Bantuan Tepi Jalan Digital: Cara Mudah Mendapatkan Bantuan Ketika Kecemasan di Jalan Raya

Article26 Mac 2024

Dengan aplikasi MyZurich, anda boleh mengakses perkhidmatan kami di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, hanya dengan beberapa sentuhan pada telefon pintar anda.

Share this

Kereta rosak di tengah jalan atau berdepan masalah ketika memandu sememangnya boleh mencetuskan tekanan, mengambil masa dan membahayakan keselamatan. Lebih memburukkan keadaan apabila anda tidak tahu lokasi trak tunda atau terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bantuan. Jangan risau – aplikasi MyZurich sedia membantu!

Memohon bantuan tepi jalan digital kini lebih mudah:

  1. Log masuk ke aplikasi MyZurich dan pilih kenderaan yang memerlukan bantuan.
  2. Tekan butang "Permohonan Bantuan Tepi Jalan".

Lokasi anda akan dikesan secara automatik melalui GPS telefon, dan anda boleh menjejak pergerakan trak tunda secara masa nyata terus melalui aplikasi. Semudah itu!

Untuk panduan langkah demi langkah, sila rujuk panduan ringkas kami di bawah:

image_myzurichapp_mobile
Muat turun sekarang!

edm_image_GooglePlay

edm_image_AppStore