Imej

e-Invois

Pelaksanaan e-Invois

Berdasarkan garis panduan e-Invoice terkini yang dikeluarkan oleh IRBM, sila ambil perhatian bahawa pada masa ini tiada keperluan bagi perniagaan / individu untuk mendapatkan e-Invoice yang disahkan daripada Zurich Malaysia bagi tujuan potongan / pelepasan cukai pendapatan.

Kerajaan akan melaksanakan e-Invois secara berperingkat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia. Selaras dengan pelan tersebut, Zurich Malaysia* turut melaksanakan e-Invois berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024.

* Zurich Malaysia merujuk kepada Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich Takaful Malaysia Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli Persatuan Industri Insurans/Takaful (iaitu LIAM, PIAM dan MTA), termasuk Zurich Malaysia, telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengeluarkan e-Invois disatukan (consolidated e-Invoice) bagi semua penyediaan produk dan perkhidmatan. Oleh itu, mereka tidak perlu mengeluarkan e-Invois yang disahkan (validated e-Invoice) kepada pelanggan bagi setiap transaksi sepanjang tempoh 1 Ogos 2024 hingga 30 Jun 2025.

Sehubungan itu, Zurich Malaysia hanya akan mula mengeluarkan e-Invois yang disahkan kepada pelanggan bagi semua transaksi bermula 1 Julai 2025.

Berdasarkan garis panduan e-Invois terkini yang dikeluarkan oleh LHDNM, tiada keperluan pada masa ini untuk perniagaan atau individu mendapatkan e-Invois yang disahkan daripada Zurich Malaysia bagi tujuan potongan atau pelepasan cukai pendapatan.

Pengumpulan Maklumat untuk e-Invois

Untuk Pemilik Polisi/Sijil Korporat Sahaja

Bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois, pemilik polisi/sijil korporat dikehendaki mengemas kini maklumat berikut:

Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) 12 digit
Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
Kod Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia (MSIC)
Pendaftaran Cukai Pelancongan (TTR)* (jika berkenaan)
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)* (jika berkenaan)

Sila rujuk borang Permohonan Perubahan dan panduan pengguna di bawah untuk langkah-langkah mengemas kini maklumat anda.

 

Soalan Lazim

e-Invois ialah representasi digital bagi sesuatu transaksi antara pembekal dan pembeli yang diformatkan dalam bentuk berstruktur dan boleh dibaca oleh mesin. Ia merupakan fail yang dijana mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), iaitu dalam format XML atau JSON, dan bukan dalam bentuk PDF, JPG atau format lain.

Zurich Malaysia telah melaksanakan e-Invois mulai 1 Ogos 2024.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli Persatuan Industri Insurans/Takaful (iaitu LIAM, PIAM dan MTA), termasuk Zurich Malaysia, telah mendapat kelulusan daripada LHDNM untuk mengeluarkan e-Invois disatukan bagi semua penyediaan produk dan perkhidmatan. Oleh itu, mereka tidak perlu mengeluarkan e-Invois yang disahkan kepada pelanggan bagi setiap transaksi sepanjang tempoh 1 Ogos 2024 hingga 30 Jun 2025.

Sehubungan itu, Zurich Malaysia hanya akan mula mengeluarkan e-Invois yang disahkan kepada pelanggan bagi semua transaksi bermula 1 Julai 2025.

Zurich Malaysia telah melaksanakan e-Invois mulai 1 Ogos 2024.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli Persatuan Industri Insurans/Takaful (iaitu LIAM, PIAM dan MTA), termasuk Zurich Malaysia, telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengeluarkan e-Invois disatukan bagi semua penyediaan produk dan perkhidmatan. Oleh itu, mereka tidak perlu mengeluarkan e-Invois yang disahkan kepada pelanggan bagi setiap transaksi sepanjang tempoh 1 Ogos 2024 hingga 30 Jun 2025.

Sehubungan itu, Zurich Malaysia hanya akan mula mengeluarkan e-Invois yang disahkan kepada pelanggan bagi semua transaksi bermula 1 Julai 2025.

Zurich Malaysia akan mula mengeluarkan e-Invois Kendiri (Self-Billed e-Invoice) kepada pelanggan dan ejennya mulai 1 Februari 2025.

Zurich Malaysia akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh pelaksanaan tersebut.

Tidak. Pengeluaran e-Invois bukan sahaja terpakai untuk transaksi di Malaysia, malah turut meliputi transaksi rentas sempadan.

Ya. Sekiranya pelanggan memohon supaya e-Invois dikeluarkan, mereka perlu memberikan maklumat yang diperlukan kepada Zurich Malaysia bagi tujuan pengeluaran e-Invois.

Sila rujuk bahagian Pengumpulan Maklumat untuk e-Invois.

Sekiranya maklumat wajib yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat, LHDNM mungkin akan menolak e-Invois semasa proses pengesahan.

Oleh itu, Zurich Malaysia tidak dapat mengeluarkan e-Invois yang disahkan kepada pelanggan.

Pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi warganegara dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas dibuat secara automatik berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

TIN yang telah didaftarkan boleh disemak melalui salah satu kaedah berikut:

  • Semakan melalui menu e-Daftar (tanpa perlu log masuk ke Portal MyTax)
  • Portal MyTax
  • Pusat Panggilan HASiL di 03-8911 1000 / +603-8911 1100 (luar negara)
  • Mana-mana pejabat HASiL yang berhampiran

Bagi individu selain kategori di atas, permohonan pendaftaran TIN hendaklah dibuat melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.

Sekiranya pemegang polisi/sijil tidak memerlukan e-Invois, Zurich Malaysia akan mengeluarkan penyata atau bil biasa, selaras dengan amalan perniagaan semasa.

Maklumat dalam penyata atau bil tersebut tidak perlu dikemukakan kepada LHDNM untuk tujuan pengesahan.

Zurich Malaysia akan menggabungkan penyata atau bil tersebut bagi menghasilkan e-Invois disatukan untuk dikemukakan kepada LHDNM mengikut tempoh semasa pengeluaran penyata atau bil.

Pengemukaan tersebut akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas berakhirnya bulan penyata atau bil dikeluarkan.

Tiada sebarang kesan. Pemegang polisi/sijil atau ejen masih boleh menggunakan dokumen sedia ada untuk membuat tuntutan potongan cukai atau pelepasan cukai individu sehingga peruntukan undang-undang berkaitan dipinda.