Takaful ProEssential ialah pelan takaful keluarga yang komprehensif dengan manfaat kematian, TPD dan Hilang Upaya Usia Emas

Pelan Takaful Keluarga Komprehensif dengan Perlindungan Fleksibel – Takaful ProEssential

Takaful ProEssential – Pelan Takaful Keluarga

Pelan Takaful Keluarga yang memenuhi keperluan perlindungan anda. Melindungi keluarga dan memberikan ketenangan fikiran merupakan keutamaan sepanjang kehidupan, termasuk pada usia emas. Atas sebab itu, Zurich Malaysia memperkenalkan Takaful ProEssential, pelan Takaful Keluarga yang menyediakan perlindungan kewangan menyeluruh sekiranya berlaku kematian, Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK), serta Hilang Upaya Usia Emas (Golden Age Disability – GAD).

Kami juga memahami kepentingan menunaikan ibadah Haji. Oleh itu, pelan patuh Syariah ini turut menawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti Badal Haji, Korban, Wakaf dan Amal Jariah bagi membantu anda mencapai matlamat rohani anda.

Ciri-ciri dan Perlindungan Produk Zurich Takaful ProEssential

Manfaat Kematian 
Dengan Takaful ProEssential, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan nilai Akaun Pelaburan Peserta (APP) akan dibayar kepada insan tersayang apabila Orang Yang Dilindungi meninggal dunia.

Perlindungan Hilang Upaya sehingga Kematangan Sijil 
Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) menyediakan perlindungan sehingga umur 75 tahun dan Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) menyediakan perlindungan tambahan selama 5 tahun sehingga umur 80 tahun. Sekiranya anda mengalami HUKK atau HUWE, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan nilai APP akan dibayar.

Hak Istimewa Penjagaan Keluarga 
Sehingga 4 pasangan dan anak anda yang sah layak untuk menyertai pelan takaful keluarga Zurich dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas tanpa sebarang taja jamin.

Tempoh Perlindungan yang Fleksibel 
Anda mempunyai kebebasan untuk memilih daripada pelbagai pilihan tempoh perlindungan daripada tempoh 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau sehingga umur 80 tahun.

Lanjutkan Perlindungan Anda 
Anda boleh melanjutkan perlindungan anda dengan pelan takaful Zurich yang terpilih dalam tempoh 60 hari dari tarikh matang sijil, tanpa sebarang bukti kesihatan diperlukan.

Pertingkatkan Perlindungan Anda dengan Manfaat Tambahan 
Anda boleh menyertakan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan perlindungan anda:


 

 
Manfaat TambahanButiran
KritikalCare Essential PlusMemberikan perlindungan tambahan untuk Penyakit Kritikal tertentu.
KritikalCare Waiver PlusCaruman akan dikecualikan sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana satu daripada Penyakit Kritikal tertentu.
KritikalCare Prime PlusMemberikan perlindungan tambahan untuk Penyakit Kritikal tertentu dan Jumlah Perlindungan Asas akan dikurangkan dengan jumlah perlindungan manfaat tambahan yang dibayar.
AccidentalCareMemberikan perlindungan apabila mengalami kerugian atau kecederaan akibat kemalangan.
Disability IncomeMemberikan perlindungan apabila didiagnos dengan hilang upaya sementara atau hilang upaya kekal.
Accidental MediBill ReimbursementMembayar perbelanjaan perubatan yang ditanggung apabila mengalami kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan akibat kemalangan. Yuran ambulans sehingga RM500 setiap kemalangan juga akan ditanggung.
Hospital IncomeMemberikan perlindungan apabila dimasukkan ke hospital. Bayaran akan diseparuhkan apabila dimasukkan ke hospital bukan kerajaan dan swasta bukan berlesen kerajaan.


Nota:
1Semua manfaat adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
2Semua manfaat yang dibayar akan ditolak dengan sebarang tunggakan (jika ada).
3Sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk dan Sijil Takaful untuk maklumat lanjut.

