Sepanduk Halaman TNPS

Bantu Kami Memberikan Perkhidmatan yang Lebih Baik

Di Zurich, kami komited untuk meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik agar anda menikmati pengalaman yang memuaskan bersama jenama kami.

Dari sekarang hingga 31 Disember 2026, anda berpeluang memenangi e-baucar apabila menyertai tinjauan Transactional Net Promoter Score (TNPS) kami. Tinjauan ini akan dihantar kepada pelanggan terpilih melalui WhatsApp atau e-mel sahaja.

Melalui tinjauan ini, anda boleh berkongsi sejauh mana anda berkemungkinan mengesyorkan Zurich kepada rakan atau ahli keluarga menggunakan skala penilaian 0 hingga 10.

Kami ingin mendengar pengalaman anda!

Bagaimanakah TNPS dikira?

imej_pengiraan_tnps

Maklum balas anda membantu kami terus menambah baik perkhidmatan kami. Jangan risau, segala maklumat dan maklum balas yang diberikan sepanjang tinjauan ini hanya akan digunakan untuk tujuan dalaman Zurich.

Bagi tujuan Peraduan Maklum Balas TNPS ("Peraduan"), Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad dan Zurich Takaful Malaysia Berhad akan dirujuk secara kolektif sebagai "Zurich Malaysia".

Peraduan ini dianjurkan oleh Zurich Malaysia ("Penganjur") dan berlangsung setiap bulan bermula 14 Oktober 2019, 12:01 pagi hingga 31 Disember 2026, 11:59 malam ("Tempoh Peraduan").

Bagi melayakkan diri untuk memenangi hadiah, peserta perlu membalas tinjauan TNPS yang dihantar melalui WhatsApp atau e-mel sepanjang Tempoh Peraduan.

CARA MENYERTAI

Langkah 1: Terima jemputan tinjauan TNPS melalui WhatsApp atau e-mel.

Langkah 2: Lengkapkan dan hantar maklum balas anda melalui tinjauan TNPS tersebut.
 

CARA MEMENANGI HADIAH

Enam (6) pemenang akan dipilih daripada keseluruhan peserta melalui cabutan sistem. (Berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.)

 

HADIAH

Pemenang akan menerima baucar tunai bernilai RM100.00. (Berkuat kuasa dari 1 November 2023 hingga 28 Februari 2026.)

Untuk tempoh terhad bermula 1 Mac 2026, pemenang terpilih akan menerima baucar tunai bernilai RM200.00.

 

TERMA DAN SYARAT

  1. Organisasi atau institusi tidak layak menyertai Peraduan ini.
  2. Pemenang akan ditentukan oleh pegawai Peraduan berdasarkan keputusan cabutan sistem.
  3. Penganjur berhak mengeluarkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi terma dan syarat ini.
  4. Setiap jemputan tinjauan TNPS melayakkan peserta kepada SATU (1) penyertaan sahaja.
  5. Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan hadiah atau wang tunai yang mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

 

