Money Mindset: Pelajaran 10 – Jalani Kehidupan Terbaik dengan Insurans/Takaful dan Pelaburan
Article11 Mei 2026
Masalah
Insurans hayat atau takaful keluarga serta simpanan jangka panjang merupakan dua asas penting dalam membina kesejahteraan kewangan. Namun, kedua-duanya sering diabaikan dalam perancangan kewangan harian. Insurans hayat atau takaful keluarga kadangkala dilihat sebagai satu perbelanjaan kerana manfaatnya tidak dapat dirasai serta-merta. Ramai juga beranggapan mereka masih sihat dan mempunyai masa yang panjang, menyebabkan perlindungan bukan menjadi keutamaan. Perkara yang sama turut berlaku kepada simpanan dan pelaburan. Ia memerlukan anda mengetepikan wang hari ini untuk menikmati hasilnya pada masa hadapan.
Hakikatnya, kedua-duanya saling melengkapi. Simpanan dan pelaburan membantu anda membina kekayaan serta mengekalkan gaya hidup pada masa hadapan, manakala insurans hayat atau takaful keluarga menjadi pelindung kewangan apabila perkara yang tidak dijangka berlaku. Satu membantu anda mencapai matlamat kewangan, manakala satu lagi melindungi anda daripada risiko sepanjang perjalanan tersebut.
Cabarannya ialah mengurus kedua-duanya serentak boleh terasa rumit, seolah-olah bermain permainan catur. Anda ingin melindungi keluarga, pada masa yang sama mahu mengembangkan kewangan. Setiap keputusan kelihatan seperti satu pertukaran, hasilnya sukar dijangka dan langkah terbaik juga tidak selalu jelas. Akibatnya, ramai memilih untuk menangguhkan keputusan atau tidak bertindak langsung.
Mengapa Perkara Ini Berlaku?
1) Bajet dan Cara Kita Membahagikan Wang (Mental Accounting)
Mengurus perlindungan dan simpanan pada masa yang sama boleh terasa rumit kerana kita cenderung membahagikan wang kepada beberapa "akaun" mengikut tujuan tertentu. Sebagai contoh, satu bahagian untuk komitmen wajib seperti insurans kenderaan atau rumah, satu lagi untuk insurans hayat atau takaful keluarga, manakala bahagian lain pula untuk simpanan dan pelaburan.
Walaupun cara ini membantu kita mengurus kewangan dengan lebih teratur, ia juga membuatkan setiap komitmen baharu terasa seperti mengurangkan wang yang boleh digunakan hari ini. Akibatnya, ramai hanya memberi keutamaan kepada satu atau dua perkara sahaja, manakala aspek lain terus diabaikan. Sama seperti permainan catur, buah yang tidak digerakkan akhirnya boleh membuka ruang kepada kelemahan. Dalam kewangan, ini bermaksud kita kehilangan keseimbangan antara perlindungan dan pertumbuhan aset.
2) Cara Kita Menilai Nilai Wang
Kita juga tidak sentiasa melihat nilai wang secara objektif. Sebagai contoh, penjimatan RM5 untuk pembelian bernilai RM20 terasa sangat berbaloi kerana diskaunnya besar. Namun, penjimatan RM5 bagi pembelian RM300 pula kelihatan tidak begitu bermakna, walaupun jumlah wang yang dijimatkan adalah sama. Persepsi yang sama turut mempengaruhi cara kita melihat perbelanjaan kewangan. Ramai lebih mudah menerima tambahan kepada komitmen sedia ada berbanding memulakan satu komitmen baharu. Contohnya, RM50 untuk insurans dan RM50 untuk pelaburan mungkin kelihatan seperti dua beban berasingan. Namun jika kedua-duanya digabungkan menjadi RM100 dalam satu pelan, kos tersebut biasanya terasa lebih mudah diterima. Tanpa melihat kedua-duanya sebagai satu perancangan yang menyeluruh, ramai akhirnya terus menangguhkan keputusan sehingga perlindungan dan pertumbuhan kewangan masing-masing tidak berkembang dengan baik.
Penyelesaian
Di Zurich, kami memahami bahawa mengimbangi pelbagai komitmen kewangan boleh terasa mencabar. Sebab itu kami menawarkan penyelesaian yang menggabungkan perlindungan dan simpanan dalam satu pelan yang menyeluruh. Daripada melihat insurans atau takaful dan pelaburan sebagai dua komitmen yang bersaing, anda boleh melihat kedua-duanya sebagai sebahagian daripada satu strategi kewangan yang saling melengkapi.
1) Gabungkan Perlindungan dan Simpanan
Menggabungkan perlindungan dan simpanan dalam satu pelan membantu mengurangkan rasa terbeban mengurus pelbagai komitmen secara berasingan. Caruman yang dibuat bukan lagi dilihat sebagai dua pengorbanan berbeza, tetapi sebagai satu langkah menyeluruh untuk melindungi masa kini sambil membina masa depan.
Sebagai contoh, ramai mungkin berasa berat untuk membuat dua bayaran berasingan — RM50 untuk insurans hayat atau takaful keluarga dan RM50 lagi untuk pelaburan. Namun apabila kedua-duanya digabungkan menjadi satu caruman RM100 yang merangkumi perlindungan dan pelaburan, ia terasa lebih mudah diurus. Satu bayaran dengan dua manfaat menjadikan perancangan kewangan lebih ringkas dan lebih bermakna.
2) Fleksibel Mengikut Keperluan Hidup
Keperluan kewangan sentiasa berubah mengikut fasa kehidupan. Sebab itu penyelesaian Zurich direka supaya fleksibel. Sebagai contoh, jika anda mencarum RM100 sebulan, anda boleh menentukan sendiri bagaimana jumlah tersebut diagihkan antara perlindungan dan pelaburan mengikut keutamaan semasa. Anda mungkin memilih pembahagian 50:50, 70:30, 30:70 atau nisbah lain yang sesuai dengan matlamat kewangan anda.
Pada awal kerjaya, anda mungkin mahu memberi lebih tumpuan kepada pertumbuhan pelaburan. Apabila keluarga semakin berkembang, anda pula mungkin ingin meningkatkan perlindungan. Pelan yang fleksibel membolehkan strategi kewangan anda berubah seiring perubahan kehidupan. Dengan melihat kewangan secara menyeluruh, anda tidak lagi merasakan bahawa anda perlu mengorbankan satu perkara untuk mendapatkan perkara yang lain. Sebaliknya, perlindungan dan pelaburan dapat berkembang bersama.
3) Manfaat Cukai
Di sesetengah negara, pelan yang menggabungkan perlindungan dan simpanan turut menawarkan kelebihan cukai. Insentif seperti ini membantu mengurangkan kos keseluruhan dan membolehkan anda memberi lebih tumpuan kepada manfaat kewangan jangka panjang. Dalam jangka masa panjang, kelebihan ini boleh meningkatkan lagi nilai keseluruhan simpanan dan pelaburan anda.
Penasihat Zurich sentiasa bersedia membantu anda membuat keputusan yang sesuai dengan tahap kehidupan, keperluan keluarga dan matlamat kewangan anda. Kami juga membantu mengurus kerumitan pentadbiran supaya anda tidak perlu risau tentang urusan teknikal setiap hari.
Hasilnya, anda memperoleh lebih ketenangan fikiran, lebih banyak masa untuk perkara yang penting, serta keyakinan bahawa kewangan anda diuruskan secara bijak dan terancang.
