NOTIS DATA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI KEPADA PARA PESERTA PERTANDINGAN, PROMOSI, TINJAUAN PEMASARAN ATAU KEMPEN YANG DIANJURKAN OLEH ZURICH MALAYSIA.
* ZURICH MALAYSIA merujuk kepada Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Zurich Takaful Malaysia Berhad dan semua anak syarikat Zurich Insurance Group lain yang beroperasi di Malaysia.
Notis Data Perlindungan Peribadi ini menerangkan bagaimana kami menggunakan data peribadi para peserta pertandingan atau promosi. Notis ini memberikan maklumat tentang jenis data peribadi yang kami pegang dan bagaimana kami menggunakannya.
1. Apakah yang kami kumpul?
a) Apabila anda menyertai pertandingan atau promosi kami, maklumat yang berkaitan dengan anda (“Data Peribadi”) akan dikumpul oleh kami melalui pelbagai saluran dan platform digital termasuk dan tidak terhad kepada laman web, media social dan platform e-dagang.
b) Data Peribadi yang dikumpul mungkin termasuk maklumat peribadi dan berhubung anda sepertu nama, alamat bersurat, alamat emel, maklumat rangkaian social anda dan juga maklumat kewangan seperti nombor akaun bank anda.
2. Haruskah anda memberikan Data Peribadi anda?
Anda wajib untuk memberikan kami Data Peribadi anda apabila anda ingin menyertai pertandingan atau promosi kami. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat menyertai pertandingan atau promosi kami.
3. Bagaimanakah kami menggunakan Data Peribadi anda?
Kami akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan:
a) operasi dan pentadbiran pertandingan atau promosi yang dianjurkan oleh kami.
b) menguruskan penyertaan anda dalam pertandingan atau promos yang dianjurkan oleh kami.
c) menghantar ganjaran atau hadiah kepada anda (jika ada).
4. Dengan siapakah kami mendedahkan Data Peribadi anda?
Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yand disebut di atas kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk di dalam atau di luar Malaysia) yang dilantik oleh kami untuk membantu kami menguruskan penyertaan anda di dalam pertandingan atau promosi kami..
5. Apakah hak anda berkaitan Data Peribadi anda?
Anda berhak untuk meminta secara bertulis akses kepada dan membetulkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami dan anda boleh membuat pertanyaan atau aduan berkaitan Data Peribadi anda dengan menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami dengan mendail 1-300-888-622, atau lawati cawangan kami yang berhampiran untuk mengemukakan permintaan anda. Anda juga berhak untuk membuat permintaan secara bertulis kepada kami untuk berhenti memproses Data Peribadi anda.
Syarikat berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan kepada Notis ini akan dimaklumkan melalui pengumuman di laman web kami atau melalui cara yang bersesuaian. Jika kami meminda Notis ini, pindaan itu hanya akan berkuat-kuasa untuk Data Peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis yang terpinda.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.