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Pemenang akan diumumkan di laman zurich.my/TNPS19 selepas tamat setiap Tempoh Peraduan. Pemenang juga akan dihubungi melalui panggilan telefon ke nombor mudah alih yang berdaftar. Pemenang perlu mengemukakan maklumat tambahan yang diminta oleh Penganjur. Kegagalan memberikan maklumat yang tepat akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
  • Maklumat yang diperlukan daripada pemenang:
    • NAMA PENUH (seperti dalam Kad Pengenalan)
    • NOMBOR KAD PENGENALAN ATAU PASPORT
    • ALAMAT KEDIAMAN
  • Pemenang akan diumumkan pada 20 haribulan setiap bulan. Penganjur berhak melanjutkan tempoh ini atas sebab-sebab di luar kawalannya.
  • Pengesahan penerimaan hadiah adalah tertakluk pada budi bicara pegawai Peraduan dan pematuhan syarat kelayakan.
  • Pemenang yang melihat nama mereka dalam senarai pemenang tetapi tidak menerima atau terlepas panggilan boleh menghubungi 1-300-888-622 untuk pengesahan maklumat bagi tujuan tuntutan hadiah.
  • Pemenang yang gagal dihubungi atau tidak menghubungi Zurich dalam tempoh satu (1) bulan selepas pengumuman akan dianggap melepaskan hak terhadap hadiah tersebut dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap Penganjur.
  • Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah pada bila-bila masa sekiranya:
    • peserta bukan Peserta yang Layak;
    • Peserta gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Peraduan.
    • Penyertaan tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
    • Peserta melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau syarat Peraduan.
  • Penganjur mempunyai, atas budi bicara mutlaknya, hak untuk membatalkan kelayakan sesuatu penyertaan, jika atas apa jua sebab sekalipun mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa peserta telah cuba menjejaskan operasi Peraduan dalam apa jua cara sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pembohongan atau helah.
  • Keputusan Penganjur berhubung perkara yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada pemilihan Pemenang) adalah muktamad dan mutlak. Tiada perbincangan, surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau cabaran oleh mana-mana peserta berkenaan sebarang keputusan Penganjur akan dilayan.
  • Hadiah mesti dituntut mengikut kaedah yang akan ditentukan oleh Penganjur, atas budi bicara tunggal dan mutlaknya, selepas pemberitahuan sebarang kemenangan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan (2 bulan). Kegagalan mematuhi kaedah tuntutan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan hadiah dilucuthakkan dan Pemenang tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap Penganjur, sekutunya, subsidiarinya, pekerja, wakil, peruncit, pengedar, penjual serta agensi pengiklanan, kreatif, media, digital, reka bentuk dan agensi kreatif lain milik Penganjur, sekiranya berlaku pelucuthakan tersebut.
  • Hadiah tidak boleh ditukar atau dijual untuk wang tunai dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan kepada Peraduan, sama ada disebabkan masalah teknikal atau sebaliknya, yang berada di luar kawalan munasabahnya. Sekiranya berlaku gangguan kepada Peraduan, usaha yang munasabah akan digunakan untuk memulihkan gangguan tersebut dan menyambung semula Peraduan secara adil dan saksama kepada para peserta.
  • Penganjur, sekutunya, subsidiarinya, pekerja, wakil, peruncit, pengedar, penjual serta agensi pengiklanan, kreatif, media, digital, reka bentuk dan agensi kreatif lain milik Penganjur, tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan walau apa jua yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan peluang dan sebarang kerugian tidak langsung atau turutan) atau kecederaan peribadi yang dialami atau ditanggung berkaitan dengan atau timbul daripada sama ada penyertaan dalam Peraduan ini atau dengan mana-mana Hadiah yang ditawarkan atau dilucuthakkan.
  • Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, dikawal dan diinterpretasikan mengikut undang-undang Malaysia.
  • Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di sini kepada Penganjur adalah tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam mana-mana keadaan sekalipun. Dalam apa jua keadaan pun peserta tidak mempunyai hak untuk mendapatkan relif injunksi atau untuk menghalang atau sebaliknya campur tangan dalam penganjuran Peraduan, pengeluaran, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau mana-mana produk yang berasaskan dan/atau diperoleh daripada Peraduan.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dengan ini bersetuju bahawa Penganjur boleh mengumpul, memperoleh, menyimpan dan memproses data peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 yang berkuat kuasa dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan awal peserta.
  • Semua data peribadi yang dikumpul hanya akan digunakan bagi tujuan mengurus dan mengendalikan Peraduan dan bukan untuk tujuan lain. Maklumat yang diberikan akan digunakan bersama dengan Polisi Privasi / Notis PDP berikut yang terdapat di www.zurich.com.my/PDPA.
  • Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memadam atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini tanpa sebarang notis awal.
  • Terma dan Syarat ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak selaras yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Peraduan.
  • Bahasa utama Terma dan Syarat ini ialah bahasa Inggeris. Sebarang terjemahan ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris adalah untuk kemudahan sahaja.
  • Dengan penyertaan ke dalam Peraduan, para peserta menandakan penerimaan dan persetujuan mutlak serta tanpa syarat mereka terhadap semua Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini.
  • Penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan tanpa sebarang notis awal. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak akan melayakkan peserta kepada sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur, ejen dan pekerjanya bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh peserta sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan kepada Peraduan, sama ada disebabkan masalah teknikal atau sebaliknya, yang berada di luar kawalan munasabahnya. Sekiranya berlaku gangguan kepada Peraduan, usaha yang munasabah akan digunakan untuk memulihkan gangguan tersebut dan menyambung semula Peraduan secara adil dan saksama kepada para peserta.
Bulan Nama Nombor Polisi / Sijil Tarikh Pengumuman

