
Pelan Takaful Mampu Milik dengan Jumlah Perlindungan Tinggi – Takaful ProSecure
Untuk Kesinambungan Gaya Hidup
Memperkenalkan Takaful ProSecure, pelan takaful mampu milik yang direka untuk membantu meringankan beban anda ketika menghadapi cabaran hidup, di samping melindungi keluarga dan aset anda serta mengurangkan risiko beban hutang.
![]()
Perlindungan Tinggi sehingga 400% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda, pelan ini akan memberikan perlindungan seperti berikut:
| Kematian / Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal / Hilang Upaya Warga Emas | 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah Caruman yang dibuat, yang mana lebih tinggi |
| Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam | Manfaat Kematian + 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
| Manfaat Kematian Akibat Kemalangan di Luar Negara | Manfaat Kematian + 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas |
![]()
Pelan Sokongan Hilang Upaya
Dapatkan perlindungan untuk Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal sehingga umur 75 tahun, dan dilanjutkan dengan perlindungan berterusan daripada manfaat Hilang Upaya Warga Emas sehingga akhir tempoh sijil.
![]()
Manfaat Penyakit Terminal atau Kanser Terminal
Sekiranya anda didiagnosis dengan Penyakit Terminal atau Kanser Terminal, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah Caruman yang dibuat, yang mana lebih tinggi, akan dibayar.
![]()
Manfaat Pemulihan Tahunan HUKK
Dapatkan bayaran tambahan sebanyak 5% daripada Jumlah Perlindungan Asas setiap tahun selama 5 tahun jika Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal berlaku.
![]()
Manfaat Penjagaan Vital
Anda tidak perlu membuat caruman untuk 6 bulan jika anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama lebih daripada 5 hari berturut-turut.
![]()
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan untuk Keluarga
Sekiranya mana-mana antara 4 orang ahli keluarga anda termasuk ibu bapa, pasangan atau anak-anak meninggal dunia akibat kemalangan, anda akan menerima pembayaran RM10,000 secara sekali gus bagi setiap ahli keluarga.
![]()
Hak Istimewa Penjagaan Keluarga
Sehingga 4 orang ahli keluarga anda akan layak untuk menyertai pelan takaful baharu dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas, tanpa taja jamin perubatan apabila anda tiada lagi di sisi mereka.
![]()
Tingkatkan Perlindungan Anda dengan Manfaat Tambahan
Anda boleh menyertai manfaat tambahan berikut bagi mempertingkatkan perlindungan anda:
| VitalGuard Prime | Memberikan perlindungan untuk 51 Penyakit Kritikal dengan caruman mampu milik dan Jumlah Perlindungan Asas akan dikurangkan dengan jumlah perlindungan manfaat tambahan yang dibayar. |
| VitalGuard Essential | Memberikan perlindungan tambahan untuk 51 Penyakit Kritikal dan Jumlah Perlindungan Asas tidak akan terjejas. |
| VitalGuard Waiver | Memberikan perlindungan berterusan dengan pengecualian caruman asas anda sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana satu daripada 50 Penyakit Kritikal. |

Umur minimum penyertaan untuk Orang Yang Dilindungi di bawah pelan ini adalah 14 hari dan umur maksimum adalah tertakluk pada tempoh perlindungan pilihan anda. Namun begitu, Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
| Tempoh Perlindungan | Umur Penyertaan Minimum | Umur Penyertaan Maksimum | ||
10 tahun | 14 hari | 70 tahun | ||
| 20 tahun | 60 tahun | |||
| 30 tahun | 50 tahun | |||
Manfaat-manfaat yang dibayar adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Zurich Takaful Malaysia Berhad atau PIDM.