
Perlindungan Storan Sejuk - Insurans Kemerosotan Stok
Perlindungan untuk barangan mudah rosak dalam penyimpanan sejuk sekiranya berlaku kerosakan sistem penyejukan.
Kerosakan mekanikal atau kegagalan bekalan elektrik dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan kenaikan atau penurunan suhu, kebocoran gas penyejuk yang tidak dijangka atau suhu penyimpanan yang tidak sesuai dalam persekitaran terkawal. Sekiranya berlaku keadaan sedemikian, kami boleh memberikan perlindungan terhadap kemerosotan stok yang berlaku akibatnya.
Insurans Kemerosotan Stok direka untuk melindungi daripada kemerosotan stok yang disimpan dalam penyimpanan sejuk akibat kerosakan loji atau mesin penyejukan, yang berpunca daripada kerosakan material pada loji penyejukan dan boleh diberi indemniti di bawah Insurans Kerosakan Mesin.
Jika berkenaan dan tertakluk kepada penilaian pengunderaitan, polisi ini boleh dilanjutkan untuk melindungi kemerosotan stok akibat kegagalan bekalan elektrik awam atau bukan awam.
Temui Ejen Insurans Zurich

Cari Cawangan Zurich Berdekatan Anda

Hubungi Pusat Panggilan Zurich

Manfaat yang perlu dibayar di bawah produk ini dilindungi oleh PIDM sehingga had tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM di laman web Zurich General Insurance Malaysia atau laman web PIDM.