
Laporan Polis Elektronik
Laporan Polis Elektronik (e-Police Report)
Inisiatif perintis e-Police Report telah bermula pada 1 September 2025.
Pelaksanaan ini memberi tumpuan kepada kemalangan yang berlaku di Lebuhraya PLUS serta kemalangan yang melibatkan kenderaan tunggal. Pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut boleh membuat laporan polis secara dalam talian tanpa perlu hadir ke balai polis.
Bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar, kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di sepanjang Lebuhraya PLUS dan pasukan peronda lebuh raya telah diberikan taklimat yang sewajarnya. Selain itu, anggota polis turut ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk membantu pemandu serta memberi panduan mengenai gambar yang perlu diambil.
Lebuhraya yang terlibat dalam inisiatif ini:
- E1 – Lebuhraya Utara–Selatan (Laluan Utara)
- E2 – Lebuhraya Utara–Selatan (Laluan Selatan)
- NKVE – Lebuhraya Baru Lembah Klang
- ELITE – Laluan Tengah Lebuhraya Utara–Selatan
- E15 – Lebuhraya Lapangan Terbang Subang
- BKE – Lebuhraya Butterworth–Kulim
Laporan polis elektronik hanya terpakai sekiranya:
- Tiada kecederaan atau kematian berlaku dalam kemalangan tersebut.
- Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga.
- Kenderaan dimiliki oleh individu.
- Kenderaan digunakan untuk tujuan persendirian dan bukan bagi tujuan komersial (contohnya e-hailing).
Soalan Lazim
Sistem e-Reporting PDRM membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara dalam talian tanpa perlu hadir ke balai polis.
Walau bagaimanapun, sistem ini hanya boleh digunakan bagi laporan yang tidak melibatkan unsur jenayah.
Pada masa ini, perkhidmatan e-Reporting merangkumi:
i. Kehilangan harta benda dan dokumen penting seperti Kad Pengenalan, pasport, pelekat cukai jalan, geran tanah, sijil perkahwinan, kad bank, telefon bimbit, komputer riba dan dompet.
ii. Pembatalan permit pembantu rumah.
iii. Bencana alam.
iv. Kemalangan kecil yang tidak melibatkan pihak lain dan/atau kecederaan.
Melalui sistem ini, orang ramai boleh membuat laporan polis secara elektronik bagi tujuan penggantian dokumen, pembatalan atau tuntutan insurans/takaful.
Anda hanya boleh membuat laporan polis secara elektronik sekiranya kemalangan memenuhi syarat berikut:
i. Kemalangan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.
ii. Kemalangan berlaku di lebuh raya PLUS berikut sepanjang tempoh pelaksanaan projek perintis bermula 1 September 2025:
E1 – Lebuhraya Utara–Selatan (Laluan Utara)
E2 – Lebuhraya Utara–Selatan (Laluan Selatan)
NKVE – Lebuhraya Baru Lembah Klang
ELITE – Laluan Tengah Lebuhraya Utara–Selatan
BKE – Lebuhraya Butterworth–Kulim
iii. Tiada kecederaan atau kematian berlaku.
iv. Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga.
v. Kenderaan dimiliki oleh individu.
vi. Kenderaan digunakan untuk tujuan persendirian dan bukan bagi tujuan komersial seperti e-hailing.
Contoh kemalangan kecil termasuk melanggar lubang jalan, haiwan atau mengalami kerosakan mekanikal pada kenderaan.
Ia merupakan alternatif yang dapat menjimatkan masa perjalanan dan masa menunggu di balai polis.
Selain itu, laporan polis juga dapat dijana dengan lebih cepat bagi memudahkan proses tuntutan insurans atau takaful (jika berkenaan).
Sepanjang tempoh projek perintis yang bermula pada 1 September 2025, semua kemalangan jalan raya yang memenuhi syarat dan berlaku di Lebuhraya PLUS layak untuk menggunakan kemudahan e-Police Report.
Tidak. Sepanjang tempoh projek perintis, hanya kemalangan yang berlaku di Lebuhraya PLUS sahaja boleh dilaporkan secara dalam talian.
Tidak. Kemudahan e-Police Report hanya terpakai untuk kemalangan yang melibatkan kenderaan tunggal tanpa penglibatan kenderaan lain atau kecederaan kepada mana-mana pihak.
Tidak. Kemudahan e-Police Report hanya terpakai untuk kemalangan kenderaan tunggal yang tidak melibatkan kerosakan kepada harta benda pihak ketiga.
Orang ramai boleh membuat e-Police Report melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx. Portal ini boleh diakses melalui telefon mudah alih atau komputer.
Anda perlu membuat e-Police Report dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku, selaras dengan keperluan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Anda perlu menyediakan maklumat berikut:
i. Maklumat pengenalan diri;
ii. Maklumat perjalanan;
iii. Maklumat lokasi kemalangan;
iv. Maklumat punca kemalangan;
v. Gambar atau video lokasi kemalangan (jika ada);
vi. Maklumat kerosakan kenderaan; dan
vii. Telefon pintar untuk mengambil gambar bacaan odometer dan keadaan fizikal kenderaan.
Ya, anda digalakkan mengambil gambar kenderaan dan lokasi kemalangan sekiranya keadaan mengizinkan. Jika tidak dapat berbuat demikian, anda boleh mengambil gambar kenderaan di lokasi yang selamat seperti kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Ya. Anda boleh menghubungi talian bantuan syarikat insurans atau pengendali takaful anda untuk mendapatkan bantuan, atau menghubungi PLUS di 1800-88-0000.
Sekiranya pegawai penyiasat PDRM (IO) berada di lokasi kejadian, anda juga boleh mendapatkan panduan lanjut daripada mereka
Anda boleh membeli dan mendapatkan salinan e-Police Report secara dalam talian melalui laman web MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my/en dengan bayaran yang ditetapkan. Kemudahan ini membolehkan anda mendapatkan salinan laporan tanpa perlu hadir ke balai polis.
Tidak, sebaik sahaja nombor laporan polis dikeluarkan, anda tidak lagi boleh membuat sebarang pindaan. Anda perlu hadir ke balai polis berhampiran dan membuat laporan polis baharu bagi membetulkan maklumat yang telah dihantar.
Ya, salinan e-Police Report boleh dikemukakan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful bagi tujuan membuat tuntutan. Laporan tersebut boleh dihantar melalui bengkel panel syarikat insurans/pengendali takaful, Digital Roadside Application (DRA), E-mel; atau Portal dalam talian syarikat insurans. Sekiranya anda ingin membuat tuntutan (bagi perlindungan insurans/takaful motor komprehensif sahaja), anda juga boleh menghantar kenderaan anda ke bengkel panel terdekat syarikat insurans atau pengendali takaful anda.
Sebarang laporan palsu boleh dikenakan tindakan di bawah:
Seksyen 182 Kanun Keseksaan; dan/atau
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dikenakan hukuman sehingga 12 bulan penjara dan/atau denda sehingga RM50,000.
Bilik gerakan & Helpdesk:
sdesk@rmp.gov.my
03-910 6573 / 03-910 65732 / 03 – 9106 5735 / 03 – 9106 5736
Sebagai alternatif, anda masih boleh membuat laporan di balai polis yang terdekat, namun ia masih perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.