Money Mindset: Pelajaran 7 – Elakkan Jualan Panik, Kekal Tenang

Article9 April 2026

Share this


Masalah

Melabur kadangkala terasa seperti menaiki roller coaster — tenang ketika pasaran stabil, tetapi mendebarkan apabila pasaran mula menurun. Walaupun anda mempunyai pelan pelaburan yang kukuh, turun naik pasaran boleh menimbulkan kebimbangan. Apabila nilai pelaburan mula merosot, ramai pelabur terdorong untuk menjual pelaburan mereka kerana bimbang kerugian akan menjadi lebih besar.

Reaksi ini adalah sesuatu yang biasa. Apabila pasaran jatuh, penurunan tersebut boleh terasa sangat peribadi walaupun ia hanyalah turun naik sementara dan masih berada dalam tahap risiko yang anda pilih sejak awal. Namun, jualan panik selalunya menyebabkan kerugian sementara bertukar menjadi kerugian sebenar. Dengan menjual ketika pasaran sedang rendah, anda mungkin kehilangan peluang untuk menikmati pemulihan pasaran pada masa hadapan.

Sebab itu penting untuk berhenti seketika sebelum membuat keputusan besar. Daripada bertindak mengikut emosi, lebih baik mendapatkan panduan daripada penasihat yang berpengalaman.

Di Zurich, penasihat kami membantu anda memahami situasi pasaran dengan lebih jelas serta memberi panduan yang bersesuaian dengan matlamat kewangan anda.

Portfolio yang diurus secara profesional oleh Zurich dibina untuk menghadapi turun naik pasaran. Pelaburan dipelbagaikan merentasi pelbagai kelas aset bagi mengurangkan kesan turun naik yang ketara, diseimbangkan semula secara berkala agar kekal selaras dengan profil risiko anda, dan dalam keadaan tertentu mungkin turut menggunakan ciri perlindungan seperti stop-loss order, iaitu arahan automatik untuk menjual pelaburan apabila harga jatuh ke paras tertentu.

Apabila digabungkan dengan disiplin dan perspektif jangka panjang, strategi ini membantu anda kekal tenang walaupun pasaran tidak menentu.
 

Mengapa Perkara Ini Berlaku?

Dua kecenderungan psikologi sering menjadi punca utama seseorang menjual pelaburan secara panik.

1) Terlalu Fokus Pada Kerugian Jangka Pendek

Secara semula jadi, manusia lebih takut mengalami kerugian daripada gembira memperoleh keuntungan yang sama nilainya. Apabila kita memeriksa prestasi pelaburan setiap hari atau setiap minggu, walaupun penurunan kecil boleh terasa seperti ancaman besar. Sebagai contoh, penurunan 3% dalam tempoh sebulan mungkin kelihatan membimbangkan jika dilihat secara berasingan. Namun, dalam pelan pelaburan selama 10 tahun, penurunan tersebut mungkin hanyalah turun naik biasa. Apabila terlalu memberi perhatian kepada keadaan semasa, kita mudah terlupa matlamat jangka panjang dan akhirnya menjual terlalu awal.

2) Menganggap Keadaan Semasa Akan Berterusan

Semasa pasaran tidak menentu, berita negatif dan penurunan harga sering memenuhi perhatian kita. Ini menyebabkan kita beranggapan bahawa apa yang sedang berlaku hari ini akan terus berlaku pada masa hadapan.

Jika pasaran menurun selama beberapa minggu, kita mungkin percaya ia akan terus jatuh. Hakikatnya, sejarah menunjukkan bahawa pasaran lazimnya akan pulih dan terus berkembang dalam jangka panjang. Cara berfikir ini boleh mewujudkan rasa tergesa-gesa untuk menjual, sedangkan pemulihan mungkin berlaku tidak lama kemudian. Gabungan kedua-dua kecenderungan ini menyebabkan ramai pelabur membuat keputusan berdasarkan ketakutan, bukannya fakta.
 

Penyelesaiannya

Cara terbaik untuk mengelakkan jualan panik ialah mengalihkan fokus daripada turun naik jangka pendek kepada kemajuan jangka panjang. Pasaran sememangnya akan naik dan turun. Itu adalah sebahagian daripada proses pelaburan.

1) Gunakan Matlamat Jangka Panjang Sebagai Panduan

Daripada melihat prestasi pelaburan setiap beberapa hari, lihat semula perkembangan pelaburan sejak hari pertama anda mula melabur. Pendekatan ini memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang pertumbuhan pelaburan dan membantu anda melihat bahawa turun naik jangka pendek hanyalah sebahagian daripada perjalanan.

2) Lihat Kerugian Sebagai Sebahagian Daripada Perjalanan

Apabila nilai pelaburan menurun, kita cenderung memberi tumpuan hanya kepada jumlah kerugian tersebut. Sebaliknya, cuba lihat keseluruhan perjalanan pelaburan anda.

Sebagai contoh, anda melaburkan RM10,000. Selepas dua tahun, nilai pelaburan meningkat kepada RM14,000. Kemudian pasaran menurun dan nilai portfolio berkurang sebanyak RM800. Pada pandangan pertama, anda mungkin hanya nampak kerugian RM800. Namun jika dilihat secara keseluruhan, nilai pelaburan anda masih RM13,200, iaitu keuntungan sebanyak RM3,200 berbanding jumlah asal yang dilaburkan.

Apabila anda melihat kerugian dalam konteks keseluruhan perjalanan pelaburan, penurunan sementara tidak lagi kelihatan begitu menakutkan.

Selain itu, apabila anda melabur bersama Zurich, anda tidak perlu melalui turun naik pasaran seorang diri. Penasihat kami sentiasa bersedia membantu anda memahami pilihan yang ada serta memastikan anda terus fokus kepada matlamat kewangan jangka panjang. Portfolio yang diurus secara profesional oleh Zurich dipelbagaikan merentasi pelbagai kelas aset, diseimbangkan semula secara berkala dan dalam keadaan tertentu turut menggunakan ciri perlindungan seperti stop-loss order bagi membantu mengurus risiko apabila pasaran berubah.

Ingatlah, pelaburan ialah perjalanan jangka panjang. Turun naik pasaran hanyalah sebahagian daripada proses dan tidak menentukan keputusan akhir pelaburan anda. Dengan bimbingan Zurich, anda boleh terus melangkah dengan yakin ke arah matlamat kewangan yang lebih besar, walau apa jua keadaan pasaran.