Zurich Life Insurance Malaysia Berhad bekerjasama dengan ShopeePay Malaysia sebagai rakan kerjasama platform pengedaran digital pertamanya
Kerjasama ini bertujuan menyediakan perlindungan insurans hayat yang selamat dan mudah diakses, sekali gus merapatkan jurang antara kemudahan akses kewangan dan jaminan kewangan jangka panjang
7 Oktober 2026, Kuala Lumpur
Seiring dengan peningkatan penggunaan platform digital dalam memenuhi keperluan kewangan harian rakyat Malaysia, ShopeePay Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberikan akses yang mudah kepada pelbagai penyelesaian kewangan. Kerjasama ini merupakan lanjutan daripada kerjasama sedia ada antara ShopeePay dengan Zurich General Insurance Malaysia Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad, di samping memperluas kerjasama pengedaran digital kepada ZLIMB buat kali pertama.
Majlis perasmian bertemakan “Everyday Protection, Made For All” yang diadakan pada hari ini turut menyaksikan pelancaran Pelan Simpanan & Perlindungan Zurich di aplikasi ShopeePay. Pelan ini membolehkan pengguna membina simpanan sambil menikmati perlindungan tambahan, menerima bayaran tunai terjamin secara berkala serta menikmati fleksibiliti pengeluaran tunai awal.
Berucap pada majlis tersebut, Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia, berkata, “Walaupun insurans am dan takaful am menyediakan perlindungan serta jaringan keselamatan yang diperlukan, penawaran pelan ZLIMB di ShopeePay memberikan akses yang lebih mudah melalui pendekatan yang lebih proaktif. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses, kami memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah bermakna dalam membina masa hadapan kewangan mereka.”
“Kami berharap dapat terus memperkukuh kerjasama dengan ZLIMB, di samping mengembangkan rangkaian produk perlindungan kami bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad pada tahun akan datang. Kami berhasrat untuk bersama-sama menjadikan perlindungan berkualiti lebih mampu milik, mudah difahami dan mudah diakses oleh komuniti yang memerlukannya.”
Dalam ucapannya, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia, berkata, “Jurang perlindungan di Malaysia berkait rapat dengan aspek akses. Untuk merapatkan jurang tersebut, kita perlu mendekati rakyat Malaysia di platform dan saluran yang sememangnya mereka gunakan, agar akses kepada perlindungan dapat dipermudahkan. Berteraskan penawaran Zurich Edge, pelancaran Pelan Simpanan & Perlindungan Zurich di aplikasi Shopee dan ShopeePay pada hari ini memberikan rakyat Malaysia cara yang lebih mudah bukan sahaja untuk melindungi masa hadapan mereka, tetapi juga membinanya dalam ekosistem digital yang mereka kenali dan percayai. Langkah ini merupakan kesinambungan daripada pengenalan Insurans Penyakit Kritikal Zurich, yang menyediakan perlindungan terhadap keadaan kesihatan yang serius. Kini, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk melindungi serta membina masa hadapan kewangan mereka.”
“Pada tahun hadapan, kami akan memudahkan proses penyertaan takaful keluarga, sekali gus memberikan lebih ramai rakyat Malaysia pilihan perlindungan yang patuh Syariah dan membantu mereka bersedia menghadapi setiap perubahan dalam kehidupan. Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan ShopeePay Malaysia untuk bersama-sama melakar pencapaian baharu dan membina masa hadapan yang lebih cerah untuk lebih ramai rakyat Malaysia.”
Pelan Simpanan & Perlindungan Zurich
Dengan caruman permulaan serendah RM500, pengguna Shopee dan ShopeePay kini boleh menikmati Pelan Simpanan & Perlindungan Zurich, pelan selama dua tahun yang menggabungkan pertumbuhan simpanan dengan perlindungan hayat. Tawaran ini hanyalah permulaan. Nantikan pengurangan premium permulaan kepada hanya RM100 tidak lama lagi, menjadikan pelan ini lebih mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia.
Manfaat utama:
- Jaminan pulangan tunai setiap 6 bulan
- Perlindungan hayat dan hilang upaya: orang tersayang akan menerima 105% daripada jumlah
- premium yang telah dibayar
- Perlindungan 100% daripada jumlah prinsipal pada tempoh matang selepas 2 tahun
- Pelan premium tunggal dengan pilihan pengeluaran tunai awal yang fleksibel
Pengguna boleh membeli pelan ini melalui aplikasi ShopeePay dengan memilih “Insurans” di halaman utama, diikuti dengan “Endowmen”.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SINI
Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM, tertakluk pada had yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich Life Insurance Malaysia Berhad atau laman web PIDM.
Berkaitan ShopeePay
ShopeePay adalah penyedia perkhidmatan pembayaran digital dan kewangan di Asia Tenggara dan Brazil, menawarkan pengguna dan peniaga akses terintegrasi kepada penyelesaian kewangan harian. Dilancarkan pada tahun 2015, ShopeePay memperkasakan gaya hidup digital dengan membolehkan transaksi tanpa gangguan melalui pelbagai kaedah pembayaran yang disambungkan. Ia juga menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan bernilai tambah melalui kerjasama, termasuk pinjaman, insurans, dan pelaburan. Bagi peniaga, infrastruktur pembayaran ShopeePay membantu memperkemas operasi dan meraih peluang pertumbuhan baru dalam ekonomi digital. Untuk maklumat lanjut, lawati https://shopeepay.com.
Tentang Zurich Life Insurance Malaysia
Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB), sebagai sebahagian daripada Zurich Insurance Group, adalah penyedia insurans hayat terkemuka yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Melalui pelbagai rangkaian produk insurans hayat, ZLIMB menyediakan penyelesaian perlindungan, perubatan dan kesihatan, simpanan wang dan pelaburan untuk memenuhi keperluan keselamatan dan jaminan kewangan para pelanggan. Bersama-sama kakitangan yang berdedikasi, tenaga kerja agensi, pengedar dan rakan niaga serta dengan sokongan dari rangkaian cawangan di bandar-bandar utama di seluruh negara, ZLIMB komited untuk membantu pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Perlindungan takaful keluarga yang patuh syariah juga disediakan untuk para pelanggan melalui syarikat sekutu, Zurich Takaful Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai ZLIMB, layari www.zurich.com.my.
About Zurich Edge
Zurich Edge is a flagship digital partnerships proposition that delivers tailored and innovative solutions for customers within a partner’s ecosystem. With its open architecture full-stack platform, Zurich Edge enables seamless journeys, personalized experiences, and optimization capabilities to drive deeper engagement with digital consumers and unlock unparalleled value for partners’ businesses. Leveraging Zurich’s strong insurance expertise, Zurich Edge comes with a dedicated digital squad in each Asia Pacific market to co create and launch insurance opportunities that deliver competitive advantages.