
Insurans Am dan Takaful
Insurans dan takaful motor merupakan perlindungan yang diwajibkan oleh undang-undang dan menyumbang 46.2% daripada keseluruhan pasaran insurans am pada tahun 2016. Bermula 1 Julai 2017, tarif motor telah diliberalisasikan (lebih dikenali sebagai detarifikasi). Ini bermaksud struktur tarif motor sedia ada dimansuhkan, membolehkan syarikat insurans dan pengendali takaful menetapkan premium atau sumbangan berdasarkan tahap risiko setiap pelanggan. Perubahan ini membuka ruang kepada, produk yang lebih inovatif, harga yang lebih kompetitif, pilihan perlindungan yang lebih fleksibel mengikut keperluan dan keutamaan anda
Sorotan Artikel
Detarifikasi Insurans dan Takaful Motor
Semua yang anda perlu tahu mengenai detarifikasi Insurans dan Takaful Motor.
Fraud Intelligence System (FIS)
Kes penipuan insurans semakin meningkat di seluruh dunia, dan Malaysia juga tidak terkecuali. Bagi menangani isu ini, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Fraud Intelligence System (FIS) yang memanfaatkan data industri serta sains data untuk meningkatkan keupayaan mengesan tuntutan yang mencurigakan.