Melindungi Perkara yang Penting: Menyokong Rakyat Malaysia Melalui Setiap Peringkat Kehidupan
Article22 September 2025
Di Zurich, kami percaya perlindungan haruslah mudah difahami dan mudah diakses, kerana kehidupan dipenuhi dengan detik-detik yang bermakna – daripada menghantar anak ke sekolah, menikmati makan malam bersama keluarga, hinggalah memulakan perniagaan sendiri. Kami sentiasa berada di sisi anda untuk membantu melindungi segala yang paling bermakna dalam hidup.
Menyokong Keluarga di Setiap Detik Bermakna
Setiap pencapaian besar memerlukan sokongan yang kukuh. Apabila anak-anak melangkah ke alam persekolahan, ibu bapa turut memikul tanggungjawab baharu. Pelan Keluarga dan Kesihatan kami membantu mengurangkan beban kewangan supaya anda dapat memberi tumpuan kepada detik-detik berharga bersama keluarga. Dengan proses tuntutan digital yang mudah serta perlindungan yang menyeluruh, pelan kami direka khas untuk memenuhi keperluan keluarga di Malaysia, disokong oleh kepakaran global dan kehadiran kukuh Zurich di negara ini.
Keyakinan untuk Setiap Perjalanan
Dalam setiap perjalanan, perlindungan yang boleh dipercayai memberi ketenangan fikiran. Penyelesaian perlindungan motor kami menawarkan perlindungan menyeluruh untuk pemandu kereta dan penunggang motosikal, sama ada untuk perjalanan harian, urusan kerja atau menghantar anak ke sekolah. Melalui Z-Driver dan Z-Drive Assist, anda dilindungi daripada kemalangan, kecurian dan banjir, selain menikmati bantuan tepi jalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Z-Rider pula menawarkan pelbagai manfaat bernilai termasuk jaminan lanjutan percuma yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk penunggang motosikal, agar setiap perjalanan lebih yakin dan selamat.
Menjadikan Simpanan dan Pelaburan Lebih Mudah
Impian yang besar bermula dengan perancangan yang bijak. Pelan Simpanan dan Pelaburan kami menawarkan pilihan yang fleksibel dan telus untuk membantu anda mengembangkan simpanan demi mencapai matlamat masa hadapan, sama ada membiayai pendidikan anak di luar negara atau merealisasikan perniagaan impian. Kami juga menyediakan pilihan patuh Syariah yang membolehkan rakyat Malaysia melabur dengan yakin dan beretika.
Melindungi Tempat Terciptanya Kenangan
Rumah ialah tempat bermulanya setiap kenangan bermakna. Pelan perlindungan kami seperti Z-HomeProtect, Insurans Kebakaran dan Takaful membantu melindungi rumah anda daripada kerosakan akibat air, kecurian, kebakaran dan pelbagai risiko lain termasuk banjir. Sama ada anda memiliki atau menyewa rumah, kami memudahkan anda melindungi ruang yang paling bermakna buat anda dan keluarga.
Menyokong Setiap Langkah Perniagaan Anda
Usahawan memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan negara. Kami menyokong perniagaan kecil dan perusahaan sampingan dengan penyelesaian insurans dan takaful yang disesuaikan mengikut keperluan, melindungi premis, stok, peralatan dan pekerja anda. Apabila perniagaan berkembang, perlindungan kami turut berkembang bersama anda, agar anda dapat terus mengejar cita-cita dengan lebih yakin.
Di Zurich, kami membantu rakyat Malaysia sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran sambil terus menghargai detik-detik yang paling bermakna. Bersama-sama, kita membina masa depan yang lebih cerah, satu pencapaian pada satu masa.
