
Pelan Takaful Keluarga dengan Jumlah Perlindungan Yang Tinggi dan Caruman Fleksibel – Takaful Family Hero
Pelan Takaful Keluarga dengan Jumlah Perlindungan Yang Tinggi
Takaful Family Hero direka untuk membantu menjamin kesejahteraan masa depan keluarga anda. Pelan Takaful Keluarga Zurich ini setanding dengan pelan insurans hayat konvensional dan membantu melindungi anda serta insan tersayang daripada beban hutang supaya mereka dapat meneruskan kehidupan seperti yang anda impikan.
Pelan Hibah Takaful ini membantu memastikan keselamatan kewangan insan tersayang apabila anda tiada lagi.

Tinggalkan kenangan indah, bukan beban hutang...
Anda kini selangkah lebih dekat ke arah masa depan kewangan yang lebih terjamin. Sebelum memilih pelan Takaful Keluarga, ketahui terlebih dahulu jumlah perlindungan yang sesuai berdasarkan komitmen kewangan semasa anda.
Ketahui sekarang dengan Kalkulator Jurang Hutang
Ciri-ciri dan Manfaat Produk Takaful Family Hero
Badal Haji, Korban, Wakaf dan Kebajikan
Gateway Pembuatan Caruman Patuh Syariah
Saluran Caruman yang Fleksibel
![]()
Sebagai perkhidmatan tambahan kepada perlindungan takaful anda, anda boleh melengkapi pelan anda dengan kerjasama Amanah Raya Berhad untuk mencapai objektif kerohanian anda.
![]()
Memperkenalkan kaedah caruman baharu – PayHalal. Dengan kaedah caruman baharu ini, anda dapat mengelakkan unsur Riba’ dan Gharar.
![]()
Anda boleh mencarum melalui pelbagai saluran seperti cek, easy pay, perintah arahan tetap dari bank, BSN Giro, perbankan internet, auto debit / direct debit atau mengunjungi mana-mana cawangan Zurich Takaful untuk membuat caruman di kaunter.
Sebagai perkhidmatan tambahan kepada perlindungan takaful anda, anda boleh melengkapi pelan anda dengan kerjasama Amanah Raya Berhad untuk mencapai objektif kerohanian anda. Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan kami:
- Badal Haji: Memastikan kewajipan anda untuk menunaikan Haji boleh dilaksanakan oleh proksi yang dilantik sekiranya anda tiada lagi.
- Khidmat Korban: Membantu anda menunaikan tuntutan agama anda dengan mengorbankan haiwan dan mengagihkan daging kepada golongan yang ditetapkan semasa Aidiladha.
- Khidmat Wakaf: Membolehkan anda untuk terus beramal dengan memberi dana yang diperuntukkan kepada penerima Wakaf pilihan anda.
- Khidmat Kebajikan: Bagi pelanggan bukan Islam, kami juga menyediakan senarai organisasi kebajikan di mana anda boleh memilih organisasi pilihan anda untuk berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Bayaran perlindungan tinggi sehingga 400% daripada Jumlah Asas Dilindungi (BSC)
Jika Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal berlaku, Takaful Family Hero akan memberi perlindungan seperti berikut:
| Manfaat | Manfaat Dibayar |
| Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal¹ (HUKK) |
100% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau Nilai Akaun Pelaburan Peserta, yang mana lebih tinggi |
¹Manfaat HUKK hanya sah sehingga usia 75 untuk Orang Yang Dilindungi.
Jika kematian akibat kemalangan berlaku, manfaat seperti berikut akan dibayar:
| Manfaat | Manfaat Dibayar |
| Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam2 |
Manfaat Kematian + 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
| Kematian Akibat Kemalangan di Luar Negara3 | Manfaat Kematian + 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
| Kematian Akibat Kemalangan Balik Kampung4 | Manfaat Kematian + 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
| Kematian Akibat Kemalangan Haji5 |
Manfaat Kematian + 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
2 Sekiranya berlaku kematian Orang yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari daripada tarikh kemalangan dengan menggunakan Pengangkutan Awam.
3 Sekiranya berlaku kematian Orang yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari daripada tarikh kemalangan semasa melancong ke luar negara dan tidak melebihi 90 hari berturut-turut untuk setiap perjalanan.
