
Perlindungan Keluarga dengan Penerimaan Terjamin & Sumbangan Berpatutan – Takaful Al-Shams
Lindungi keluarga anda demi ketenangan fikiran
Di Zurich Takaful, kami membantu anda melindungi insan yang paling anda sayangi. Takaful Al-Shams ialah pelan dengan Penerimaan Terjamin yang menawarkan perlindungan daripada pelbagai kejadian tidak dijangka dalam kehidupan, termasuk manfaat kematian, perlindungan hilang upaya serta manfaat kematian akibat kemalangan.
Penerimaan Terjamin dengan Permohonan Mudah
Caruman yang Berpatutan
Memberikan Jaminan Kewangan1 kepada Keluarga Anda
Takaful Al-Shams akan meringankan beban kewangan keluarga anda akibat kejadian yang tidak diingini seperti yang disenaraikan di bawah:
| Kematian / Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) / Hilang Upaya Warga Emas (HUWE)2 | 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah Caruman yang dibuat3, yang mana lebih tinggi |
| Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Am4 | Manfaat Kematian + 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
| Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam5 | Manfaat Kematian + 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
| Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Di Luar Negara6 | Manfaat Kematian + 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
1 Hanya manfaat kematian yang tertinggi akan dibayar. Manfaat kematian akibat kemalangan adalah tertakluk kepada had sehingga RM10,000,000 termasuk sebarang manfaat akibat kemalangan di bawah sijil lain oleh Orang Yang Dilindungi.
2 Sekiranya berlaku kematian, HUKK atau HUWE (selain daripada akibat kemalangan) dalam tempoh 2 tahun pertama sijil, Jumlah Caruman yang dibuat dari permulaan sijil, selepas menolak sebarang tunggakan, akan dipulangkan.
3 Jumlah Caruman yang dibuat merujuk kepada jumlah caruman yang perlu dibuat di bawah Sijil Asas yang dikira berdasarkan kaedah tahunan (tidak termasuk faedah).
4 Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan.
5 Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan semasa menaiki pengangkutan awam.
6 Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari dari tarikh kemalangan, semasa dalam perjalanan ke luar negara tidak melebihi 90 hari berturut-turut untuk setiap perjalanan.
Pelan Sokongan Hilang Upaya
Pelan ini memberikan manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun dan perlindungan berterusan dengan manfaat Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) sehingga akhir tempoh sijil.
Faedah Pemulihan Tahunan HUKK
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Untuk Keluarga
Manfaat Ihsan
Hak Istimewa Penjagaan Keluarga
Nota:
i. Manfaat Hak Keistimewaan Penjagaan Keluarga tidak digunapakai untuk kematian bukan akibat kemalangan Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 2 tahun pertama sijil.
ii. Untuk terma dan syarat lebih lanjut, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan sijil Takaful.

Minimum umur untuk menyertai pelan ini adalah 14 hari dan maksimum umur adalah tertakluk kepada tempoh perlindungan pilihan anda. Namun begitu, peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
| Tempoh Perlindungan | Umur Kemasukan* |
| 20 tahun, 30 tahun atau sehingga umur 80 tahun | 14 hari – 60 tahun |
*Tempoh perlindungan mestilah tidak melebihi umur 80 tahun.
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.