Diskaun Eksklusif untuk Manfaat Tambahan Tertentu
Bagi memberikan perlindungan holistik kepada anda, anda akan memperoleh diskaun sebanyak 5% dari caruman manfaat tambahan apabila melampirkan 3 manfaat tambahan yang disenaraikan di bawah dalam sijil anda.
• AccidentalCare
• Disability Income
• Accidental MediBill Reimbursement

  • Badal Haji, Korban, Wakaf dan Kebajikan
    Sebagai perkhidmatan tambahan kepada perlindungan takaful anda, anda boleh melengkapi pelan anda dengan kerjasama Amanah Raya Berhad untuk mencapai objektif kerohanian anda.
  • Gateway Transaksi Caruman Patuh Syariah
    Memperkenalkan kaedah caruman baru – PayHalal. Dengan kaedah caruman baru ini, tiada lagi unsur Riba, Gharar dan Maisir.
Umur penyertaan minimum untuk pelan ini adalah 14 hari dan umur penyertaan maksimum adalah 60 tahun. Namun begitu, Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Apakah Takaful ProEssential?

Takaful ProEssential menawarkan keselamatan kewangan yang fleksibel untuk insan tersayang anda. Anda bebas memilih daripada pelbagai tempoh perlindungan daripada 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau sehingga umur 80 tahun.

Apakah Hilang Upaya Warga Emas?

Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) menyediakan perlindungan tambahan selama 5 tahun sehingga umur 80 tahun. Sekiranya anda mengalami HUKK atau HUWE, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan nilai APP akan dibayar.

Berapakah caruman yang perlu dibuat?

Caruman perlu dibuat sepanjang tempoh perlindungan dan bergantung kepada Jumlah Perlindungan Asas, umur, jantina, status merokok, tempoh perlindungan dan tertakluk kepada taja jamin. Walau bagaimanapun, caruman adalah tidak dijamin dan kami berhak untuk mengkaji semula caruman dengan memberi notis 90 hari secara bertulis terlebih dahulu kepada anda. Sila rujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk untuk mengetahui jumlah caruman yang diperlukan.

Apakah yang tidak dilindungi oleh Takaful ProEssential?

Takaful ProEssential tidak melindungi kejadian seperti yang disenaraikan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa senarai ini adalah tidak menyeluruh dan anda disarankan merujuk kepada senarai menyeluruh yang terdapat dalam Lembaran Pendedahan Produk dan Sijil Takaful.

Manfaat Kematian-Manfaat Kematian tidak akan dibayar bagi sebarang kematian akibat bunuh diri dalam tempoh 1 tahun daripada Tarikh Permulaan Sijil Asas ini atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana terkemudian, sama ada Orang Yang Dilindungi itu waras atau tidak waras. Liabiliti kami adalah terhad kepada nilai APP pada tarikh kematian.

Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dan Manfaat Hilang Upaya Warga Emas-Sijil ini tidak melindungi sebarang hilang upaya yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sebahagian atau sepenuhnya, oleh mana-mana kejadian berikut:

  • Mencederakan diri sendiri semasa waras atau tidak waras; atau
  • Perjalanan atau penerbangan di dalam apa-apa jenis pesawat kecuali di dalam penerbangan penumpang komersial yang berjadual; atau
  • Sebarang aktiviti ketenteraan semasa terlibat dalam perkhidmatan tentera pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan semasa berada di bawah arahan untuk operasi berupa peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau
  • Perang, perang saudara, pencerobohan, tindakan oleh musuh luar, tindakan berkaitan perang (sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan), termasuk letupan yang tidak sengaja dan/atau letupan yang sengaja dengan menggunakan alat senjata peperangan, ketika perang atau akibat langsung dari peperangan yang sebelumnya; atau
  • Penyakit Sedia Ada; atau
  • Terbabit dalam aktiviti yang melanggar undang-undang; atau
  • Berada di bawah pengaruh alkohol, narkotik dan/atau dadah

Sila rujuk surat dan Soalan Lazim di bawah untuk membantu anda memahami penawaran ini dengan lebih jelas.

Nota: Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.