
Perlindungan Pembinaan Menyeluruh – Insurans Kontraktor Semua Risiko / Semua Risiko Pemasangan
Pelan menyeluruh yang melindungi risiko berkaitan kerja-kerja pembinaan.
Zurich menawarkan dua jenis insurans kejuruteraan untuk kerja-kerja pembinaan dan pemasangan. Polisi Kontraktor Semua Risiko digunakan untuk melindungi kerja-kerja kejuruteraan awam, manakala Polisi Semua Risiko Pemasangan digunakan untuk melindungi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.
Kedua-dua polisi ini menyediakan perlindungan insurans yang menyeluruh berdasarkan prinsip "semua risiko" yang secara amnya melindungi daripada kerugian atau kerosakan akibat:
- Kebakaran
- Kilat
- Kerosakan akibat air
- Banjir
- Ribut / angin kencang
- Mendapan tanah
- Tanah runtuh
- Siklon
- Taufan
Secara amnya, polisi standard juga boleh dilanjutkan untuk melindungi risiko dan perbelanjaan tambahan seperti mogok, rusuhan dan kekacauan awam, transit darat, kerja lebih masa, kerja pada waktu malam dan kos penghantaran ekspres, penghantaran melalui udara, liabiliti silang, lawatan penyelenggaraan / penyelenggaraan lanjutan dan lain-lain.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.