4 Sekiranya berlaku kematian Orang yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari daripada tarikh kemalangan semasa Cuti Umum Malaysia dan di mana-mana Lebuhraya Tol yang beroperasi.
5 Nota:
i. Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 365 hari daripada tarikh kemalangan semasa menunaikan Rukun-Rukun Haji yang merujuk kepada Wukuf di Arafah, Tawaf dalam Masjidil Haram dan Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah.
ii. Apabila Orang Yang Dilindungi telah menunaikan Haji di mana Manfaat Kematian akibat Kemalangan Haji tidak berkenaan kepada Orang Yang Dilindungi; ataupun Orang Yang Dilindungi bukan beragama Islam, kami akan menggantikan Manfaat Kematian akibat Kemalangan Haji dengan Manfaat Kematian akibat Kemalangan di Luar Negara yang dinyatakan di atas, dengan tambahan 100% Jumlah Perlindungan Asas.
*Nota: Hanya manfaat kematian yang tertinggi akan dibayar.
Manfaat Pemulihan Tahunan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK)
Jika anda mengalami HUKK, 5% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar selama 10 tahun untuk mengurangkan beban kewangan anda.
Hak Istimewa Penjagaan Keluarga
Berikan jaminan gaya hidup yang diingini untuk orang tersayang anda, walaupun anda tiada lagi berada di sisi mereka. Sehingga 4 pasangan dan anak anda yang sah layak untuk menyertai pelan takaful keluarga Zurich dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas, tertakluk kepada RM300,000 Jumlah Perlindungan Asas bagi setiap hayat, tanpa sebarang taja jamin*.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tiada Pemeriksaan Perubatan Diperlukan
Anda boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM1,500,000 tanpa pemeriksaan kesihatan*.
*Bergantung kepada usia dan keadaan kesihatan Orang Yang Dilindungi
Fleksibiliti Sesuai dengan Keperluan Anda
Berdasarkan keperluan anda, anda boleh menentukan tempoh perlindungan selama 20 tahun atau sehingga 80 tahun dan tempoh caruman berdasarkan jadual berikut:
| Tempoh Caruman | Jumlah Perlindungan Asas Minimum |
| 10 tahun atau 20 tahun | RM250,000 |
| Sepanjang Tempoh Sijil |
RM50,000 |
Kelebihan Ziarah Plus
Melindungi anda dan orang tersayang semasa anda menunaikan Haji atau Umrah. Kami akan membayar tambahan 10% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau maksimum RM50,000, yang mana lebih rendah, sekiranya berlaku mana-mana kejadian berikut sewaktu anda menunaikan Haji atau Umrah di Arab Saudi:
- Kematian akibat Strok Haba, Rempuhan atau Kecederaan akibat Himpitan
- Kematian akibat Kebakaran di dalam Bangunan Awam
- Kematian akibat Sindrom Pernafasan Coronavirus Timur Tengah (MERS-Cov)*
* MERS-Cov mestilah didiagnosis awal semasa berada di Arab Saudi dalam tempoh 21 hari selepas pulang dari Arab Saudi. Jika kematian berlaku lebih daripada 21 hari selepas meninggalkan Arab Saudi, manfaat ini tidak akan dibayar.
Meningkatkan Perlindungan Anda dengan Faedah Tambahan
Anda boleh menyertakan manfaat tambahan berikut bagi mempertingkatkan perlindungan anda:
- KritikalCare Essential memberi perlindungan untuk 50 Penyakit Kritikal, termasuk 3 yang paling lazim didiagnosis* seperti strok, serangan jantung dan kanser.
- KritikalCare Waiver adalah perlindungan tambahan. Caruman akan dikecualikan sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana satu daripada 50 Penyakit Kritikal yang dilindungi.
*Sumber: “Perancangan Kritikal” The Star, 2014.

Adakah saya layak mendapat perlindungan pelan ini?
Usia penyertaan minimum untuk pelan ini adalah 14 hari dan usia penyertaan maksimum adalah sehingga 70 tahun, tertakluk kepada tempoh perlindungan dan tempoh caruman. Namun begitu, Peserta mestilah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun.
Apakah Jumlah Perlindungan Asas minimum dan maksimum pelan ini?
Jumlah Perlindungan Asas minimum ialah RM50,000 dan Jumlah Perlindungan Asas maksimum adalah tertakluk kepada penaja jaminan.
