imej_Terma dan syarat utama yang perlu diketahui

Terma dan syarat utama yang perlu anda ketahui:

Antara terma dan syarat penting yang perlu anda ketahui:

Kepentingan menyimpan resit

Adalah penting untuk menerima sesalinan resit daripada kami dan sila simpan resit ini sebagai bukti pembayaran premium/caruman.

Kepentingan pendedahan semasa memohon produk insurans / takaful dengan kami

Kontrak Insurans / Takaful Pengguna

Menurut Perenggan 5 Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, jika anda memohon produk insurans / takaful untuk tujuan yang sama sekali tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah agar tidak melakukan salah nyata semasa menjawab soalan di dalam borang cadangan. Anda mesti menjawab sebarang soalan secara sepenuhnya dan dengan tepat.

Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah semasa menjawab soalan boleh mengakibatkan kontrak Insurans / Takaful anda dibatalkan, tuntutan anda ditolak atau dikurangkan, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans / takaful anda.

Kewajipan pendedahan di atas hendaklah diteruskan sehingga masa kontrak Insurans / takaful anda dibuat, diubah atau diperbaharui dengan kami.

Di samping menjawab soalan di dalam borang cadangan, anda dikehendaki untuk mendedahkan sebarang perkara lain yang anda tahu berkenaan dengan keputusan kami untuk menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang diguna pakai.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak Insurans / Takaful anda dibuat, diubah atau diperbaharui dengan kami, sebarang maklumat yang diberikan di dalam borang cadangan adalah tidak tepat atau telah berubah.

Kontrak Insurans / Takaful Kermersial

Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, jika anda memohon produk insurans / takaful untuk tujuan berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan sebarang perkara yang anda tahu berkenaan dengan keputusan kami untuk menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang diguna pakai dan sebarang perkara yang diketahui sebagai berkenaan oleh seorang yang waras dalam keadaan tersebut, jika tidak ia boleh mengakibatkan kontrak insurans / takaful anda dibatalkan, tuntutan anda ditolak atau dikurangkan, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans / takaful anda.

Kewajipan pendedahan di atas hendaklah diteruskan sehingga masa kontrak insurans / takaful anda dibuat, diubah atau diperbaharui dengan kami.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans / takaful anda dibuat, diubah atau diperbaharui dengan kami, sebarang maklumat yang diberikan di dalam borang cadangan adalah tidak tepat atau telah berubah.

INSURANS AM DAN TAKAFUL AM

PERKHIDMATAN POLISI DAN SIJIL 

 

PERKHIDMATAN POLISI DAN SIJILPIAWAIAN KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN
Pengeluaran Polisi / Sijil 

Untuk perlindungan kenderaan bermotor, e-polisi / e-sijil akan dikeluarkan dengan segera setelah penerimaan resit pembayaran dan penerimaan polisi / sijil di dalam sistem. Manual polisi / sijil akan dikeluarkan dalam masa 5 hari bekerja dari penerimaan resit pembayaran dan polisi / sijil dalam sistem; kecuali untuk kenderaan baharu yang perlu didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk perlindungan individu bukan kenderaan bermotor, polisi / sijil akan dikeluarkan dalam masa 10 hari bekerja dari penerimaan dokumen lengkap dan pembayaran.

Perubahan kepada Polisi / Sijil

Pindaan kepada polisi / sijil kenderaan bermotor akan dilakukan dalam masa 3 hari bekerja dari penerimaan dokumen lengkap.

Pindaan kepada polisi / sijil bukan kenderaan bermotor akan dilakukan dalam masa 5 hari bekerja dari penerimaan dokumen lengkap.

Pembaharuan Polisi / SijilNotis pembaharuan akan dihantar sekurang-kurangnya 30 hari kalendar sebelum tamat tempoh polisi / sijil.
Penyerahan atau Pembatalan Polisi / SijilKami akan memproses permintaan anda untuk menyerahkan atau membatalkan polisi / sijil anda dalam masa 5 hari bekerja (untuk perlindungan kenderaan bermotor) atau dalam masa 7 hari bekerja (untuk perlindungan bukan kenderaan bermotor) dari penerimaan dokumen lengkap. Pengembalian premium / caruman, jika ada, juga akan dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.

Nota: Tempoh masa di atas tidak mengambil kira proses pengenalan produk dan perkhidmatan kami. Ia juga tertakluk kepada keadaan di mana polisi / sijil diterima / diluluskan oleh kami dan / atau pembayaran penuh premium / caruman dibuat dan / atau dokumen lengkap dikemukakan.