 

JANUARI

 

YEW BOON @ YEW YEOW WEN M933xxxx05 5 MAC 2026
      KIRUTIKA A/P SELVA RAJAN 7250xxxx54
      NORHASLINDA BINTI ABD GHAFA 7250xxxx42
      NUR AZMINA BINTI NORDIN PZTIMYGTxxxx68
      NAJIHAH BINTI ABDUL GHANI 462650xxxx18-00
      SITI MARIAM BINTI NORDIN 542000xxxx05-06

 

FEBRUARI

 

MOHAMMAD RAHMAT BIN ALIMIN Z141xxxx81 19 MAC 2026
      NOR ASIAH BINTI AB RAHIM T090xxxx34
      ADZIDZUL HAKIM BIN AHMAD Z120xxxx24
      MUHAMMAD SUFRI BIN AB RAHMAN 012650xxxx55-00
      TING SIU HIING @ TING SIEW HIING 622400xxxx56-02
      SHANTI ANAK MINJEW 622600xxxx23-00

 

MAC

 

NORLEEN BINTI MOHD SALLEH M129xxxx36 20 APRIL 2026
      CHANG CHEN YEW M066xxxx74
      MENAGA A/P RAMADAS 7250xxxx03
      HALIMATUL NAZIRA BINTI M HASHIM 882400xxxx05-01
      HULDA LING LEH LEH 652300xxxx82-03
      NIK NURALISA SYAIMA BINTI NIK HAIRI 222650xxxx11-00

 

APRIL

 

NADARAJA A/L KRISHNAN M044xxxx14 20 MEI 2026
      NURULNOHA A260xxxx45
      SAROJA A/P SIDMIAH M130xxxx13
      REPSON MASANDING 682600xxxx02-00
      AZMAN ARIFF BIN BUSTAMI T72977P-26xxxx32
      WONG ON LING @ HALIMAH 682600xxxx93-00

 

MEI

 

EDWARD ANAK LEBAN 852650xxxx94-00 18 JUN 2026
      TARVIN A/L THAMOTHARAN 952550xxxx04-00
      JITAN ANAK DAEP 881700xxxx11-06
      INDRA A/P SILAVURAJOO 6190xxxx61
      ROSIAH BTE MOHD SAH M965xxxx12
      M.CHANDRAN A/L MUNIYANDI 7260xxxx25

 

JUN

 

MUHAMMAD YAAKUB BIN JAMALUDIN T72977P-26xxxx26 20 JULAI 2026
      MUHAMMAD NA'IM BIN SHAMSURI 592300xxxx94-02
      MOHD NOOR BIN ABDULLAH 502650xxxx93-00
      LIEW CHOY PENG M010xxxx32
      SASITHARAN A/L VAYABERI 7220xxxx67
      SITI NOR ASHIKIN BINTI ABD RAHMAN A260xxxx11

 

JULAI

 

NG KOK CHEONG 7260XXXX09 18 OGOS 2026
      MOHD NASARUDDIN BIN HASHIM A260XXXX21
      HARIYANI BINTI MADON Z195XXXX88
      ZULYATI BINTI ASHARI 22265025XXXX-00
      ABDUL MALIK BIN AHMAD 01050042XXXX-21
      TEE JIE XIN 50260010XXXX-00

 

OGOS

 

MOHD FARIZUL BIN MUSTAFFA 36265004xxxx-00 17 September 2026
      KOMATHI A/P PINDAYA 80265031xxxx-00
      AMIRUL NAIEM BIN MOHD ZAINAL 50265004xxxx-00
      UMADEVI 7260xxxx68
      VIJIYALETCHUMY A/P SUPPRHMANIAM M108xxxx02
      SHARIFAH HASLINDA BINTI SYED HASSAN A210xxxx35

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 atau e-mel kami di callcentre@zurich.com.my.