Bantuan Perubatan
Terima kasih kerana memilih Zurich Malaysia sebagai penyedia insurans dan pengendali takaful pilihan anda.
Kami komited untuk membantu perjalanan anda mencapai potensi sepenuhnya dan menikmati kehidupan yang lebih baik di Malaysia. Kesihatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.
Kami berbesar hati memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Zurich MyMed. Aplikasi ini dibangunkan oleh Pentadbir Pihak Ketiga (Third-Party Administrator, TPA) baharu kami khusus untuk pelanggan di Malaysia bagi mempertingkatkan pengalaman anda bersama insurans dan takaful Zurich.
Kami turut menyediakan Soalan Lazim (FAQ) di bawah untuk membantu anda memahami inisiatif baharu ini dengan lebih baik.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan MiCare di callcenter@micaresvc.com atau 1-800-88-2318.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Perancang Kewangan atau ejen perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut, atau menghubungi Pusat Panggilan Zurich di 1-300-888-622 (dalam Malaysia) atau +603-2109-7999 (luar Malaysia), Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.15 petang, kecuali pada cuti umum.
Nota:
Jika anda merupakan pemegang polisi berkumpulan Insurans Am atau pemegang sijil berkumpulan Takaful Am, sila terus menggunakan aplikasi IHP Health Concierge dan talian hotline 1-800-82-6100 (IHP) untuk bantuan tuntutan perubatan sehingga pembaharuan polisi/sijil anda yang seterusnya. Selepas pembaharuan dibuat, anda boleh mula menggunakan aplikasi Zurich MyMed serta talian hotline MiCare 1-800-88-2318.
Klik atau imbas kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi Zurich MyMed melalui Google Play
Klik atau imbas kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi Zurich MyMed melalui Apple App Store
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan MiCare di callcenter@micaresvc.com atau 1-800-88-2318. Bagi pelanggan Zurich Life dan Zurich Takaful, anda masih boleh mendapatkan bantuan kemasukan ke hospital melalui talian hotline sedia ada di 1-800-82-6100 (IHP) sehingga 14 April 2025.