Perjalanan Penjagaan Kesihatan Anda, Kini Lebih Mudah ​

Akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti melalui rangkaian pilihan Zurich, daripada keperluan perubatan, rawatan pakar hinggalah pemulihan selepas rawatan.

Terokai Hospital Pilihan
penjagaan melangkaui hari esok

Pengalaman Hospital Pilihan Anda ​

Lebih Daripada Sekadar Penjagaan Perubatan. Pengalaman Yang Lebih Lancar Di Setiap Langkah.

Apabila perkara yang tidak dijangka berlaku, perkara terakhir yang anda perlukan ialah tekanan tambahan. Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan hospital-hospital terpilih untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih lancar dan meyakinkan, agar anda menerima penjagaan serta pengalaman yang terbaik.

Daripada kemasukan ke hospital sehingga proses pemulihan, anda akan menikmati keistimewaan eksklusif dan sokongan khusus yang menjadikan setiap langkah perjalanan anda lebih mudah dan selesa, serta memberikan ketenangan fikiran yang lebih besar kepada anda dan insan tersayang.

KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI ​

Nikmati manfaat ini di hospital pilihan Zurich​ 

Lebih keselesaan, kemudahan dan sokongan sepanjang perjalanan penjagaan kesihatan anda.​

Langkau Deposit Pendahuluan

Tiada deposit kemasukan diperlukan ​

Pengecualian deposit kemasukan untuk memulakan penginapan hospital anda dengan lebih mudah dan lancar.​

Laluan Khas untuk Kemasukan & Discaj

Laluan khas untuk kemasukan & discaj​

Nikmati pengalaman kemasukan dan discaj yang lebih lancar melalui laluan khas yang disediakan.

Lebih Keselesaan Semasa Penginapan Anda

Lebih selesa sepanjang penginapan anda​

Nikmati keistimewaan seperti diskaun bilik, baucar makanan percuma dan manfaat parkir.

Nilai Lebih Baik untuk Penjagaan yang Sama

Nilai lebih baik untuk penjagaan yang sama​

Nikmati penjimatan kos untuk rawatan yang sama melalui diskaun khas ke atas yuran dan caj hospital.​

Semua Yang Anda Perlukan, Di Hujung Jari Anda

Akses manfaat penjagaan kesihatan anda pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui aplikasi Zurich MyMed.​

 

Mengurus perjalanan penjagaan kesihatan anda seharusnya mudah dan praktikal. Dengan aplikasi Zurich MyMed, anda boleh mengakses perkhidmatan dan maklumat penjagaan kesihatan penting dengan mudah pada bila-bila masa anda memerlukannya, semuanya terus daripada peranti mudah alih anda.

Muat Turun Aplikasi Zurich MyMed Hari Ini

qr

aplikasi mymed

Soalan Lazim (FAQ) ​

Hospital Pilihan Zurich ialah hospital-hospital yang dipilih dengan teliti daripada rangkaian panel sedia ada kami yang memenuhi standard perkhidmatan dan sokongan yang lebih tinggi. Hospital-hospital ini dipilih berdasarkan faktor seperti kualiti penjagaan perubatan, kecekapan perkhidmatan dan pengalaman pesakit.

Keistimewaan yang ditawarkan direka untuk menjadikan pengalaman anda di hospital lebih teratur, kurang membebankan dan lebih selesa, agar anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.

Hospital-hospital dipilih berdasarkan beberapa kriteria, termasuk kemampuan kos, kebolehcapaian, kualiti perkhidmatan serta keselarasan dengan komitmen Zurich terhadap penjagaan kesihatan yang mampan. Senarai Hospital Pilihan Zurich akan disemak secara berkala dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Hospital Pilihan Zurich menawarkan lebih daripada sekadar rawatan perubatan.

Bergantung pada hospital yang mengambil bahagian, anda boleh menikmati manfaat seperti:

  • Pengecualian deposit kemasukan
  • Proses kemasukan dan discaj yang lebih pantas
  • Perkhidmatan concierge dan sokongan pesakit
  • Keistimewaan hospital eksklusif seperti kadar istimewa, yang membantu anda memanfaatkan had manfaat polisi dengan lebih baik serta mengekalkan lebih banyak perlindungan untuk kemasukan ke hospital dan rawatan pada masa hadapan

Manfaat ini direka untuk menjadikan perjalanan penjagaan kesihatan anda lebih mudah, lebih selesa dan kurang membebankan.

Semua pemegang polisi perubatan Zurich layak menikmati keistimewaan eksklusif dan sokongan yang dipertingkatkan di Hospital Pilihan Zurich.

Senarai terkini Hospital Pilihan Zurich boleh didapati di:

  1. Laman web Hospital Pilihan Zurich
  2. Aplikasi Zurich MyMed

    micare

    Senarai ini disemak secara berkala dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Para pelanggan digalakkan untuk menyemak senarai terkini sebelum kemasukan ke hospital, sekiranya berkenaan.

Manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan berbeza antara Hospital Pilihan yang mengambil bahagian. Walaupun semua Hospital Pilihan dipilih dengan teliti untuk menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan yang dipertingkatkan, manfaat khusus yang tersedia seperti keistimewaan kemasukan, perkhidmatan concierge, tawaran kesejahteraan atau manfaat eksklusif hospital mungkin berbeza mengikut hospital.

Kami mengesyorkan agar anda menyemak manfaat yang ditawarkan oleh hospital pilihan anda sebelum kemasukan ke hospital.

Ya. Anda masih boleh mendapatkan rawatan di mana-mana hospital panel Zurich tertakluk kepada perlindungan polisi serta terma dan syarat yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, keistimewaan tambahan dan perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan di bawah program Hospital Pilihan Zurich hanya tersedia secara eksklusif di Hospital Pilihan yang mengambil bahagian.

Tiada langkah tambahan diperlukan. Sebaik sahaja anda memilih Hospital Pilihan Zurich untuk mendapatkan rawatan, keistimewaan yang ditawarkan akan diberikan secara automatik kepada pelanggan yang layak. Tiada pendaftaran berasingan, pengisian borang atau kelulusan awal diperlukan.

Hospital yang mengambil bahagian akan membantu menyediakan keistimewaan dan perkhidmatan yang ditawarkan, di mana berkenaan, supaya anda dapat menikmati pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih lancar tanpa memerlukan dokumentasi tambahan atau prosedur yang rumit.