkel panel yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PIAM. Bengkel-bengkel panel ini juga perlu lulus penilaian tahunan PARS (PIAM Approved Repairers Scheme) bagi memastikan standard kualiti perkhidmatan sentiasa terpelihara.

Klik di sini untuk melihat senarai bengkel panel kami.

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah perbezaan antara bengkel panel dan bengkel bukan panel? Mengapa anda tidak boleh menghantar kenderaan ke bengkel biasa yang sering anda kunjungi untuk servis seperti penukaran minyak enjin? Jadual di bawah merumuskan perbezaan antara kedua-duanya:

Bengkel PanelBengkel Bukan Panel
Dilengkapi dengan tenaga profesional yang terlatih bagi memastikan anda menerima perkhidmatan yang berkualiti.Kami tidak dapat menjamin kualiti pembaikan yang diberikan.
Telah dinilai dan diluluskan oleh PIAM.Tidak dinilai atau diluluskan oleh PIAM.
Menawarkan jaminan bagi alat ganti yang diganti.Tiada jaminan bagi alat ganti yang diganti.
Proses tuntutan lebih mudah dan pantas kerana bengkel panel berpengalaman menguruskan penghantaran tuntutan melalui Merimen.Proses tuntutan mungkin mengambil masa lebih lama kerana bengkel mungkin tidak biasa dengan proses penghantaran tuntutan dan anda mungkin perlu menandatangani borang persetujuan tambahan.

Yakinlah bahawa bengkel panel kami menjalani penilaian setiap tahun bagi memastikan ia sentiasa memenuhi standard kualiti tinggi yang kami janjikan kepada anda. Kami juga menghargai setiap maklum balas daripada anda. Jadi, jangan ragu untuk menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas. Kami sentiasa bersedia membantu anda!

#CareForYourRide 
#GoForQualityGoForPanel