Apakah kaedah caruman yang tersedia untuk Takaful Family Hero?
Caruman boleh dibuat secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.
Bagaimanakah Hak Istimewa Penjagaan Keluarga berfungsi?
Sekiranya berlaku kematian Orang yang Dilindungi, sehingga 4 pasangan dan anak yang sah layak menyertai pelan takaful keluarga Zurich dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas, tertakluk kepada RM300,000 Jumlah Perlindungan Asas setiap hayat, tanpa taja jamin.
Adakah caruman yang dibuat untuk pelan ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan?
Ya. Caruman yang dibuat layak menerima pelepasan cukai pendapatan di samping pelan takaful keluarga atau insurans hayat anda yang lain, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Apakah pengecualian untuk Takaful Family Hero?
Takaful Family Hero tidak melindungi kejadian seperti yang disenaraikan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan muktamad dan anda disarankan merujuk kepada senarai menyeluruh yang terdapat dalam Lembaran Pendedahan Produk dan Sijil Takaful.
Manfaat Kematian
Sijil ini tidak melindungi sebarang kematian akibat bunuh diri dalam tempoh satu (1) tahun daripada Tarikh Permulaan Sijil ini atau Tarikh Kemasukan Semula, yang mana kemudian, sama ada Orang yang Dilindungi itu waras atau tidak waras. Liabiliti kami adalah terhad kepada nilai APP pada tarikh kematian. Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal Sijil ini tidak melindungi sebarang hilang upaya yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, penuh atau sebahagian, oleh dan disebabkan berlakunya kejadian yang berikut:
a. Sebarang kecederaan terhadap diri sendiri sama ada ketika waras atau tidak waras; atau
b. Perjalanan atau penerbangan menggunakan sebarang jenis pesawat udara, melainkan sebagai penumpang penerbangan berjadual biasa menggunakan kapal terbang komersil; atau
c. Sebarang aktiviti berbentuk ketenteraan semasa dalam perkhidmatan ketenteraan sewaktu peperangan yang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan sewaktu menerima arahan untuk operasi peperangan atau pemulihan ketenteraman awam.
Untuk semua Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Pelan ini tidak melindungi sebarang kematian atau kecederaan akibat kemalangan yang berpunca secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) daripada kejadian yang berikut:
a. Mencederakan diri sendiri atau mana-mana cubaan seumpamanya atau kecederaan terhadap diri sendiri sama ada ketika waras atau tidak waras, di bawah pengaruh sebarang bentuk alkohol atau dadah/narkotik (melainkan yang diambil di bawah preskripsi rawatan dan diarahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, tetapi bukan untuk rawatan ketagihan dadah atau alkohol);
b. Peperangan sama ada diisytiharkan atau tidak, pemberontakan atau sebarang operasi berbentuk ketenteraan, dan sebarang tindakan terorisme. Bagi tujuan Kontrak Tambahan ini, tindakan terorisme bermaksud tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancaman yang sehubungan dengannya oleh manamana orang atau kumpulan, sama ada bertindak secara bersendirian atau bagi pihak atau sehubungan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan, dilakukan bagi tujuan politik, keagamaan, ideologi, atau etnik atau alasan, termasuk dengan niat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau dengan tujuan menakutkan orang awam atau mana-mana pihak orang awam;
c. Perkhidmatan ketenteraan atau polis semasa peperangan yang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan sewaktu menerima arahan untuk operasi berbentuk peperangan atau pemulihan ketenteraman awam (melainkan anggota-anggota di bahagian pentadbiran);
d. Perlumbaan menggunakan kuda atau roda;
e. Penyertaan dalam sukan profesional (termasuk jelajah gua, meneroka bawah tanah dan terjun lelabah).
Kematian berpunca daripada Sindrom Pernafasan Coronavirus Timur Tengah (MERS-Cov)
Jika kematian berlaku disebabkan oleh MERS sebelum Orang Yang Dilindungi memasuki sempadan antarabangsa semasa perjalanan ke Arab Saudi atau selepas dua puluh satu (21) hari individu tersebut meninggalkan Arab Saudi.
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibuat. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP / Participant Risk Investment Account) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50. Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP / Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Bi al-Istithmar (Yuran Wakil Pelaburan) untuk menguruskan aset tersebut. Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai, tolak Yuran Wakalah Bi al-Istithmar seperti dinyatakan, akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta. Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.

